Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all 1583 articles
Browse latest View live

46 Pembedahan Plastik Belum Cukup – Ken Barbie

$
0
0
Foto - Reveal

Rodrigo Alves, 33, lelaki yang ingin menjadi kacak dengan menjalani 46 pembedahan plastik sekaligus memecah rekod dunia. Rodrigo pertama kali menjalani pembedahan pada 2004 dan dia kemudiannya menjadi ketagih.

Impiannya ingin menjadi Ken, iaitu karakter lelaki didalam koleksi anak patung Barbie, sehingga sanggup  membelanjakan sehingga RM1.9 juta untuk melakukan berpuluh-puluh siri pembedahan plastik termasuk sedut lemak, pembedahan di bahagian hidung, botox, punggung dan banyak lagi.

Tetapi dia masih belum berpuas hati, Kali ini Rodrigo sedang menambah berat badan kerana mahu memindahkan lemaknya ke bahagian belakang, pinggang dan paha, untuk menjadikan badannya lebih cantik.

Foto - Reveal
Foto – Reveal

Bagi tujuan itu, setiap hari dia mengambil 3,000 kalori sehari dan merancang melakukan pembedahan berkenaan pada bulan Februari 2017. Dia juga mahu melakukan pembedahan di bahagian hidung untuk kali kelapan.

SUMBER


K-Drama: Pelakon Legend of the Blue Sea Dan Goblin Berfesyen Mewah!

$
0
0
goblin02-00145

Pengakhiran tahun 2016 menyaksikan dua drama dari Korea Selatan bakal merebut takhta ‘Drama Terbaik 2016’. Aksi kejar-mengejar kedudukan rating dan sebutan media sosial tidak asing lagi. Pada peminat K-Drama itu bukanlah segalanya yang penting pemberian produksi, pelakon dan jalan cerita yang menarik adalah buah tangan yang ditunggu-tunggu. 

Apa yang boleh penulis katakan, krew produksi setiap K-Drama tidak pernah mengecewakan. Dari sudut kamera, sinematografi sehinggalah kepada penampilan watak dalam drama menjadi corak yang membawa dunia fesyen kepada penonton. Fesyen yang dibawa pula bukanlah biasa-biasa, ‘tip top’ dengan jenama terkenal dunia.

Tak percaya? Dari laman Instagram KDrama-Fashion dan Drama Chronicles telah menyenaraikan pakaian yang dibawa oleh pelakon Legend of the Blue Sea dan Goblin. Semuanya serba-serbi mewah dan cantik dipandang. 

Legend of the Blue Sea

Foto - fanpop
Foto – fanpop

Drama romantik komedi fantasi, lakonan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun. Kisah cinta dari dua alam yang berbeza membawa kembali konflik yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Bolehkah cinta seekor ikan duyung kepada manusia kesayangannya akan kekal selamanya dan hidup bersama? 

1) STELLA McCARTNEY Melanie Dress, berharga RM9,377

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

2) BURBERRY Peony Rose Silk Twill Pyjama Style Shirt, berharga RM3,567

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

3) DOLCE & GABBANA Pineapple Shirt and Pants, berharga RM3,048

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

4) CUSTOMELLOW Bold-Stripe Shirt, berharga RM664

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

5) TOM FORD Zipped Sleeve Bomber Jacket, berharga RM19,964

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

6) VERSACE Double Breasted Cashmere Coat Pink, berharga RM24,613

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

7) BURBERRY Sculptural Shearling Flight Jacket, berharga RM3,63

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

8) ERMEN EGILDO ZEGNA Men’s Double Breasted Jacquard Cost, berharga RM7,727

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

9) GIAMBATTISTA VALLI Short Sleeve Daisy Dress, berharga RM15,359

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

10) GUCCI Princetown Tartan Slipper, berharga RM2,430

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

Goblin

Foto - minidramas.tumblr.com
Foto – minidramas.tumblr.com

Mengisahkan seorang lelaki disumpah menjadi makhluk dipanggil ‘Goblin’ yang tidak akan menemui ajalnya. Untuk mengakhiri sumpah itu, dia harus mencari pengantin perempuan yang telah ditakdirkan untuk membantunya. Namun, konflik cinta mula timbul apabila si Goblin mula jatuh cinta pada pengantin itu dan ingin hidup bersamanya.

