Minggu ini akan menjadi minggu sukar kepada peminat Running Man, Februari 2017 bulan akhir bagi program hiburan nombor satu ini.
Selepas mengadakan mesyuarat tergempar diantara krew produksi dan ahli Running Man, mereka telah mengambil kata putus menamatkan program ini bersama kesemua enam ahli Running Man termasuk Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook.
Berikut ini kenyataan rasmi dari SBS:
“Running Man members and producers gathered together in Seoul today for an emergency meeting and overcame their misunderstandings and miscommunications. After deep and lengthy discussion both sides decided to end the show at the end of February 2017.
However, they decided that they did not want to end the show on such a sad note so therefore decided to have all 6 members, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook.”
— SBS Running Man
Jika sebelum ini kecoh tentang berita Kim Jong Kook dan Sing Ji Hyo dipecat, mereka diambil semula untuk bersama memulakan pengambaraan sehingga episod akhir pada Januari 2017.
Ahli Running Man bakal tinggal kenangan. Foto – Tmblr
Mereka berdua mengeluarkan kenyataan mengatakan kesungguhan mereka terhadap Running Man:
“To show the strength of friendship that was built over 7 years and thinking of the fans who supported Running Man for such a long time I think we have to show them the best finale possible.”
— Kim Jong Kook & Song Ji Hyo
Selamat tinggal Running Man dan terima kasih kerana menceriakan hari kami selama 7 tahun!
Hampir lima tahu menyepi didalam dunia lakonan, nama pelakon Hairie Othman kembali disebut apabila menjadi viral di laman sosial berikutan peminat bertemunya ketika menjadi pemandu Grab Car.
Hairi berkata, dia menjadi pemandu Grab Car sebagai mencari pendapatan sampingan.
Menurutnya, selepas dia ‘digam’ berikutan terbabit dengan dunia politik, dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon hingga hari ini.
“Pastinya saya rindu untuk kembali berlakon semula. Selepas kejadian itu ramai yang susah hendak berikan tawaran.
“Walaupun saya pernah membuat pengumuman di Facebook bahawa saya sudah tidak terbabit dengan mana-mana parti politik, masih ada yang ragu-ragu mengambil saya berlakon,” kata pelakon filem Leftenan Adnan itu.
Hairie berkata, dia perlu melakukan pekerjaan lain dan mengambil keputusan menjadi pemandu Grab Car.
Bagi bapa kepada tiga anak itu, apa yang penting dia dan keluarga cukup makan dan tidak hidup melarat.
“Saya tidak sangka selepas seorang peminat viralkan gambar saya memandu Grab Car, ada beberapa wartawan menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan terbaru.
“Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya memang tidak berlakon kerana tiada tawaran dan saya melakukan apa saja pekerjaan asalkan halal,” katanya.
Menurut Hairie, isterinya juga pernah tiada pekerjaan sehingga hampir setahun kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Saya pernah bertanya kepada penerbit drama yang saya kenali untuk mengambil saya berlakon, tetapi nama saya pernah ditolak sebanyak tiga kali.
“Sedih juga dengan apa yang dilalui, namun saya perlu kuat meneruskan kehidupan demi anak-anak dan isteri,” katanya.
Seperti biasa, di penghujung tahun, Google akan mengeluarkan senarai 10 filem yang paling banyak dicari berdasarkan negara masing-masing.
Di Malaysia yang mengungguli carta adalah filem dari Korea Selatan, Train to Busan. Filem Train to Busan mengisahkan tentang seorang bapa yang berusaha menyelamatkan anaknya dari serangan zombi.
Berbeza dengan filem zombi lain, Train to Busan mengetengahkan elemen pengorbanan seorang bapa dan mengurangkan babak-babak menakutkan seperti zombi meratah usus manusia.
Di Malaysia, filem ini terus menjadi tarikan apabila insiden LRT RapidKL mengalami masalah (ketika itu filem Train to Busan masih menjadi bualan ramai) sehinggakan insiden terbabit menerima jolokan ‘Train to KL’.
Carta carian untuk filem ini diungguli oleh penduduk di Perlis, Labuan, Terengganu, Kelantan dan juga Sabah.
Minggu sudah, kita dihidangkan dengan khabar angin sadis mengenai pemecatan Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook dari siri variasi televisyen popular Running Man yang seterusnya menyumbang kepada pembubaran kumpulan 6 sekawan itu setelah pemergian Kang Gary tidak lama dahulu.
