Rata-rata menyuarakan rasa sedih selepas penyanyi bersuara emas, Adele membuat pengumuman mahu bersara dari arena konsert jelajah.
Berita tersebut dikongsikan di Instagram melalui melalui sekeping surat yang dikatakan ditulis Adele mengatakan dia akan bersara dari arena konsert jelajah selepas ini.

“Konsert jelajah adalah suatu perkara yang pelik pernah saya lakukan. Saya tak sesuai untuk melakukannya. Saya merupakan seorang yang suka duduk di rumah. Malah, saya juga seorang yang dramatik dan mempunyai sejarah konsert yang teruk. Saya rasa sampai setakat ini sahaja!” tulis penyanyi berusia 29 tahun itu.
Sepanjang kerjayanya sebagai seorang penghibur Adele sudah melakukan sebanyak 119 konsert live manakala tiga lagi baki konsertnya akan berlangsung dalam masa terdekat.
The post Sedihnya! Adele Mahu ‘Bersara’ Dari Arena Konsert Jelajah appeared first on Wanista.com.