Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Amber Heard Miliki Wajah Paling Cantik di Dunia (Gambar)

$
0
0
Amber Heard. Foto - Dailymail

Isteri pelakon terkenal, Johnny Depp, Amber Heard dipilih sebagai wanira yang memiliki raut wajah paling cantik di dunia menerusi teknik pemetaan wajah.

Foto - www.breitbart.com
Foto – www.breitbart.com

Wajah Heard didapati 91.85% hampir tepat dengan perkiraan dikenali sebagai Rasio Emas iaitu satu teknik pemetaan yang dianggap satu formula rahsia kesempurnaan wajah seseorang dan pernah diamalkan pada zaman kuno Yunani.

Gambar Heard, 30, telah diuji melalui teknik pemetaan yang dikendalikan seorang pakar bedah dari Klinik Harley Street, Dr. Julia De Silva. Beliau mendapati Heard memiliki wajah mengikut nisbah kecantikan emas itu.

“Berdasarkan ujian ini, kita menggunakan teknik pemetaan melalui satu aplikasi khas untuk mengukur kedudukan mata, pipi, bentuk muka, hidung, kening dan mulut. Teknik ini menggunakan 12 penanda utama di sekitar wajah bagi menilai seseorang itu mempunyai wajah sempurna atau sebaliknya,” jelasnya.

Kim Kardashian. Foto - Dailymail
Kim Kardashian. Foto – Dailymail
Tempat ketiga model hebat, Kate Moss. Foto - Dailymail
Tempat ketiga model hebat, Kate Moss. Foto – Dailymail

Sementara itu, Kim Kardashian berada di tempat kedua dengan 91.39%, diikuti dengan Kate Moss 91.06% dan model Blurred Lines, Emily Ratajkowski 90.8%.

Ini antara yang memasuki senarai.

1. Amber Heard – 91.85%

2. Kim Kardashian – 91.39%

3. Kate Moss – 91.06%

4. Emily Ratajkowski – 90.8%

5. Kendall Jenner – 90.18%

6. Helen Mirren – 89.93%

7. Scarlett Johansson – 89.82%

8. Selena Gomez – 89.57%

9. Marilyn Monroe – 89.41%

10. Jennifer Lawrence – 89.24%

Sumber : Akhbar Kosmo


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583