Asian Food Channel (AFC) kembali menerbitkan rancangan memasak paling diminati ramai, Family Kitchen with Sherson untuk musim ke-3. Siri yang mempunyai lapan episod ini menampilkan cara asli penyediaan hidangan rumah yang dimanipulasi oleh dua generasi.
Chef Selebriti Sherson Lian bersama ibunya Ann Lian bakal berkongsi inspirasi masakan yang diramu dengan aneka rempah ratus serta bahan penuh berperisa dengan teknik paling klasik yang diwarisi turun-temurun.

Sejak 2015, pasangan ibu dan anak ini dikenali menerusi keakraban mereka yang bisa dilihat menerusi program masakan tersebut. Di samping menyediakan hidangan kegemaran seisi keluarga, kesemua masakan adalah menggunakan resepi asal keluarga Sherson yang dikongsikan oleh si ibu dan kemudiannya diberi nafas baharu oleh Sherson menepati cita rasa generasi hari ini.
Nantikan perkongsian rahsia dalam menyediakan hidangan klasik enak lagi sihat oleh Sherson Lian sambil ditemani ibunya dalam episod terkini Family Kitchen with Sherson musim baru, setiap Khamis jam 9 malam hanya di Asian Food Channel (AFC) saluran 703, Astro.

Untuk pengetahuan semua, setiap resepi yang dilihat dalam program ini boleh dimuat turun atau dirujuk pada laman web Asian Food Channel di [lovetocook.asianfoodchannel.com/lovetocook] atau Facebook Asian Food Channel [www.facebook.com/AsianFoodChannel]
The post Lihat Gelagat Ibu Dan Anak Ini Memasak Dalam Family Kitchen With Sherson Musim Baru! appeared first on Wanista.com.