1) POLO RALPH LAUREN Shearling Suede Combat Jacket, berharga RM9,404.90

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

2) PAULS BOUTIQUE Middle Nicole _ Black & Beige RM556

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

3) BURBERRY Sport Detail Wool Blend Vest, berharga RM2,669

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

4) THURSDAY ISLAND [FEMALE] Big Collar Single Breasted Coat, berharga RM982.50

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

5) ACNE STUDIOS Kite Check Black/White Sweater, berharga RM2,125

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

6) MAJE Women’s Natural Mignon Embroidered Sweater, berharga RM1,238

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

7) LOEWE DB Coat Shearling Collar Navy Blue, berharga RM5,898.96

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

8) MM6 BY MAISON MARTIN MARGIEVA Mid Length Checked Wool Collared Coat, berharga RM3,5889

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

9) DOLCE & GABBANA Double Breasted Coat, berharga RM12,089.77

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

10) KUHO Round Neck “O” Pullover Light Grey, berharga RM1,929

Foto - Instagram KDrama_Fashion
Foto – Instagram KDrama_Fashion

Sepanjang menonton dua drama mana ini, pakaian yang mana menjadi idaman anda?!

Fattah Amin Kembang Karier Dengan Nyanyian, Lancar Single ‘Wanita Terakhir’

$
0
0
Fattah Amin. Foto - Star2.com

2017 telah membuka tirai baru kepada pelakon kacak Fattah Amin apabila beliau telah melancarkan single terbaharu berjudul Wanita Terakhir. 

Bintang drama fenomena Suri Hati Mr Pilot ini dikatakan memang berminat dalam bidang nyanyian dan pernah muncul bersama single Hero Untuk Mu, hasil kolaborasi bersama RJ dan Sherry Ibrahim, pada 2015.

Lagu Wanita Terakhir diterbitkan syarikat yang menaunginya, Fastyle dengan kerjasama Kasi Gegar Entertainment.

Menurut Fattah, lagu terbabit ialah hadiah cukup bermakna buat peminat yang terus menyokong diri dan kerjaya seninya selama ini.

“Single ini hadiah ikhlas daripada hati saya untuk semua peminat. Saya cukup terharu dengan sokongan amat luar biasa diberikan mereka terhadap saya sejak akhir-akhir ini.

“Semoga anda semua terhibur dengan lagu terbaru saya ini,” ujar Fattah. 

Kata pemuda berusia 26 tahun ini lagi, lagu berkenaan dilancarkan secara digital bagi memberikan peluang dan berlaku adil kepada semua peminatnya di Malaysia dan luar negara.

“Saya mendapati, selain sokongan padu daripada kelab peminat saya iaitu The FA Team, wujud juga pengikut “lofattah” dari seluruh pelusuk dunia. Mereka mungkin rakyat Malaysia atau orang Melayu yang menetap di luar negara, tetapi masih mengikuti perkembangan kerjaya seni saya di Malaysia,” katanya lagi.

Wanita Terakhir ialah karya hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan.

Menurut Anas selaku penerbit muzik lagu berkenaan, keseluruhan karya terbabit diciptakan bagi memaparkan sisi baru Fattah yang lebih matang sesuai dengan perkembangan kerjaya beliau.

Lagu ini dilancarkan secara langsung dari Eropah oleh Fattah sendiri melalui aplikasi FB Live beliau. Teaser berdurasi 1 minit pula boleh didapati di ruang media sosial artis lelaki itu, seperti Instagram, Facebook dan YouTube.

SUMBER

Netizen Terkejut Lepas Perasan ‘Jari Pelik’ Hrithik Roshan

$
0
0
Sumber: Instagram/Instant Bollywood

Mungkin ada di antara kita yang tidak perasan dengan keistimewaan yang dimiliki oleh aktor kacak Bollywood yang seorang ini.

Hrithik Roshan baru-baru ini menjadi muka hadapan majalah Vogue India untuk edisi ulang tahun ke-10 majalah popular itu.

Tetapi, apa yang menarik lebih perhatian selain tubuhnya yang sasa serta jelingan matanya yang seksi adalah kewujudan jari keenam bersebelahan ibu jari tangan sebelah kanannya.

