Nampaknya impian peminat untuk melihat Song-Song couple disatukan akhirnya menjadi kenyataan kerana pihak pengurusan bagi hero dan heroin drama Descendants of the Sun ini tampil mengesahkan bahawa Soong Joong Ki, 31 dan Song Hye Kyo, 36 akan berkahwin pada 31 Oktober nanti!


Menurut laporan portal hiburan Korea allkpop, berita gembira ini dimaklumkan sendiri oleh syarikat yang menguruskan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dengan makluman,

“Kerana perkahwinan bukanlah perkara remeh dan ia turut melibatkan keluarga dari kedua belah pihak. Oleh sebab itu, kami sangat berhati-hati dalam perkongsian maklumat berkenaan hal ini. Kami harap semua orang faham mengapa baru sekarang semuanya terungkai. Kami mohon rahmat daripada semua untuk mendoakan kesejahteraan bagi pasangan ini dan berita ini juga akan dikongsikan sendiri oleh Song Joong Ki dan Song Hye Kyo kemudian.“

Sebelum ini mereka pernah dikaitkan bersama menerusi beberapa gosip termasuklah apabila kedua-duanya dikatakan pergi bercuti ke Bali pada pertengahan Jun lalu namun ternyata khabar angin itu dibidas dan dinafikan oleh pihak pengurusan masing-masing.
Bukan itu sahaja, semalam selepas peerkongsian berita perkahwinan hero dan heroin Descendants of The Sun bersama umum dilakukan, pihak pengurusan Song Hye Kyo dalam sebuah kenyataan turut menafikan isu yang mengaitkan perkahwinan secara tiba-tiba ini dengan gosip aktres jelita itu sedang mengandung. Kata UAA (United Artist Agency), “Tidak sama sekali” manakala apabila wartawan mengajukan soalan apakah Song-Song Couple mula bercinta sejak berlakon bersama dalam drama Descendants of The Sun, dengan mudah mereka menjawab, “Kami tidak tahu”.


Hmm… tak kisah lah Song Hye Kyo tengah mengandung ataupun tidak, yang penting keduanya setuju untuk berkahwin!
Wanista ucapkan sekalung tahniah buat merpati dua sejoli ini.❤️
The post Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Sah Kahwin Oktober Ini! appeared first on Wanista.com.