Apa yang mengejutkan baru-baru ini, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook telah membuat suatu keputusan rasmi untuk melakukan perkara yang istimewa sebagai tanda bermakna sebelum pemergian mereka.
Menurut sebuah laporan, Jong Kook dan Ji Hyo akan mendermakan seluruh bayaran yang diterima mereka untuk episod selebihnya berkuatkuasa dari hari ini hingga Februari 2017 kepada yang memerlukan.
Menguatkan lagi kenyataan, pihak pengurusan Ji Hyo turut menjelaskan, “Sesungguhnya Jong Kook dan Ji Hyo masih belum membuat keputusan ke manakah duit itu akan disalurkan namun tujuan sebenar mereka untuk mendermakan sisa pendapatan mereka itu adalah sebab perasaan bangga terhadap setiap sokongan masyarakat dan para peminat yang diterima bahkan untuk memohon maaf di atas tersebarnya berita yang menyedihkan sejak akhir-akhir ini.
Si cantik Selena Gomez bakal berkolaborasi dengan rangkaian fesyen Coach yang terkenal dengan rekaan aksesori, beg tangan yang serba mewah. Pelakon dan penyanyi itu turut menjayakan kempen fesyen Coach Musim Luruh 2017 dan bekerjasama dengan Pengarah Eksekutif Kreatif Coach, Stuart Vevers didalam projek khas Coach Foundation iaitu Step Up, organisasi kebangsaan khusus memperkasakan dan membantu remaja perempuan didalam komuniti sederhana.
Setelah 75 tahun menyediakan pelbagai jenis aksesori khas bagi wanita dan lelaki kini Coach mempamerkan semula fabrik kulit dalam inovasi fesyen mereka. Asli, berkualiti dan moden merupakan aura beg tangan dan aksesori Coach yang dikenali sebagai ikon gaya hidup fesyen dunia.
Bergaya dengan jeans hitam dan t-shirt vintage. Foto – splashnews.com
Selena Gomez berkata, “Saya amat teruja untuk bekerja bersama Coach dan sangat menyukai pakaian dan aksesori yang direka oleh Stuart Vevers. Saya juga tidak sabar untuk mengenali pasukan fesyen Coach dimana turut terlibat dalam projek Step Up. Perkara yang paling ditunggu-tunggu ialah berkolaborasi bersama Stuart dalam menghasilkan rekaan untuk musim luruh akan datang.”
Pengarah Eksekutif Kreatif Coach Stuart Vevers menambah, “Asli, jujur dan mempunyai sifat romantik beserta berperwatakan menarik dan yakin merupakan ciri wanita yang ada dalam rekaan saya. Selena melengkapi ciri tersebut dan beliau juga amat menyukai Coach, serta mempercayai misi kebajikan kami membuatkan beliau layak sebagai Coach Girl.”
Afdlin Shauki, pelakon dan pengarah bakal mengarah filem bertajuk Sandakan Tiers, kisah benar 3,000 tahanan tentera Jepun di salah satu lokasi tahanan perang di Sandakan pada Perang Dunia Kedua.
Afdlin berkata, filem itu akan menggunakan khidmat penulis skrip dari Amerika Syarikat dan beberapa pelakon Hollywood dengan anggaran kos sebanyak AS15 juta (RM67.2 juta).
Menurut Afdlin, filem ini mendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang turut bertindak dari segi Kajian dan Pembangunan (R &D).
“Mereka memberikan filem ini kepada saya dua tahun lalu. Draf kedua skrip ini sudah disiapkan yang mengambil masa setahun. Saya memberikan jalan cerita dan skrip dihasilkan oleh dua penulis.
“Dari segi kos pembikinan saya sudah berbincang dengan beberapa pihak yang berminat untuk melabur. Daripada maklum balas mereka, saya yakin dana itu dapat diperoleh,” katanya kepada Harian Metro.
Afdlin berkata, filem itu dihasilkan bagi tujuan pasaran antarabangsa dan mensasarkan pencalonan awal di Academy Awards.
Ia juga akan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sesuai dengan latar dan jalan cerita yang dipaparkan.
“Selepas semuanya berjalan lancar, barulah saya boleh mengenal pasti watak yang sesuai. Watak utama filem ini adalah wanita dan saya sendiri akan ke Amerika Syarikat bagi mengadakan sesi uji bakat. Boleh dikatakan 99 peratus pelakonnya adalah orang sana.
“Saya tak boleh beritahu siapa pelakonnya kerana perkara itu belum disahkan. Lagipun mereka sangat tegas dan sensitif mengenai hal ini,” katanya.