Ia dapat dilihat dengan jelas dan netizen mula mempamerkan pelbagai reaksi menerusi foto yang mendapat lebih 42.9 ribu likes itu, dimuat naik oleh Instagram Intant Bollywood di mana jari istimewa Hrithik dapat dilihat jelas.

Sumber: handresearch.com
Sumber: handresearch.com

Orang ramai mungkin tidak perasan akan kewujudan jari tersebut selama ini. Tidak kurang, ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen menyangka foto itu adalah hasil suntingan Photoshop kerana berasa sangsi meskipun sebenarnya kewujudan jari itu adalah benar.

SUMBER

Anda Mesti Tersentak Bila Dengar Suara Merdu Emma Watson Menyanyi Untuk BATB

$
0
0
Sumber: magseriesusa.net

Tinggal beberapa bulan lagi sahaja sebelum filem terbaharu Puteri Disney, Beauty and the Beast bakal ditayangkan di pawagan seluruh dunia.

Semalam, heboh dicanang oleh media atas talian berkenaan suara merdu pelakon comel itu berikutan tersebarnya rakaman lagu “Something There” nanyian Emma Watson sendiri. Lagu berkenaan adalah salah satu runut bunyi popular dalam filem animasi klasik yang disertai watak Belle dan Beast itu.

Keterujaan semakin terasa, filem Beauty and the Beast versi manusia itu dijangka tayang pada 16 Mac depan dengan berkonsepkan magikal dan muzikal.

Babak Nyanyian “Something There” Dalam Filem Animasi Beauty and the Beast

Lagu asal berkenaan adalah lagu duet yang dicipta oleh Alan Menken and Howard Ashman sikitar tahun 1991 dan kini dinyanyikan kembali oleh Emma sebagai Belle bersama Dan Stevens yang memegang watak utama Beast.

SUMBER

9 Januari Sharnaaz Dan Noor Nabila Umum Tarikh Nikah

$
0
0
Sharnaaz dan Noor Nabila. Foto - Instagram Noor Nabila

Pelakon, Sharnaaz Ahmad dan pasangan Noor Nabila iaitu kakak kepada Neelofa, bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada sidang media khas 9 Januari ini. 

Majlis tersebut akan berlangsung di sebuah lokasi terkemuka di ibu kota, pelakon yang kini turut bergelar pengarah itu juga bakal mengumumkan tajaan dan perkara berkaitan hari bersejarahnya.

“Alhamdulillah, jemputan untuk ke sidang media khas bagi berkongsi perihal perkahwinan kami sudah diterima oleh pihak media. Buat masa ini, fokus diberikan kepada persiapan perkahwinan dan kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai banyak perkara pada tarikh itu.

“Kami antaranya akan memaklumkan mengenai tarikh akad nikah, resepsi pihak perempuan, penaja yang terbabit dan banyak lagi. Malah, saya juga akan menjelaskan sebarang kekeliruan yang akan diusulkan oleh media.

“Tidak elok rasanya untuk saya bercerita lebih-lebih ketika ini kerana Nabila kini sedang menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci dan dijangka pulang pada 7 Januari ini,” katanya kepada BH Online.

Buat masa sekarang Sharnaaz bersama pasangan turut sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan mereka.

Pasangan merpati dua sejoli itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2015.

Pada 18 Disember lalu, keluarga Sharnaaz berkunjung ke kediaman Noor Nabila, di sini, untuk merisik buah hatinya itu. Kedua-dua keluarga turut memutuskan untuk tidak melangsungkan majlis pertunangan, sebaliknya pasangan terbabit akan terus saja dinikahkan.

Kata Sharnaaz ketika dihubungi BH Online bulan lalu, mereka juga bakal disatukan sebagai suami isteri pada suku pertama tahun ini.

SUMBER

Kim Woo Bin Terkejut Namanya Disebut Dalam Drama Goblin

$
0
0
Foto - The Accidental Drama Qween - WordPress.com

Dilaporkan, pelakon kacak Korea, Kim Woo Bin akui terkejut apabila mendapat tahu namanya disebut dalam drama popular, Goblin.

