Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all 1583 articles
Browse latest View live

Siapa Dia Selebriti Malaysia Yang Pernah Berkhidmat Sebagai Pramugari?

$
0
0
Sumber: kafebuzz.my

Pramugari adalah profesion yang melibatkan perkhidmatan pelanggan di mana tanggungjawab anak kapal itu sendiri adalah bukan sahaja untuk memberi layanan kepada penumpang penerbangan semata-mata malah demi mewujudkan sebuah suasana penerbangan yang selesa dan selamat sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

Ramai yang menganggap kerja sebagai pramugari atau pramugara ini seronok dan glamor kerana dapat terbang ke sana ke mari, melihat tempat orang dan bisa borsolek serta memakai seragam yang sudah tentu sangat eksklusif! Dalam pada itu, tempatnya juga terhad kerana hanya mereka yang memiliki ‘rupa paras’ dan kriteria fizikal tertentu sahaja yang akan layak dipilih untuk menjadi kru kabin. Betul ke?

Nah Wanista senaraikan beberapa nama selebriti tampan dan cantik Malaysia yang dahulunya pernah berkhidmat sebagai kru kabin untuk syarikat penerbangan ternama seperti MAS, Air Asia dan lain-lain.

#1 Amy Mastura: Malaysia Airlines

Sumber: Himpunan Cerita Lawak
Sumber: Himpunan Cerita Lawak

#2 Scha Al-Yahya: AirAsia

Sumber: Faizell Azraff The Fashion Designer
Sumber: Faizell Azraff The Fashion Designer

#3 Ziana Zain: Malaysia Airlines

Sumber: Wikiwand
Sumber: Wikiwand

#4 Anuar Zain: Malaysia Airlines

Sumber: New Straits Times
Sumber: New Straits Times

#5 Dayang Nurfaizah: Firefly

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

#6 Sharifah Shawati: Malaysia Airlines

lol

lol

#7 Datin Nomala Shamsudin: Malaysia Airlines

normala-samsudin

Sumber: Media Gempakk
Sumber: Media Gempakk

#8 Maria Tunku Sabri: Malaysia Airlines

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

#9 Raja Azmi: Singapore Airlines

Sumber: mStar
Sumber: mStar

#10 Datuk Khadijah Ibrahim: Saudi Airlines

Sumber: BeritaHarian
Sumber: BeritaHarian

#11 Fizo Omar: Malaysia Airlines

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

#12 Intan Sarafina: AirAsia

Sumber: .ideaterkini.com
Sumber: .ideaterkini.com

#13 Faizah Ilai: Malaysia Airlines

Sumber: Gosip Artis Malaysia
Sumber: Gosip Artis Malaysia

#14 Fouziah Gous: Malaysia Airlines

ni

Sumber: MyNewsHub
Sumber: MyNewsHub

#15 Sherry Ibrahim: Malaysia Airlines

Sumber: Encik Shino
Sumber: Encik Shino

#16 Danny X Factor: Malaysia Airlines

danny-x-factor

#17 Ellie Suriaty: Malaysia Airlines

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Utusan Online
Sumber: Utusan Online

#18 Zarul Umbrella: Malaysia Airlines

Sumber: kafebuzz.my
Sumber: kafebuzz.my

#19 Uqasha Senrose: AirAsia

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

#20 Ida Nerina: Malaysia Airlines

Sumber: Alchetron
Sumber: Alchetron

#21 Ning Baizura: Singapore Airlines

Sumber: Wikiwand
Sumber: Wikiwand

#22 Mas Idayu: Malaysia Airlines

Sumber: mforum.cari.com.my
Sumber: mforum.cari.com.my

#23 Nazim Othman: Malaysia Airlines

Sumber: Kaki Berita
Sumber: Kaki Berita

Nama Anak Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Dikritik

$
0
0
Foto - ABC

Dilaporkan, nama yang menjadi pilihan pasangan pelakon popular Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor, untuk diberikan kepada bayi mereka menjadi perbahasan hangat di media sosial.

Saif dan Kareena menamakan bayi lelaki yang dilahirkan awal Selasa itu sebagai Taimur Ali Khan Pataudi, sempena pemimpin empayar Moghul, Timur the Lame yang dipercayai bertanggungjawab membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi.

Baca: TAHNIAH! KAREENA KAPOOR SELAMAT LAHIRKAN ANAK SULUNG SEMALAM

Sebaik nama itu diumumkan, media sosial dihujani tweet dan status mempersoalkan nama bayi berkenaan. Bagaimanapun, bapa saudara Kareena, pelakon Rishi Kapoor mempertahankan nama berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

“Tahniah kepada Kareena dan Saif! Terima kasih kepada semua ucapan, akan menyampaikannya,” kata aktor veteran itu dalam Twitter.

Anggota keluarga pasangan suami isteri itu termasuk Karisma Kapoor, Soha Ali Khan dan Kunal Kemmu, turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran anggota baru itu.

“Keluarga kami amat gembira. Taimur Ali Khan Pataudi cukup comel dan kedua-dua ibu dan anak sihat!” menurut tweet adik Saif, Soha.

Bekas Ketua Menteri Jammu Kashmir, Omar Abdullah, turut mengkritik mereka yang mempersendakan pemilihan nama itu. Abdullah berkata, sebagai ibu bapa, Saif dan Kareena berhak memutuskan nama anak mereka.