Afdlin berkata, dia hanya boleh memaklumkan bila penggambaran filem ini boleh dimulakan pada bulan depan.
“Saya berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana ia sebuah projek filem epik yang menarik,” katanya.
“Daripada jumlah itu hanya enam tahanan yang berjaya melepaskan diri. Filem ini berdasarkan kisah yang diceritakan daripada salah seorang tahanan itu yang masih hidup.
“Buat masa sekarang antara lokasi yang difikirkan ialah Sandakan, Australia dan Pinewood Studio, Johor Bahru,” katanya.
Kesiannya PUTUS CINTA. Tapi nak buat macam mana kalau memang itu jalan terbaik, mungkin si dia atau anda mempunyai alasan tersendiri kenapa ianya terjadi.
Mungkin ada segelintir individu yang memilih untuk makan makanan kegemaran untuk meratapi saat berduka, ada pula menghabiskan masa dengan mendengar muzik sedih, keluar berhibur, tidur dan ada setengah memilih untuk menonton filem. Okay bagus tonton filem tapi tolonglah jangan pilih filem yang tangkap leleh dan sentimental, cuba pilih filem yang beri motivasi pada anda. Ingat, THIS IS NOT THE END OF THE WORLD, PLEASE MOVE ONE!
Wanista kongsikan 10 filem yang serius boleh menghiburkan malah membangkitkan mood anda yang sedang berduka lara.
#1 Legally Blonde
Foto – www.playbuzz.com
Masih ingat akan filem ini? Lebih-lebih lagi di saat Elle lakonan Reese Witherspoon kena dump dengan lelaki idamannya. Ohh Tidak!
#2 Silver Linings Playbook
Foto – Gifwave
Kedua-dua teraju utama filem ini mempunyai masalah mental dipertemukan, dan kemudian mereka mula belajar untuk mengenali nilai dalam hubungan di mana ianya tidak wujud sebelum ini.
#3 Bridget Jones’s Diary
Foto – Giphy
Anda pasti boleh relate dengan babak ini bukan. Pakai baju tidur dan nyanyi dengan penuh bersungguh-sungguh, sepuas hati.
#4 Pride & Prejudice
Foto – WiffleGif
“Breakup and Reunion”! Orang kata kalau dah jodoh tak ke mana.
#5 My Best Friend’s Wedding
Foto – E!
Ya, jalan cerita yang sangat ironik. Kita hajat. Kita usaha. Tapi kadang-kadang ada benda kita tak dapat capai. Dalam dunia ini, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai.
#6 500 Days of Summer
Foto – quotes
Ini favorite penulis! Kisah seorang lelaki yang mempunyai kehidupan suram bertukar sinar apabila berjumpa dengan si dia pujaan hati.
#7 The First Wives Club
Foto – YourTango
Filem ini memberikan apa yang anda mahu. Selepas umur tertentu, suami anda mungkin akan meningggalkan anda untuk wanita yang lebih muda, tetapi itu tidak membuatkan anda lemah malah anda bangkit dan lebih kuat.
#8 Celeste and Jesse Forever
Foto – Pinterest
Filem ini meneroka perhubungan antara persahabatan dan percintaan.
#9 Under the Tuscan Sun
Foto – birthdays
“Life offers you a thousand chances, all you have to do is take one”
#10 Forgetting Sarah Marshall
Foto – Giphy
Lelaki ini menjerit, menangis dan merayu untuk kembali semula tetapi akhirnya sedar bahawa mereka memang tidak ditakdirkan bersama.
Jangan bersedih dan sentiasa muhasabah diri okay! Senyum Sikit!
Sudah menjadi kebiasaan orang Malaysia ni suka sangat tonton Drama. Tak kira kaum atau bangsa, masing-masing ada siri drama kegemaran masing-masing. Ni belum masuk bab K-Drama, mau meroyan semua dibuatnya!
Asal ada drama baru, mulalah semua pakat nak balik kerja awallah, kadang-kadang sampai sanggup record dulu sebelum pergi kerja. Bukan apa, takut-takut nanti jalan sesak, sudahlah melepas satu episod pula kan? Untunglah buat mereka yang ada Astro tu.
Untuk putarkan kembali kegembiraan anda semasa menikmati drama-drama bersiri Melayu yang paling ‘hot’ di televisyen sepanjang 2016 ni, moh lah penulis buat #throwback sikit!
