Penantian peminat-peminat Im Yoona dari Girls’ Generation untuk menyaksikan lakonan idola mereka itu dalam drama bersejarah, The King in Love, bakal berakhir tidak lama lagi.
Ini kerana The King in Love akan bersiaran secara eksklusif di saluran ONE milik Sony, hari yang sama dengan Korea pada 17 Julai, jam 10.15 malam.

Sinopsis
Dalam drama bersiri yang dibarisi bintang-bintang terkenal terbitan MBC ini, Im Yoona memainkan watak Eun San, si jelitawan yang merupakan anak perempuan kepada lelaki terkaya di Goryeo. Ia mengisahkan tentang persahabatan Eun San dengan Wang Won (dimainkan oleh Im Siwan), seorang putera mahkota dinasti Goryeo yang tampan dan bercita-cita besar, serta Wang Rin (Hong Jong Hyun), pengawal peribadi setia yang juga teman sepermainan kepada Wang Won. Bagaimanapun, hubungan rapat mereka bertiga yang pada awalnya bagai terpisah tiada itu, ditimpa dugaan apabila dua jejaka berkenaan jatuh cinta pada wanita yang sama.
Dua episod pertama The King in Love akan ditayangkan pada 17 dan 18 Julai pada pukul 10.15 malam, diikuti episod-episod berikutnya setiap Isnin dan Selasa pada 9 malam, sewaktu dengan Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.
The post SNSD Yoona Kembali Dalam Drama Bersejarah ‘The King in Love’ di ONE! appeared first on Wanista.com.