Dalam akaun Twitter, beliau menulis: “Orang yang berhak memutuskan nama bayi ialah ibu bapanya. Mengapa orang lain hendak masuk campur? “Tahniah kepada Saif dan Kareena. Semoga Taimur Ali Khan menikmati kehidupan yang gembira dan sihat.”

Taimur ialah anak pertama Kareena manakala Saif mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Amrita Singh, Sara dan Ibrahim.

SUMBER

Rentetan Perubahan Drastik Wajah Kylie Jenner Dari “Childish” Kepada “Hotties”

$
0
0
Sumber: Pinterest

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Kylie Cosmetics ni? Merupakan adik-beradik tiri kepada keluarga Kadarshian, dahulunya Kylie Jenner hanya setakat menumpang populariti kakak-kakaknya.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, teman wanita rapper Tyga ini kian popular dalam kalangan remaja masa kini sekaligus diangkat naik oleh jenama-jenama fesyen terkemuka seperti PUMA dan banyak lagi. Ya, mungkin kerana rupa parasnya yang lebih seksi serta tubuhnya yang semakin mengiurkan itu.

Jom lihat perubahan drastik wajah Kylie Jenner dari zaman kanak-kanak hingga kini.

Kylie Jenner 2008

I’m just a kid, what do you expect?

11 tahun: Membesar normal seperti kanak-kanak yang lain.

Sumber: USMagazine.com
Sumber: USMagazine.com

Kylie Jenner #2009

Too young and sweet.

12 tahun: Masih tiada banyak perubahan yang berlaku ke atas diri Kylie. 

Sumber: USMagazine.com
Sumber: USMagazine.com

Kylie Jenner #2010

I just wanna be happy!

13 tahun: Cantik tak penting, asal gembira :)

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Kylie Jenner #2011

Same…

14 tahun: Biasa-biasa je…

Sumber: Harper's Bazaar
Sumber: Harper’s Bazaar

 

Kylie Jenner #2012

Lashes on fleek!

15 tahun: Relaks dulu, baru nak kenal dunia hiburan katanya…

Sumber: USMagazine.com
Sumber: USMagazine.com

Kylie Jenner #2013

Don’t care and trying to living my life to the fullest!

16 tahun: Baru pandai berjinak-jinak dengan mekap nampaknya si Kylie ni. 

2013
Sumber: Pinterest

Kylie Jenner #2014

How do I look? Okay? Or not okay? Gonna make some changes when I reach 18… very soon!

17 tahun: Hidung… check! Mata… Check! Bibir???

2014
Sumber: Getty

Kylie Jenner #2015

Look, it’s my new lips!

18 tahun: Biarpun bukan bibir asli, Kylie tampil berani dan mula menjadi perhatian netizen dunia lebih-lebih lagi si pencinta fesyen! Dan pada tahun ini jugalah, Kylie memulakan empayar perniagaan Kylie Lip Kit dari Kylie Cosmetics yang menjadi kegilaan semua makeup junkies!

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Kylie Jenner #2016

Hey girl, I just turns 19 and you, better watch out!

19 tahun: Siapa yang tidak terpana melihat. Seksi menawan, gayanya lebih matang dengan solekan anggun yang ditemani gaya rambut ala bombshell! Ketika ini, Kylie lebih gemarkan warna kulit yang perang.

1

Jari Kate Middleton Jadi Tumpuan Kerana Kerap Berplaster

$
0
0
Foto - Daily Mail

Puteri Kate Middleton, nama kerap menjadi perhatian kerana selalu menampilkan wajah dan penampilan yang menarik serta anggun. Setiap sudut keperibadian, pakaian yang dibawa oleh Kate tertumpu pada beribu-ribu mata lensa setiap kali menghadiri pelbagai acara istana dan kebajikan. 

Walaupun Kate membawa imej ‘sempurna’, namun ada sesuatu yang menganggu. Jari si puteri itu didakwa kerap ditampal dengan plaster luka. 

Lihat ibu jari Kate berplaster, gambar dirakam ketika beliau berjalan bersama  Puteri Charlotte ke gereja. Foto - Daily Mail
Lihat ibu jari Kate berplaster, gambar dirakam ketika beliau berjalan bersama Puteri Charlotte ke gereja. Foto – Daily Mail
November: Ketika menghadiri acara di Natural History Museum.
November: Ketika menghadiri acara di Natural History Museum.
Dirakam pada bulan November yang sama. Berplaster besar di tangan beliau. Foto - Daily Mail
Dirakam pada bulan November yang sama. Berplaster besar di tangan beliau. Foto – Daily Mail
Ketika melawat Keech Hospice Care. Kini ibu jari kanan beliau pula menjadi 'mangsa. Foto - Daily Mail
Ketika melawat Keech Hospice Care. Kini ibu jari kanan beliau pula menjadi ‘mangsa. Foto – Daily Mail

Tidak pasti kenapa jari Kate diplaster, laporan dari pihak istana tidak pula memberitahu apa-apa mengenai ini.