#1 Suri Hati Mr. Pilot (Astro Ria)
EPISOD: 16 episod TARIKH SIARAN: 10 Oktober 2016 PENGARAH: Michael Ang / Hadith Omar TERBITAN: Cube Film Sdn Bhd
PELAKON: Fattah Amin, Neelofa, Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia, Alif Satar, Siti Nordiana.
#2Dia Semanis Honey (Astro Ria)
EPISOD: – TARIKH SIARAN: 11 – 15 Julai 2016 PENGARAH: Michael Ang / Hadith Omar TERBITAN: Cube Film Sdn Bhd
PELAKON: Mira Filzah, Adi Putra, Fadlan Hazim, Ikhlas Jalil, Rosnah Johari, Idris Mat Diah, Mitilda, Airis Yasmin, Dian P Ramlee, Shiqin Kamal, Elvina, Hanif Safuan, Azzam Zamani, Aisyah, Wan Sharmila, Ir’s Mikhail, Diyana Fauzii
#10 Seindah Takdir Cinta (TV3)
EPISOD: 28 episod TARIKH SIARAN: 25 Mei 2016 PENGARAH: Zulhuzaimy Marzuki TERBITAN: Zeel Production Sdn Bhd
Sumber: My Info Taip
PELAKON: Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Redza Rosli, Haff Ridzuan, Azri Iskandar, Ifa Raziah, Amai Kamaruddin, Nazzaty Rusli, Tatty Hassan, Lydiawati, Nazmi Nordin, Aina Abdul, Aidit Noh, Abdul Rahman Suud, Raja Ema, Mahmud Ali Basha, Raja Emma, Mubarak Majid, Rudy Imran
#11 Sesal Separuh Nyawa (HyppTV)
EPISOD: 30 TARIKH SIARAN: 18 Januari 2016 PENGARAH: Micheal Ang TERBITAN: Cube Film Sdn Bhd
Setanding dengan artis Hollywood seperti Jennifer Aniston, Emma Watson, Leonardo Di Caprio, Johnny Depp dan Scarlett Johansson.
Priyanka Chopra terus mencipta kejayaan di Hollywood apabila namanya tersenarai dalam portal Internet Movie Database (IMDb) sebagai antara artis paling popular di dunia.
Nama pelakon jelita berusia 34 tahun itu berada pada kedudukan ke-55 dan dia adalah satu-satunya artis Bollywood yang berada dalam senarai itu.
Priyanka akan muncul dalam filem Hollywood pertamanya, Baywatch arahan Seth Gordon.
Disebabkan jadual Priyanka yang sentiasa padat dengan penggambaran, sesi fotografi dan pelbagai undangan ke pelbagai acara di Hollywood, dia akan menyambut Krismas dan tahun baru di Amerika Syarikat.
A photo posted by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on
Priyanka dan rakan artis yang turut berlakon dalam drama bersiri, Quantico sudah mula menerima hadiah Krismas apabila produksi drama itu menghadiahkan skaf Krismas kepada mereka.
Semalam, Kareena Kapoor dilaporkan telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki di Breach Candy Hospital, Mumbai sekitar jam 7.30 pagi waktu India.
“Kami berbesar hati ingin mengumumkan kelahiran anak lelaki yang bernama Taimur Ali Khan Pataudi, pada 20 Disember 2016. Kami berterima kasih atas sokongan dan perhatian pihak media sepanjang sembilan bulan kebelakangan ini.
Kareena Kapoor di samping Saif Ali Khan. Sumber: International Business Times
“Kami juga ingin berterima kasih kepada semua peminat yang menitipkan doa yang baik-baik buat Kareena. Selamat tahun baru untuk anda semua. Ikhlas dari Saif dan Kareena,” kata Saif menerusi sebuah kenyataan yang diberikan kepada pihak media.
Untuk pengetahuan semua, bayi ini adalah kelahiran sulung kepada pasangan Kareena Kapoor dan aktor Saif Ali Khan.
Namun bagi Saif sendiri, ini adalah anak ketiganya sejak berkahwin dengan Kareena pada 16 Oktober 2012 lalu. Sebelum ini, Saif telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan hasil perkahwinan bersama isteri pertamanya, Amrita Singh.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Lot 10 adalah salah sebuah bangunan pusat membeli-belah terawal yang berdiri megah di kota raya Kuala Lumpur. Sama seperti dahulu, Lot 10 masih lagi mengekalkan ciri-ciri lamanya menyediakan pelbagai butik jenama mewah termasuklah ISETAN The Japan Store, Zang Toi, Braun Beffel, The Hour Glass, ZARA, NIKE Women’s, City Chain dan lain-lain.