Menurut Kim Woo Bin atau lebih mesra dengan panggilan Woo Bin menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada penulis skrip, Kim Eun Sook kerana memilih namanya untuk menjadi sebahagian kecil drama Goblin.

“Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka Kim Eun Sook pilih nama saya. Bila dapat tahu perkara itu saya terus menghubunginya.

“Sejujurnya saya rasa gembira dan ucapkan terima kasih kepada Eun Sook dan dia membalasnya dengan menyuruh saya belanja makan,” katanya.

Tambah Woo Bin lagi, Eun Suk merupakan penulis skrip bagi drama Heirs yang dibintangi olehnya.

“Boleh dikatakan saya sudah bekerjasama dengan Eun Sook menerusi drama ‘A Gentleman’s Dignity‘ and ‘Heirs’, sejak daripada itu kami sering menghubungi antara satu sama lain.

“Saya rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja bersamanya yang membuatkan ramai orang kenal siapa itu Kim Woo Bin. Dia seorang kakak yang sangat baik dan banyak membantu saya, kalau boleh saya ingin membalas jasanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Woo Bin juga mendedahkan dia adalah peminat nombor satu Goblin dan Running Man.

Goblin telah menjadi fenomena dikalangan peminat drama Korea seluruh dunia sejak ditayangkan pada 2 Disember lalu. Drama tersebut dibintangi oleh Gong Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun, Yoo In Na dan Yook Sung Jae.

SUMBER

Top 10 Ost K-Drama Wajib Ada Dalam Telefon Anda!

$
0
0
Foto - Pinterest

Tahun 2016 menyaksikan beberapa fenomena drama Korea melanda bukan sahaja negara kita malah negara luar yang lain. Descendants of the Sun, Goblin, The Legend of the Blue Sea dan Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo – antara drama yang mendapat tempat di hati peminat K-Drama. Bukan sahaja jalan cerita, barisan pelakon malah original soundtrack yang diperdendangkan juga membuat kita langsung tidak boleh move on

Dari moving ballads ke upbeat hits, setiap track tersebut sangat sesuai dengan mood anda. Bukan itu sahaja, sountrack ini juga telah mendominasi carta di Korea, menewaskan banyak lagu hits semasa Kpop, ada pula yang berjaya mendominasi carta iTunes Malaysia. Penonton dilihat seolah-olah langsung tidak boleh ‘berenggang’ dengan drama ini.

Ini beberapa playlist OST K-Drama wajib ada dalam telefon anda malah bakal buat anda tersenyum seorang diri. Siapalah agaknya itu?

1. Everytime oleh Chen x Punch – Descendants of the Sun

Jika anda adalah sebahagian daripada jutaan orang yang sudah terpaut dengan drama ini, maka sudah tentu anda biasa dengan kekuatan vokal serta emosi Chen dan Punch dalam lagu Everytime. Ianya membuatkan anda turut tersenyum sendirian, lebih-lebih lagi bila membayangkan saat Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bersama.

2. Beautiful oleh Crush – Goblin

Kekuatan vokal Crush yang lembut tersangatlah menusuk dada penulis. Gitewww. Paling hebat OST ini berjaya mendominasi carta di Korea malah di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.

3. A Little Girl oleh Oh Hyuk – Reply 1988

Nah, buat anda semua yang sedang flashback ke masa lalu? Lagu ini membangkitkan memori pahit manis ketika masa lalu, sesuai dengan latar drama ini sekitar tahun 1980-an.

4. My Love oleh Lee Hi – Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Best OST ever! Vokalnya benar-benar menusuk jauh ke dalam dada anda! Tak percaya? Cuba dengar!

5. Wait More oleh The Black Skirts – Another Oh Hae Young

Simple tapi cukup menyenangkan! Lagi satu jangan terkejut kerana lirik lagunya tersangatlah sedih.

6. Always oleh Yoon Mirae – Descendants of the Sun

Juga dari drama hit 2016 “Descendants of the Sun”, antara OST yang terbaik mesti anda dengar. This song is really one of a kind!

7. Can You Hear My Heart oleh Lee Hi & Epik High – Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Sekali dengar penulis dah jatuh cinta dengan lagu ini, lebih-lebih bahagian chorus yang dibawakan oleh Lee Hi. Vokalnya cukup jelas dan sedap didengar!