Lagi, jari telunjuk Kate diplaster bewarna seakan tona kulit. Foto - Daily Mail
Lagi, jari telunjuk Kate diplaster bewarna seakan tona kulit. Foto – Daily Mail
Melambai mesra pada jurugambar walaupun kelihatan jari tengah diplaster kemas. Foto - Daily Mail
Melambai mesra pada jurugambar walaupun kelihatan jari tengah diplaster kemas. Foto – Daily Mail

SUMBER 

‘Mak Janda’– Donna Muslim Dikecam Peminat Rita Rudaini

$
0
0
Donna Muslim berkawan rapat dengan Rita Rudaini. Foto - Roti Kaya

Akibat menggelarkan Rita Tudaini sebagai ‘Mak Janda’ di laman Instagram, pengacara Donna Muslim tidak menyangka perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peminat Rita. 

Pengacara Donna Muslim dihentam teruk oleh peminat pelakon itu.

“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.

“Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Donna yang juga pengacara program HLive! di Astro Ria, disebabkan komen itu dia dan wanita itu diserang peminat Rita yang tidak bersetuju dengan gelaran terbabit.

Donna turut memohon maaf kepada Rita selepas pelakon itu bertanyakan perkara terbabit.

“Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.

“Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih,” katanya.

Terdahulu pertanyaan seorang kenalan yang menggunakan nama @shazzhrmn menerusi video yang dimuat naik Donna pada Ahad lalu mengundang kemarahan peminat apabila menggelar Rita sebagai Mak Janda.

Bagi Rita pula ketika dihubungi menyifatkan tindakan pengacara itu sebagai kurang bijak.

“Saya memang tidak mengikutinya di laman Instagram jadi tak tahu apa yang dia muat naik. Apabila peminat menghantar paparan skrin komen itu, saya terus bertanya kepada dia.

“Sepatutnya sebagai kawan dia tak patut menggunakan perkataan itu apatah lagi di laman sosial. Semua orang tahu status saya sebagai ibu tunggal, tapi tak ada siapa yang suka jika dilabel dengan gelaran itu,” katanya.

SUMBER

Inilah Wajah Terkini Bayi Yang Menjadi Gambar Kulit Album Nirvana (4 Gambar)

$
0
0
Foto - BoredPanda

Kalau anda merupakan peminat pemuzik ikonik Nirvana, pasti anda tahu akan gambar kulit album ini, bukan?

Sudah 25 tahun berlalu sejak gambar kulit album ikonik Nirvana, Nevermind memaparkan aksi seorang bayi berenang dalam sebuah kolam renang.

Foto - New York Post
Foto – New York Post

Bayi berkenaan yang kini sudah meningkat dewasa, Spencer Elden mengambil peluang mengabadikan semula kenangan tersebut dengan beraksi sama seperti dalam gambar yang diambilnya pada tahun 1991.

Jika dulu dia bertelanjang bulat, kali ini, Spencer mengenakan seluar pendek walaupun pada mulanya dia ingin berbogel.

“Saya katakan kepada jurugambar, ‘jom buat dalam keadaan saya berbogel’, namun jurugambar cakap perkara itu akan menjadi pelik, lalu saya menyarungkan seluar pendek,” katanya dipetik New York Post.

Foto - BoredPanda
Foto – BoredPanda

Ketika melakukan sesi fotografi ikonik itu, Spencer baharu sahaja berusia empat bulan.

“Ia sangat kool tapi ia pelik kerana saya langsung tak ingat perkara penting yang saya lakukan itu (sebab masih kecil),” katanya.

Menurut Spencer lagi, ibu bapanya dibayar sebanyak £154 (RM847) ketika dia menjayakan sesi fotografi tersebut. Foto original tersebut dirakamkan oleh kawan bapanya, Kirk Weddle.

Foto - BoredPanda
Foto – BoredPanda

Gambar terbaharu yang diambilnya itu dibidik oleh jurugambar kelahiran British, John Chapple di lokasi sama iaitu di sebuah kolam renang di California, Amerika Syarikat. 

Nevermind merupakan album Nirvana paling laris jualannya, yang terjual hampir 30 juta keping di seluruh dunia. 

Sumber : 12

Bibir Taylor Swift Paling Seksi, Jadi Idaman Semua Wanita

$
0
0
Sumber: Astro Gempak

Anda mungkin rasa bibir Angelina Jolie adalah bibir pujaan ramai wanita seantero dunia. Namun, mengikut sebuah laporan daripada Inquistr, Taylor Swift berjaya merebut takhta mengalahkan ratu bibir seksi si Angelina Jolie kerana bentuk bibirnya menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menjalani pembedahan plastik merubah bentuk bibir.

Menurut Dr. Julian De Silva iaitu salah seorang pakar pembedahan plastik, ramai yang meminta untuk memiliki bentuk bibir seperti seperti milik Taylor Swift kerana ia dianggap mengiurkan dan kelihatan sempurna.

Sumber: Fashion Times
Sumber: Fashion Times

“Dia mempunyai bentuk bibir yang menawan dan mengghairahkan kerana ia dipengaruhi oleh gigi Swift yang sedikit besar.

“Secara tidak langsung ia mendorong bibir tersebut kelihatan semakin tebal dan seksi,” katanya.

Secara amnya, Angelina Jolie berada di tempat kedua diikuti penyanyi Rihanna, Scarlett Johanssan, Rosie Huntington-Whiteley dan Megan Fox.