Persembahan tarian ballet.
Di samping bisa mengimbau memori lama di Lot 10, apa kata jom ramai-ramai kita sertai kegembiraan dan kemeriahan sambutan Krismas di pusat membeli-belah ini! Bagi menghiburkan para pelawat semua, Lot 10 ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan muzik pada 24 dan 25 Disember ini.
Gerai yang menjual alatan muzik.
Antaranya adalah termasuk persembahan nyanyian dari kumpulan buskers tempatan, nyanyian koir Christmas Carol, jualan gerai berlandaskan produk-produk istimewa yang bisa dijadikan sebagai bingkisan Hari Natal dan banyak lagi!
Selain itu, pengunjung juga bakal dikejutkan dengan hiasan dekorasi Krismas yang serba-serbi bergermalapan, lampu-lampu yang menghiasi arca dewa-dewi Krismas, bahkan sesiapa sahaja dari semua lapisan umur dan masyarakat yang berkunjung ke Lot 10 berpeluang untuk berinteraksi dengan memainkan alatan muzik unik seperti Xylaphone, Aerophone dan Metallophone yang turut disediakan di sekitar kawasan ruang legar tengah pusat membeli-belah Lot 10.
Kanak-kanak sedang mencuba alatan muzik Metallophone.Dekorasi Krismas yang minimalis namun mampu bangkitkan aura kegembiraan. Bukan kanak-kanak sahaja berminat, pelancong asing dan orang dewasa pun turut tertarik dengan alatan muzik Aerophone.
Lot 10 sengaja mewujudkan suatu kelaianan untuk para pengunjungnya agar semua orang mampu menikmati sambutan Krismas yang bukan sahaja pada dekorasi ceria seperti pohon Krismas serta jumbaian lampu kelip-kelip, ia turut membuka peluang keemasan untuk semua bermain muzik dengan menggunakan instrumen muzik yang anda. Kanak-kanak pasti teruja!
Tidak lupa bagi mereka yang memerlukan, Lot 10 dengan ikhlas menganjurkan kempen “Make A Child Smile This Christmas” bersama badan bukan kerajaan Charwiki sebagai salah satu inisiatif untuk mengumpul dana bagi mengembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik.
Kempen “Make A Child Smile This Christmas” anjuran Lot 10 bersama Charwiki untuk beberapa rumah kebajikan terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Anda yang beminat boleh layari www.charwiki.com untuk membeli hadiah bernilai buat anak-anak tersebut seperti alat tulis, set seragam sekolah, mahupun tiket untuk mereka pergi berhibur ke taman-taman menarik sekitar Kuala Lumpur.
“Music can change the world because it can change people” -Bono U2
Muzik itu universal, walaupun anda tidak memahami setiap yang dilafazkan tetapi anda masih mahu mendengarnya. Tidak kisahlah bahasa apa sekalipun, asalkan rentak itu masuk di telinga, rasanya itu sudah memadai. Hindi, Arab, Korea, Cina, Perancis, Jepun dan pelbagai lagi muzik kita dengar walaupun asalnya kita tidak tahu maksud lagu tersebut.
Ini Wanista kongsikan beberapa lagu dari Korea Selatan yang terusan mendapat tempat bukan sahaja di benua Asia malahan serata dunia mengenali mereka. Setiap rentak dan ditambah lagi dengan langkah tarian membuatkan kita yang mendengar turut sama ingin menari.
Rasanya lagu apa yang dikeluarkan tahun ini 2016 dengan rentak yang buat anda ketagih, sehingga mendengarnya berjuta kali? Ada tak?
BLOOD SWEAT & TEARS – BTS
WHY SO LONELY – WONDER GIRLS
PLAYING WITH FIRE – BLACKPINK
FXXK IT – BIGBANG
SENTIMENTAL – WINNER
WHY – TAEYEON
K.A.R.D – OH NANA
TWICE – CHEER UP
PSY – DADDY(feat. CL of 2NE1)
EXO – LOTTO
Okay ini antara pilihan Wanista. Playlist anda ada tersenarai tak?
Dikhabarkan, pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa menafikan hubungan baiknya dengan pengusaha fesyen muslimah, Vie Shantie Khan, dingin gara-gara penghasilan koleksi ‘mesra solat’.
Malah, pengacara Meletop itu menegaskan kedua-duanya masih baik seperti biasa dan pernah berjumpa dalam sebuah acara, baru-baru ini.
“Hubungan kami masih seperti biasa dan macam sedia kala. Baru-baru ini, kami berjumpa dalam sebuah jamuan makan dianjurkan jemaah haji yang turut serta dengan kami dulu.
