Kalau dah menjadi selebriti memang tidak terlepas dari mata-mata kamera untuk menghendap segala kegiatan harian peribadi mereka. Begitulah juga kepada pasangan selebriti yang hangat bercinta Zayn Malik dan Gigi Hadid sering dikejar paparazzi.
Baru-baru ini Zayn dalam temu bual dalam program Evening Standard berkongsi pendapat tentang pelbagai isu yang dihadapi sebagai seorang selebriti.
Bagi Zayn jika dia mahu menghabiskan masa bersama Gigi di New York agak sukar, dia hanya dapat menghabiskan beberapa jam untuk bersiar-siar pada waktu pagi. Di New York tidak mempunyai tempat letak kereta bawah tanah jadi tiada jalan keluar lain. Terpaksa mereka berdepan dengan paparazzi yang sudah menunggu di luar. Lain pula di Los Angeles, aktiviti mereka lebih sembunyi.

Apabila ditanya tentang gelaran ‘power couple’, Zayn menolak untuk diterima gelaran tersebut.
“Itu bukan sesuatu yang saya mahu. Saya bersama dia kerana saya sukakan dia dan saya pun berharap dia juga begitu. Bila kami dirumah, kami tidak bercakap mengenai itu. Sama seperti pasangan bercinta yang lain, kami memasak, menonton TV dan bergembira,”
Tak sangka kan, merpati dua sejoli ini hanyalah pasangan normal. Orang bukan artis pula melebih-lebih sekarang, semua hendak tayang di Instagram. Salute this couple!
The post Zayn Malik Dan Gigi Hadid Tak Mahu Digelar ‘Power Couple’ appeared first on Wanista.com.