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Sumber: positivemed.com
Sumber: positivemed.com

p/s: Bagi pendapat peribadi penulis bibir Taylor Swift nampak seksi kerana dipengaruhi “cupid’s bow” yang tinggi dan tajam serta bentuk matanya yang berupa seolah ‘mata kucing’. 

SUMBER

#Throwback: 8 Pasangan Artis Malaysia Yang Bina Mahligai Cinta Sepanjang 2016

$
0
0
Sumber: mynewshub.com

Perkahwinan adalah tanda cinta abadi bila mana dua insan diikat menjadi satu bagi meneruskan hidup bersama sebagai pasangan suami dan isteri yang sah.

Ijab kabul pula adalah antara momen yang paling manis tatkala sang lelaki menyebut lafaz terima nikah yang secara langsung mengambil tanggungjawab menjaga dan menyanyangi si wanita tersebut dari ayah dan keluarga mertuanya. 

Untuk mengimbau kembali kenangan tika artis-artis Malaysia sah menjadi suami dan isteri, ini Wanista senaraikan beberapa darinya:-

#1 Nazim Othman & Bella Dally

1

#2 Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

2
Sumber: geocities.ws

#3 Akim & Stacy

9

#4 Aliff Aziz & Dayang Nabella

Sumber: Melvister
Sumber: Melvister

#5 Jihan Muse & Ungku Hariz

7

#6 Hafiz Suip & Nureffy Jasreel

Sumber: hariannews.com
Sumber: hariannews.com

#7 Saharul Ridzwan & Deena Emir

Sumber: stail.my
Sumber: stail.my

#8 Amyra Rosli & Amar Baharin

3

SUMBER


Seleksis Gaya Rambut Lee Min Ho ‘From Zero To Hero’!

$
0
0
Lee Min Ho dalam majalah Harper's Bazaar isu Disember 2016. Foto - Yahoo

Lee Min Ho, nama besar di Korea Selatan yang sentiasa menggalas watak hero pujaan ramai. Bermula pada tahun 2006, beliau mengambil tempat di kaca televisyen kemudian mencuri mata penonton dengan sajian lakonan yang sempurna dan rupa paras yang kacak juga merupakan satu bonus.

Kini genap 10 tahun berada didalam dunia lakonan, boleh dikira sudah banyak jenis karakter yang dibawa oleh Lee Min Ho. Bersesuaian dengan itu juga, pastilah penampilan Lee Min Ho juga sering bertukar-tukar. 

Foto - uploads.disquscdn.com
Foto – uploads.disquscdn.com

Apa yang menarik perhatian Wanista, Lee Min Ho bukanlah aktor yang terus kelihatan sempurna penampilannya pada awal kemunculannya, beliau juga pernah mengayakan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya iaitu stail rambut.

Wanista sediakan gambar gaya rambut Lee Min Ho from zero to hero untuk tatapan pembaca.

Secret Campus (2003) 

Foto - google.com
Foto – google.com

Jika penyanyi Suzy isytihar bercinta dengan Lee Min Ho pada tahun 2003, penulis langsung tak ambil pusing siapakah lelaki yang beliau dilamun cinta itu. Gaya yang rambut yang sangat serabut, bercacak membuat penulis terfikir, berapa lama agaknya penata rias untuk menyiapkan look ini. 

Mackerel Run (2007) 

Foto - Amino Apps
Foto – Amino Apps

‘Adik-adik’ sangat wajahnya..alahai. Lee Min Ho memegang watak utama bermula dengan drama bersiri ini. Malangnya, drama ini hanya muncul lapan episod kerana tidak mendapat rating yang rendah. Walaupun gaya rambut ini panjang tapi lebih kemas dan kalau perasan warna rambut keperangan. Wah! Dah pandai warna rambut yer..hehehe~

I Am Sam (2008) 

Foto - wordpress.com
Foto – wordpress.com

Hair fringe dihadapan lebih kemas dan nipis. Tidak banyak berubah dari gaya yang sebelum ini, mungkin ini stail paling laris atau trend di Korea Selatan ketika itu. 

Faith (2012) 

Foto - Soompi
Foto – Soompi

Penulis tak faham, kenapa rambut pahlawan pada zaman dahulu kala perlu dibelah dengan penuh bergaya. Peliknya, gulungan kerinting dan warna perang juga ditambah. Macam tidak berapa sesuai dengan watak dan jalan cerita yang dibawa Lee Min Ho. 

Boys Over Flowers (2009)

Foto - Cool Men's Hair
Foto – Cool Men’s Hair

Gu Jun Pyo, nama hero yang pasti tidak dapat dilupakan setiap penonton setia drama Korea. Boys Over Flower drama adaptasi dari drama Jepun ini memberi aura baru kepada Lee Min Ho. Namun, gaya rambut Gu Jun Pyo bukanlah pilihan penulis. Gulungan kerinting agak menganggu dan wajah Lee Min Ho agak keanak-anakan. 

City Hunter (2011)

Foto - google.com
Foto – google.com

Melampau sangat hair fringe hadapan kali ini. Tebal, panjang sampai tak nampak bentuk dahi. Walaupun rambut tidak lagi bergulung kerinting tapi berpada-pada lah pada ketebalan rambut, boleh berjerawat kulit dahi sebab tidak dapat udara yang cukup. Jangan marah oppa! Hahahaha.