“Kami memang tiada masalah. Malahan saat bermesej, saya sendiri gemar menyebut perkataan ‘I Miss You’ selain mengajaknya keluar berjumpa,” katanya.
Kononnya, idea asal koleksi terbabit adalah daripada Vie yang juga pemilik jenama VHijrah, namun Neelofa yang terlebih dulu mengeluarkan pakaian muslimah berkenaan. Neelofa juga tidak kelihatan apabila Vie melancarkan koleksi fesyen berkenaan di ibu kota, beberapa hari lalu.
September lalu, kedua-duanya mengerjakan ibadat haji bersama-sama di Tanah Suci Makkah dan sering memuat naik gambar kenangan bersama ke laman sosial.
“Isu ini jadi hangat apabila orang luar yang tidak tahu-menahu menokok tambah cerita. Ketiadaan saya ketika majlis pelancaran koleksinya baru-baru ini pun kerana saya sedikit serabut dengan masalah (merujuk kepada kisahnya bersama Fattah Amin). Ketika itu saya memilih untuk berdiam diri dan tak mahu keluar ke acara yang mempunyai ramai orang.
“Saya ada menghubunginya memaklumkan hal itu. Saya memang tak berada dalam ‘mood’ yang baik ketika itu dan mengharapkan pengertiannya sebagai kawan,” katanya.
Menurut Neelofa lagi, tidak wujud istilah tiru-meniru mahupun ‘caras-mencaras’ dalam hal berkenaan.
“Memang orang luar yang memberikan tafsiran negatif. Di Makkah lagi, kami sudah tahu mengenai perancangan mengeluarkan koleksi ‘mesra solat’.
“Ikutkan, sebelum mengerjakan haji lagi, kami berdua sudah merancang untuk melakukan hal sama, tetapi secara berasingan. Namun berikutan kesibukan masing-masing, hal itu tertunda. Malah, masing-masing juga sudah ada contoh rekaan,” katanya.
Malah, Vie turut mengakui Neelofa ada memaklumkan kepadanya beliau mempunyai urusan lain yang perlu diutamakan pada hari majlis anjurannya itu.
“Dalam soal perniagaan ini, saya percaya rezeki itu ada dan terbuka luas. Saya juga mengalu-alukan rekaan muslimah seumpama ini daripada pereka fesyen atau pelabur lain. Rekaan ‘mesra solat’ ini saya percaya dapat memudahkan golongan wanita untuk beribadat,” kata Vie.
Mengenai desas-desus dirinya tidak lagi baik dengan Neelofa, Vie menegaskan, orang di luar sana yang tidak tahu hujung pangkal berlebih-lebih menambah cerita berbanding gambaran sebenar.
Usia bukanlah penghalang bagi jelitawan Hollywood yang merupakan seorang penyanyi popular, Jennifer Lopez, 47 untuk menjalin hubungan akrab dengan Drake yang popular dengan lagu “One Dance” sejak kebelakangan ini.
Khabarnya, mereka berdua semakin rapat sejak pernah bekerjasama dalam sebuah projek muzik. Apa yang menguatkan lagi dakwaan mereka sedang bercinta adalah JLo sering sahaja memuat naik gambar dirinya bersama drake melepak dan bergembira bersama secara terbuka di akaun Instagram miliknya.
Menurut portal TMZ, Drake menyewa sebuah restoran pada Isnin lalu dan J.Lo hadir sebagai tetamu undangannya untuk makan malam bersama.
Restoran itu juga telah ditutup kepada orang ramai sementara 20 lagi tetamu turut diundang untuk menyertai pasangan selebriti berkenaan.
Baru-baru ini, JLo telah membuat mengumuman rasmi berkenaan perpisahan dirinya dan bekas teman lelaki, Casper Smart manakal Drake pula sehingga kini masih belum menyatakan apa-apa tentang khabar angin yang mengatakan tentang hubungan rapatnya dengan Rihanna sebelum ini.
Hampir separuh penyanyi-penyanyi terkenal dunia mengeluarkan post dan tweet berkenaan satu perkataan ‘Om Telolet Om’. Tanpa disedari perkataan itu juga menimbulkan pertanyaan kebanyakan selebriti yang musykil apa yang sedang terjadi dengan dunia muzik. Apakah ini fenomena terbaru muzik dan wajib semua orang ikuti?
