Sudah agak lama tidak mendengar berita dari pelakon manis Fiza Halim. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim ini dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga selepas foto-foto mesranya bersama seorang lelaki tersebar di laman sosial.
Tidak lama kemudian, dia mengesahkan telah mendirikan rumah tangga dengan Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016 di sebuah majlis tertutup di kediaman adiknya di Cyberjaya.
Aizat Al-Jefri bekerja sebagai juruterbang syarikat Malindo Air dan juga duda kepada dua orang anak. Ini merupakan perkahwinan kali ketiga Fiza selepas mengalami dua kegagalan.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, Fiza dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 10, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 9.
Selepas itu, Fiza mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adam pada September 2013.
Bagaimanapun perkahwinan ini hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum mereka bercerai buat kali pertama. Fiza dan Adam mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas tiga bulan bercerai namun setahun kemudian mereka disahkan bercerai buat kali kedua.
The post Fiza Halim Senyap-Senyap Kahwin Dengan Juruterbang Duda appeared first on Wanista.com.