Personal Taste (2010) 

Foto - google.com
Foto – google.com

Siapa suka tengok cerita ni? Penulis suka! Personal Taste, drama romantik komedi yang ringan dan tidak melebih-lebih. Nampaknya gaya rambut didalam drama ini seakan-akan sama seperti Secret Campus (2003). Bercacak dan panjang tapi zaman sudah berubah, gaya cacak kali ini lebih berjaga-jaga, helaian rambut dibentuk rapi. 

The Heirs (2013)

Foto - Wandha Syakishtiani 이민호
Foto – Wandha Syakishtiani 이민호

Handsome! Mungkin peranan yang dibawa sebagai chabeol (anak orang kaya) jadi gaya rambut haruslah rapi dan nampak ‘mahal’. Hair fringe tetap juga jadi pilihan stylish beliau untuk drama The Heirs, tapi hair fringe dipotong dengan kemas dan disisip ketepi beri kelainan dari gaya-gaya sebelum ini.

The Legend of the Blue Sea (2016) 

Foto - google.com
Foto – google.com

Yes, drama meletup terbaru dari beliau dengan gandingan hebat Jun Ji Hyun, telah menampilkan lebih dari satu gaya rambut. Semuanya tampak sepadan dengan beliau dan no more excessive hair fringe! Mana satu jadi pilihan anda diantara keempat-empat ini? 

Gangnam Blues (2015) 

Foto - pinterest.com
Foto – pinterest.com

Filem aksi Gangnam Blues ini menyerlahkan sisi kelakian dan matang Lee Min Ho. Begitu juga pilihan gaya rambut belah tepi yang kelihatan sangat sesuai dengan bentuk muka beliau. Barulah namja

Wanista nak tanya, ini rahsia antara kita sahaja, gaya rambut yang mana anda rasa paling worse? Sshhhh~

Rujukan 1

Seniman S.M Salim Dilaporkan Tenat

$
0
0
Foto - Astro Awani

Menurut laporan Harian Metro, keadaan penyanyi bintang legenda veteran, Tan Sri S M Salim dilaporkan semakin tenat sejak semalam.

Menurut anak keenam beliau, Shamsul Salim, doktor yang merawatnya memberitahu keadaan ayahnya semakin tenat dan pihak doktor meminta anak-beranak dan saudara-mara untuk bersiap sedia. 

“Sejak semalam beliau mengadu sesak nafas namun sehingga pagi tadi keadaannya semakin teruk. 

“Melihat keadaannya yang semakin tenat doktor yang merawatnya menggunakan bantuan oksigen namun keadaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Dari situ doktor menberitahu ayah tiada harapan dan minta saya memanggil keluarga dan saudara mara selain berserah kepada Ilahi,” katanya.

Tambah Shamsul, bapanya pernah menjalani pembedahan tulang belakang sejak 17 tahun lalu sehingga mengakibatkan tahap kesihatannya lemah dan lumpuh separuh badan.

“Akibat daripada pembedahan itu keadaannya teruk sehingga 10 tahun lalu malah turut lumpuh separuh badan. Lebih parah, tahun lalu apabila kakinya tidak boleh bergerak menyebabkan berat badannya turun mendadak dan tidak boleh makan seperti biasa,”katanya.

Ketika ini rumah beliau dikunjungi sanak saudara dan beberapa rakan artis. Antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Acis.

Mesra Paris Hilton Dan Kim K Tanda Permusuhan Telah Tamat

$
0
0
Paris Hilton dan Kim Kardashian sekitar tahun 2000. Foto - VH1.com

Benarlah kata orang, musim perayaan boleh mengeratkan silaturahim yang keruh menjadi jernih semula. 

Bekas duo rancangan realiti sahabat baik Paris Hilton dan Kim Kardashian jika dahulu dikhabarkan bermusuh kini kelihatan bermesra dan bergambar semasa parti Krismas yang dianjurkan oleh Kris Jenner pada Sabtu lalu. 

Ini adalah pertemuan kali pertama selepas tahun 2014 mereka berjumpa pada parti ulang tahun kelahiran Riccardo Tisci di Ibiza.

Lovely evening celebrating the holidays with @KimKardashian. ✨✨👸🏼👸🏻✨✨

A photo posted by Paris Hilton (@parishilton) on

Akaun Instagram milik Paris Hilton dilihat memuat naik gambar sepanjang parti tersebut. Beliau juga turut memuat naik bersama adik-beradik Kardashian yang lain. 

Holidays with the baes @KylieJenner & @NickyHilton. ✨✨👸🏼👸🏻👸🏼✨✨

A photo posted by Paris Hilton (@parishilton) on

#GoodTimes celebrating Christmas with these beauties @KhloeKardashian & @NickyHilton. 🎄❤️🎄

A photo posted by Paris Hilton (@parishilton) on

Walaupun mereka mungkin tidak lagi seakrab seperti dahulu, tapi masih tersenyum gembira dalam menyambut Hari Krismas. 

SUMBER

‘Dangal’ Pecah Rekod Dunia, Cecah Kutipan Lebih RM89 Juta Dalam Masa Lima Hari

$
0
0
Foto - YouTube

Dilaporkan, filem Bollywood Dangal lakonan Aamir Khan telah mendapat sambutan yang amat hebat, dengan kutipan sebanyak Rs 155.35 crore (RM 89.12 juta) hanya dalam masa lima hari tayangan.