Instagram Donald Trump. Foto – http://www.billboard.com/Instagram The Rock. Foto – http://www.billboard.com/Instgaram Gigi Hadi. Foto – Rakyatku.com
Rupanya, ini semua gara-gara ‘kerja’ daripada ribuan komen-komen pengikut laman sosial dari negara Indonesia. Disemua laman sosial artis ternama mereka meninggalkan komen ‘Om Telolet Om’ tak kira sama ada di Instagram atau Twitter. Tapi apa maksud sebenar ‘Om Telolet Om’? Sejenis makanan kah? Atau satu permainan media terbaru?
‘Om Telolet Om’ perumpamaan berasal negara Indonesia, Telolet bermaksud ‘bunyi hon dari kenderaan’ dan Om pula panggilan untuk ‘orang lelaki yang lebih dewasa’. Jadi jika digabungkan ia seperti ‘Abang bunyikan hon’.
Motif?
Kisah viral di Indonesia sejak November lalu sekumpulan kanak-kanak yang meminta pemandu-pemandu bas membunyikan hon menjadi tarikan untuk dijadikan satu hiburan dan bahan lucu. Jadi ‘Om Telolet Om’ kini diangkat sehingga ke serata dunia.
Sampaikan pembuat muzik seperti DJ Dillon Francis dan Zedd membuat lagu remix dari fenomena ini.
Pelanduk dua serupa. Copycat. Wajah saling tak tumpah. Kembar seiras.
Sedia maklum kita semua ketahui bahawa dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah seiras kita. Kalau bertuah dapatlah kita jumpa kembar yang terpisah jauh, malah ada yang kadang kala tinggal di benua berlainan pun mempunyai wajah seiras di antara satu sama lain.
Tak kecuali jugak beberapa selebriti wanita Hollywood ini yang dikatakan wajah mereka saling tak tumpah seperti anak perempuan di kala remaja. Liha Suri Cruise, itulaha Katie Holmes di waktu muda. Manakala Rumer Willis dan Demi Moore boleh dikatakan kembar seiras dan ramai lagi mother-daughter lookalike.
Ini 11 selebriti wanita bersama anak mereka yang wajahnya saling tak tumpah.
#1 Lily-Rose Depp & Vanessa Paradis
Foto – People
Ya wajah anak beranak ini memang saling tak tumpah. Lily-Rose Depp iaitu anak kepada pelakon Johnny Depp serta penyanyi Perancis, Vanessa Paradis. Mencecah usia 17 tahun, Lily-Rose mewarisi kecantikan ibunya yang memiliki tulang pipi menonjol dan berwajah fotogenik.
#2 Cindy Crawford & Kaia Gerber
Foto – E!
Wajah Kaia yang saling tidak tumpah seperti Cindy semasa muda menjadi tarikan paparazi dan pihak media untuk merakamkan gambar mereka malah kini Kaia mengikuti jejak langkah ibunya itu dalam bidang peragaan.
#3 Diane lane & Eleanor Lambert
Foto – DailyMail
Ternyata Diane Lane, 51, menurunkan kecantikan semula jadinya kepada anak perempuan, Eleanor, 22. Pasangan duo baru-baru ini mencuri tumpuan ramai ketika muncul di tayangan perdana filem “Batman v. Superman: Dawn of Justice”.
#4 Jada Pinkett Smith & Willow Smith
Foto – Just Jared Jr.
Wajah Jada saling tak tumpah seperti Willow ketika waktu remaja. Such a good genes!
#5 Lisa Marie Presley & Riley Keough
Foto – Flickr
Elvis Presley sememangnya meninggalkan wanita cantik dibelakangnya! Lihat sahaja anaknya, Lisa Marie Presley, 48, bersama cucu Riley Keough, 27, yang boleh dikatakan bagai pelanduk dua serupa dan memiliki kecantikan semulajadi.
#6 Jerry Hall & Georgia May
Foto – Google Image
Mereka berdua berkongsi bentuk mata yang sama, kening melengkung dan sudah tentu rambut blonde.
#7 Demi Moore & Rumer Willis
Foto – Daily Mail
Lihat sahaja gambar yang dikongsi Rumer Willis di Instagram, kedua-dua mengenakan jumpsuit dengan rambut panjang hitam dan berkaca mata.
#8 Lisa Bonet & Zoe Kravitz
Foto – Google Image
Lisa Bonet dan Zoe Kravitz sememangnya seakan kembar seiras. Lihat sahaja fesyen yang dkenakan, sepadan habis. Rasanya mesti saiz pun sama.
