Pernah melihatnya di Ellen Show, Glee malah Oprah?
Charice yang pernah menjadi viral kerana bersuara emas mengejutkan dunia apabila nekad mahu menjadi lelaki bahkan menukar namanya kepada ‘Jake Zyrus’.
Selepas membuat pengakuan dirinya seorang lesbian pada tahun 2013, Charice mendedahkan bahawa dia kini lebih senang dikenali sebagai ‘Jake Zyrus’.
Di Instagram, dia berkongsi gambar dengan perkataan ‘Thank You’ berserta kapsyen “From the bottom of my heart, thank you for the love and respect. I love you back and I’m sending peace to everyone”
Malah, dia turut tweet mengucapkan terima kasih kepada semua orang di atas sokongan yang diberikan sejurus pengumuman dibuat.
Selepas penampilannya di Star King Korea pada tahun 2007, Charice mendapat gelaran sensasi internet selepas video nyanyiannya menjadi viral di serata dunia. Dia kemudian muncul di Oprah Winfrey Show pada tahun 2010 dan mendapat jolokan sebagai “gadis paling berbakat di dunia” oleh Oprah Winfrey.
Wahhh pasti ramai tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Sayangnya!
The post Pernah Viral Kerana Bersuara Emas, Kini Charice Nekad Mahu Jadi Lelaki appeared first on Wanista.com.