Malah, kutipan setakat Isnin lalu memecah rekod sebagai filem yang paling laris tahun ini, melangkaui jualan tiket filem Sultan lakonan Salman Khan.

Diarahkan oleh Nitesh Tiwari, Dangal turut dibintangi pelakon Hindi lain seperti Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh dan Sanya Malhotra.

Filem ini menggarap kisah sebenar kehidupan Mahavir Singh Phogat yang melatih anak-anak perempuannya untuk bergelar penggusti bertaraf dunia.

Di peringkat antarabangsa, Dangal diterima baik dan telah mengutip sebanyak Rs 76.16 crore (RM50.1 juta) di pasaran AS, Kanada, Timur Tengah, UK, Ireland dan Australia, menurut akhbar hiburan India, Bollywood Hungama.

Lebih membanggakan, filem itu turut menjadi filem yang mengutip jualan tiket tertinggi di Amerika Utara. Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh sebuah lagi filem Aamir, iaitu Dhoom 3.

Filem ini mula mendapat perhatian bulan lalu apabila sebuah video dokumentasi ‘pengorbanan’ Aamir menggemukkan diri dan juga persediaan melalui proses membina otot bagi wataknya dalam filem ini menjadi viral di media sosial.

Foto - India
Foto – India

Filem ini mengisahkan Mahavir (lakonan Aamir Khan) yang memiliki tubuh segak bak ahli gusti, namun peredaran usia membuatkan dia mula mengalami perubahan dari segi berat serta saiz tubuhnya yang juga mempunyai masalah buncit.

Nampaknya, usaha bintang bermata hijau ini tidak sia-sia kerana komitmen yang diberikan olehnya membuahkan hasil yang lumayan di pecah panggung.

Dangal mulai ditayangkan serentak di seluruh dunia bermula 23 Disember lalu.

SUMBER

Isteri Kedua Adi Putra Nafi Rumah Tangganya Bergolak

$
0
0
Sumber: Berita Harian

Sejak kebelakangan ini, banyak tersebar khabar angin mengatakan bahawa rumah tangga Adi Putra bersama isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 32, sedang goyah.

Namun sebaliknya, wanita itu telah menafikan sama sekali tentang semua kekeliruan yang berlaku dan mendakwa mereka masih bahagia bersama sejak bernikah 6 bulan lalu. 

Norshahida juga menyatakan bahawa Adi adalah suami yang bertanggungjawab dan tahu berlaku adil menjaga hati kedua-kedua isterinya. Bahkan, hubungan dia bersama madunya juga baik-baik sahaja.

“Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh,” katanya.

“Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.

“Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin.

“Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai,” tambahnya.

Baru-baru ni, terdapat orang luar yang sengaja mahu mewujudkan ketegangan dengan memberikan komen negatif berbaur hinaan pada Instagram Adi Putra berkenaan keguguran yang dialami Norshahida beberapa minggu lalu.

“Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran,” katanya.

SUMBER

Gadis Cantik Ini Mungkin Teman Wanita Baru Qi Razali

$
0
0
loolol

Mula-mula dengan Yuna dan selepas itu Nelydia pula tetapi selepas mereka berdua disahkan putus dengar khabar baru-baru ini tuan empunya nama Qi Razali ini telah kembali hangat bercinta dengan seorang gadis cantik.

#ewanjadeishere

A photo posted by 🐑 (@sleepylllama) on

🌞

A photo posted by 🐑 (@sleepylllama) on

Ya, gadis tersebut dikatakan adalah seorang model yang dikenali dengan nama panggilan Nia.

‪Impulsive. Bossy. Stubborn. Dramatic. Naive. Always sleepy & means no harm

A photo posted by 🐑 (@sleepylllama) on

Menerusi Instagram (IG)nya pada Selasa lalu, Qi telah berkongsi sekeping foto seperti sedang bertemu janji di sebuah restoran.

Qi juga telah menulis kapsyen dan berkongsi IG teman wanitanya itu dengan tag nama @sleepylllama.

“Thanks for dinner. I had a really nice time. Oh,the food was good too! Thank you,” tulisnya ringkas.

Walau apapun, Qi masih belum sempat memuat naik foto wajah teman wanitanya itu di akuan Instagramnya.

as always- you did amazing 🙌🏼🌻#RTW16 #innerfangirlscreAms

A photo posted by 🐑 (@sleepylllama) on

Berbeza dengan Nia, wanita itu memilih untuk berkongsi tiga foto Qi beserta kapsyen sweet di setiap foto berbeza yang membuktikan pasangan itu sedang hangat bercinta. Qi nampaknya lebih selesa memilih untuk tidak mendedahkan wajah wanita itu di IGnya.

i dont know what was more appetizing tonight- dinner or this one right here 👅👀🤔

A photo posted by 🐑 (@sleepylllama) on

Dalam situasi lain, Nelydia Senrose dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Online berkata tidak mahu dikaitkan dengan bekas teman lelakinya itu lagi.