#9 Madonna & Lourdes Leon
Foto – Closer Weekly
Persamaa pada mata, kening dan bibir. Betullah orang kata di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi…..itulah ungkapan yang boleh dibuat antara Madonna, 58, dan Lourdes, 20.
#10 Katie Holmes & Suri Cruise
Foto – Hola
Tiada rahsia. Umum sememangnya mengetahui bahawa Suri Cruise kelihatan seperti ibunya Katie Holmes. Dia memiliki warna rambut gelap dan ciri-ciri wajah terletak persis ibunya itu.
#11 Resse Witherspoon & Ava Phillipe
Foto – Independent.ie
Ada sedikit iras Reese dan Ryan Phillipe (bekas suami Reese Witherspoon).
Dengar cerita pelakon Faye Kusairi bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pengarah Azmi Hatta tidak lama lagi.
Faye, 29, berkata, buat masa ini belum ada sebarang perbincangan rasmi membabitkan keluarga kedua belah pihak.
“Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kedua belah pihak belum berjumpa. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini.
“Disebabkan kekangan kerja dan masa menyukarkan kami mencari tarikh yang sesuai,” katanya kepada Harian Metro.
Apa pun, kenyataan Faye telah menafikan kesemua desas-desus yang selama ini mengatakan bahawa hubungan mereka berdua Faye dan Azmi sudah pun berakhir selepas Azmi sendiri didakwa dilihat keluar dengan wanita lain sebelum ini.
Terdahulu bekas isteri Azmi yang juga penyanyi Elly Mazlein memuat naik status di Instagram memaklumkan Azmi bakal berkahwin pada Februari depan.
“Daddy Sefhia nak kahwin Februari 2017,” tulisnya yang disertakan dengan emoji ketawa
David Beckham, selebriti sukan terkenal dunia disahkan mempunyai pendapatan sehari sebanyak £71,000 (RM391,884.49) sehari.
Menurut laporan Daily Mail, ia merupakan jumlah pendapatan tertinggi Beckham berbanding ketika dia hanya menjadi pemain bola sepak sahaja sebelum ini.
Ini semua hasil dari keuntungan syarikatnya Footwork Productions yang memulakan perusahaan sejak tahun 1996. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya dalam perniagaan minyak wangi, jenama pakaian sendiri serta minuman wiski bersama rakan baik beliau Guy Rithcie.
Keluarga bahagia David Beckham. Foto – Enstarz
Walaupun sudah bersara dalam arena bola sepak, David Beckham sibuk dengan urusan kebajikan sebagai duta kepada UNICEF UK dan juga banyak mendapat tawaran sebagai model dan duta jenama pakaian.
Populariti suami kepada bekas ahli kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham itu masih bertahan sehingga kini.
Mungkin ada sesetengah individu kurang menggemari drama atau filem dengan tema keluarga, pada mereka ianya membosankan dan semestinya terlalu banyak unsur sentimental, air mata. Tapi tak semua sebegitu, ada juga yang kelakar untuk ditonton.
Ini Wanista bawakan beberapa siri drama Hollywood dengan tema keluarga boleh anda tonton bersama. Serius semuanya best dan langsung tak rugi habiskan masa menonton bersama keluarga tersayang.
#1 Gilmore Girls
Foto – Nerdist
Okay, siapa sini yang tak sukakan Gilmore Girls? Watak Lorelai bersama anak perempuannya, Rory forever be our favorite tv series, mereka bukan sahaja ibu dan anak malahan kawan sejati.
#2 Brothers & Sisters
Foto -DVDbash
Kekuatannya pada watak si ibu yang membesarkan anak-anak yang melalui saat perceraian, politik, keguguran, kemalangan kereta serta pelbagai lagi tragedi cukup menyayat hati.
#3 Parenthood
Foto – TV.com
Drama satu jam ini menceritakan kisah kehidupan keluarga Braverman yang melalui detik kegembiraan dan kesedihan yang akan membuatkan kita turut sama menangis.
#4 Modern Family
Foto – USA Network
Segala-segalanya dalam sitcom ini memang terbaik, bermula daripada lakonan sehinggalah dialog yang disampaikan, cukup menghiburkan.
#5 Malcolm in the Middle
Foto – The AV Club
Ini antara sitcom yang wajib tonton ketika zaman kanak-kanak. Rancangan ini lebih menumpukan kepada kisah kehidupan anak muda bernama Malcolm, bagaimana dia menghadapi teman-teman di sekolah serta keluarga yang penuh dengan masalah.
Jangan lupa tonton bersama-sama keluarga yang tercinta okay…