“Kami sudah putus! Muktamad. Tidak perlu lagi mencanang cerita yang tidak benar. Sejujurnya, antara kami sudah tiada apa-apa. Walaupun hubungan kami masih baik tapi itu hanyalah sebagai teman semata-mata.

“Saya belajar daripada pengalaman untuk tidak mahu lagi mencanang tentang kisah cinta. Saya lebih suka mendiamkan diri.

“Jadi mungkin bila tiada kata putus daripada mulut kami berdua, orang mula mencetuskan spekulasi sendiri.

“Apa yang pasti, saya dan si dia sudah tiada apa-apa. Kami putus tahun ini. Bulan berapa saya tidak ingat lagi,” jelasnya.

SUMBER

Zarul Umbrella Tinggalkan Kerjaya Pramugara, Fokus Nyanyian

$
0
0
Zarul Umbrella. Foto - Insta Online

Penyanyi, Zarul Umbrella atau nama sebenar  Zairulkefli Husin, mengumumkan meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines kerana ingin fokus dalam bidang nyanyian.

Zarul, 43 nekad meninggalkan kerjaya tetap selepas 17 tahun bertugas di awan biru.

“Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.

“Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga. “Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini,” katanya kepada BH Online.

Zarul berkata, dia sudah menghantar e-mel rasmi kepada pihak pengurusan Malaysia Airlines.

“Mereka ada menelefon bertanya mengenai keputusan saya untuk berhenti. Cuma saya belum sempat menandatangani surat rasmi lagi,” katanya.

Zarul mengakui beliau perlu bijak merencana hala tuju masa depan kerana melepaskan kerjaya tetap sebagai pramugara.

“Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian.

“Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Zarul bercuti tanpa gaji untuk menyertai musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3). Dalam perkembangan terkini, Zarul sedang sibuk mempromosikan single terbaharu yang berjudul Jangan Pernah.

SUMBER


Sering Tampil Seksi, Priyanka Chopra Tidak Kisah Dilabel Simbol Seks

$
0
0
Foto - Google Image

Pemenang Miss World 2000, Priyanka Chopra dikatakan tidak kisah jika dirinya dilabel simbol seks.

Dilaporkan, pelakon yang kini sedang mencipta nama di Hollywood melalui drama Quantino, sering membuat peminat  jatuh cinta pada keseksiannya sehingga digelar  simbol seks.

“Saya tidak berasa tersinggung apabila digelar sebagai simbol seks kerana saya adalah seorang artis yang seringkali menjadi perhatian umum.

“Ia merupakan sebagai sebahagian daripada pekerjaan saya yang harus tampil bergaya setiap kali berada di hadapan umum atau menghadiri majlis tertentu.

“Menjadi sebagai simbol seks saya rasa bukanlah sasaran utama kerana sudah tentu saya ingin tampil seksi,” katanya.

Menurut Priyanka lagi, dia tidak hanya mahu dikenali sebagai simbol seks tetapi berharap agar masyarakat umum di luar sana juga tetap menilai kemampuan dan bakatnya dalam lakonan.

Priyanka bakal muncul dalam filem Baywatch 2017 bersama Zac Efron dan Dwayne Johnson. Sama-sama kita tonton trailer!

SUMBER

Susut Berat Badan, 7 Idola Kpop Timbulkan Kerisauan Pada Peminat

$
0
0
Foto - OneHallyu

Okay apa azam tahun baru anda? NAK KURUS! Semua orang inginkan badan yang kurus dan ramping. Namun, tidak semua tahu cara terbaik dan berkesan untuk mencapai impian tersebut.

Bila anda lihat selebriti Korea, mesti anda rasa kecantikan mereka itu semua dengan bantuan pembedahan plastik. Tapi perlu diingatkan mereka juga amalkan diet untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian. Kadang-kala terfikir BAGAIMANA MEREKA LAKUKAN? Mungkin kerana mereka menjaga pola pemakanan dan pola tubuh mereka atau mungkin makan dalam jumlah yang sedikit.

Tetapi perlu diingatkan apabila susuk tubuh terlalu kurus juga boleh mendatangkan mudarat. Sebagai contoh, beberapa model seluruh dunia sebelum ini meninggal dunia akibat terlalu taksub ingin kurus berbanding yang lain, sehingga mengabaikan kesihatan diri.

Seperti beberapa Idola Kpop ini yang mengalami susut berat badan yang agak memudaratkan malah menimbulkan kerisauan pada peminat. Siapakah mereka yang penulis maksudkan?

#After School Lizzy

Ramai beranggapan Lizzy mengalami masalah anoreksia sementelah mengalami susut berat badan yang agak memudaratkan. Anda lihat sahaja bahagian kakinya yang menampakkan tulang.

Foto - OneHallyu
Foto – OneHallyu
Foto - OneHallyu
Foto – OneHallyu

#After School UEE

Mungkin ingin kelihatan lebih dewasa dan matang menyebabkan pelakon yang meningkat naik ini sanggup mengikat perut sehingga menjadi sekurus sebegini.

Foto - A Koala's Playground
Foto – A Koala’s Playground

#DIA Chae Yeon

Bukan sahaja peminat yang risau malah CEO agensinya sendiri juga turut bimbang dengan penampilan Chae Yeon yang kini terlalu kurus.

Foto - OneHallyu
Foto – OneHallyu

#F(X) Luna

Peminat rindukan Luna yang dahulu nampak lebih seksi dengan badan yang berisi.

Foto - www.koreaboo.com
Foto – www.koreaboo.com

#SNSD Taeyeon

Taeyeon mendedahkan dia mengalami penurunan berat badan sebegini disebabkan jadual padat sehingga tidak mempunyai masa untuk makan. Hurmmm kesiannya!

Foto - Wonderful Generation
Foto – Wonderful Generation
Foto - Wonderful Generation
Foto – Wonderful Generation

#SNSD Yoona

Yoona mengakui selama bertahun-tahun dia bekerja keras untuk mendapatkan berat badan ideal tetapi disebabkan jadual yang padat, dia sama seperti Taeyeon tidak mempunyai masa untuk makan dengan betul.

Foto - pann좋아!
Foto – pann좋아!
Foto - pann좋아!
Foto – pann좋아!

Ada Kpop Idol kesayangan anda termasuk dalam senarai?

[Peraduan] Mariah Carey Ingin Beri Hadiah Eksklusif Mariah’s World Untuk Anda!

$
0
0
Mariah Carey. Foto - James Dimmock/ E! Entertainment)

Kemunculan rancangan realiti penyanyi bersuara merdu Mariah Carey telah membuka mata peminat beliau yang sebelum ini tertanya-tanya tentang kehidupan seharian ikon dunia ini. Dari kesibukan menyiapkan konsert jelajah dunia sehinggalah berperanan sebagai seorang ibu kepada anak kembarnya, semuanya boleh diketahui di Mariah’s World.

Dengan rekod jualan 220 juta pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan mengorek rahsia kejayaan, aktiviti dan sejarah tentang pencapaian beliau sebelum ini. Mariah’s World sebuah rancangan yang dibawa eksklusif oleh E! ditayang secara global pada 15 buah negara serantau Amerika, Eropah, Asia, Australia, New Zealand dan Afrika. 

mariahsworld_60x32-w1_ka_asia

Kepada anda yang tidak pernah terlepas menonton rancangan ini sejak tayangan perdana 6 Disember lalu, Wanista menadah tangan untuk menghadiahkan barangan eksklusif Mariah’s World dan E! khas untuk anda:-

1) Mariah’s World T-shirt
2) Mariah’s World sleeping mask
3) E! pen
4) E! umbrella
5) E! water citrus juicer

Mudah sahaja, apa yang perlu lakukan:-

  • Muat naik video durasi 30-60 saat ‘lip sync’ 1 lagu Mariah Carey kegemaran anda di laman Instagram anda. (pastikan akaun ditukar kepada ‘public’) 
  • Sertakan dengan #mariahsworld dan #eonlineasia.
  • Jangan lupa like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom.

Peraduan bermula pada 2 Januari sehingga 16 Januari 2017.

Kata peminat tegar Mariah, pasti ada sahaja lagu beliau yang bermain di kepala anda sekarang! Jom, tunggu apa lagi cepat sediakan video lip sync anda dengan lagu Mariah Carey untuk menang hadiah edisi terhad diatas.

[10 Gambar] Julia Ziegler Buka Tirai 2017 Dengan Hari Yang Paling Bahagia

$
0
0
Sumber: Astro Gempak

Tahniah Julia & Pasangan!

Semalam, adalah hari yang paling bahagia buat selebriti wanita yang seorang ini, Julia Ziegler, 32, semalam sah menjadi isteri kepada Johan, seorang Jurutera Mekanikal berumur 33 tahun.

Pada majlis yang berlangsung kira-kira 11 pagi itu, Julia menerima mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama manakala wang hantaran telah dirahsiakan jumlahnya. 

Perjalanan majlis resepsi diadakan dalam suasana dan keadaan yang ringkas di lokasi sama pada sebelah petang.

“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan,” kata pelakon filem Jangan Tegur itu.

Mengenai suaminya yang juga berdarah campuran, Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler menyifatkan lelaki itu hampir sempurna untuk dirinya.

“Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

“Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya,” kata Julia sambil memberitahu, Johan banyak mengubah kehidupannya sejak mereka saling mengenali.

Berikut adalah sebahagian foto-foto sepanjang majlis berlangsung:-

SUMBER 1 & 2

Mariah Carey Kantoi Lip Sync di Konsert Tahun Baru

$
0
0
Foto - E!

Tahun baru kali ini menjadi mimpi ngeri buat penyanyi hebat Mariah Carey. Kenapa?

Persembahan Mariah menjadi bualan hangat di media sosial selepas kantoi lip sync (menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara) pada malam sambutan tahun baharu 2017 di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Menurut laporan, pada awal persembahan, diva itu tidak mengalami sebarang masalah menyanyikan lagunya namun bila memasuki lagu kedua, dia kelihatan tidak senang duduk apabila lagu yang keluar tidak sama dengan apa yang ingin ‘dilakonkannya’.

Mariah dikatakan seolah-olah tidak bersedia atau mungkin tidak membuat persiapan rapi bagi melakukan persembahan tahun baru itu. Tidak mahu memperbodohkan dirinya di khalayak umum, Mariah berlakon dengan menghulurkan mikrofon kepada penonton memohon mereka turut menyanyi bersama-samanya.

SUMBER

Viewing all 1583 articles
Browse latest View live