8.  Stay With Me oleh Chanyeol & Punch – Goblin

Pertama kali dengar terus jatuh cinta. Kenapa? Rentaknya yang cukup segar didengar.

9. No Way oleh Park Yongin & Kwon Soonil – Doctors

Lagu ini mengingatkan penulis pada lagu zaman 90-an.

10. This Love oleh Davichi – Descendants of the Sun

Kesimpulannya kesemua OST Descendants of the Sun tersangatlah best! Sekali dah dengar, anda akan ulang sampailah rasa muak.

Okay, ini antara playlist pilihan penulis, mungkin anda punya berbeza. Kalau ada yang best kongsilah dengan Wanista!


Tahniah! Janet Jackson Selamat Lahirkan Anak Sulung

$
0
0
Foto - Majalah People

Tahniah buat penyanyi Amerika Syarikat, Janet Jackson yang dilaporkan telah selamat melahirkan anak sulungnya dalam usia 50 tahun semalam.

Jurucakap bintang pop itu memaklumkan, Jackson dan suaminya, Wissam Al Mana begitu teruja dengan kelahiran anak lelaki mereka, Eissa Al Mana.

Selain itu, jurucakap itu turut memberitahu, proses bersalin Janet berjalan dengan lancar.

“Janet tidak menghadapi masalah ketika bersalin dan kini sedang berehat,” kata jurucakap penyanyi itu.

Jackson yang mengahwini ahli perniagaan Qatar pada 2012, mengemparkan peminat dengan berita gembira apabila mengesahkan dirinya hamil pada bulan Mei.

Spekulasi mengenainya kehamilannya sudah pun timbul April lalu apabila adik mendiang raja pop, Michael Jackson ini menghentikan konsert jelajah dunia dengan alasan dia dan suami sedang ‘merancang untuk bina keluarga’.

Menurut laporan Mirror, Janet Jackson ini dipercayai sudah memeluk agama Islam sejak berkahwin dengan Al Mana pada 2012.

SUMBER

Kes Tipu, Estranged Cari Wanita Nama Eziana Abdul Aziz

$
0
0
Estranged. Foto - MyNewsHub

Tertipu dengan janji seorang wanita bernama Eziana Abdul Aziz tentang tawaran konsert Rockfest anjuran Apple Music di London pada 25 Disember lalu. Estranged menuntut keadilan dan ingin dia tampil menyelesaikan kes ini. 

Anggota Estranged yang terdiri daripada Solihuddin Hormat, 32, Richard Lawrence Gimbang, 34 dan Nor Hanafi Noor Hadi, 34, menerusi peguam mereka sudah mengemukakan saman kepada Eziana pada 23 Disember.

Walaupun kini wanita itu tidak dapat dihubungi namun menurut Solihuddin dia didapati masih aktif di Facebook. 

“Peguam kami turut memaklumkan kepada Eziana mengenai saman kami menerusi Facebook dan emel, namun dia tidak memberi sebarang jawapan.

“Wanita itu rakyat Malaysia yang menetap di London dan kami percaya dia masih di sana,” katanya dalam sidang media di Desa Sri Hartamas, di sini, hari ini.

Solihuddin berkata, Estranged menuntut bayaran saman sebanyak RM100,000 daripada Eziana sebagai kos ganti rugi dan teladan.

“Kes ini menyebabkan kami tertekan pada masa sama berasa malu kerana sudah menghebahkan mengenai konsert itu kepada media.

“Malah, kami turut menolak tawaran persembahan dari Oktober hingga Disember kerana mahu fokus terhadap konsert berkenaan,” katanya.

Menurutnya, penipuan wanita itu disedari mereka selepas menerima emel mendakwa wang pendahuluan sebanyak £5,000 (RM25,000) ke akaun syarikat milik Estranged disekat Bank Negara.

“Ketika itu, barulah kami tersedar ditipu Eziana berikutan emel terbabit meminta kami menyerahkan beberapa maklumat peribadi untuk meneruskan transaksi itu,” katanya.

Dalam pada itu, Solihuddin berkata, Estranged akan lebih berhati-hati ketika menerima undangan di laman sosial supaya kejadian sama tidak berulang pada masa depan.

“Kami sudah biasa menerima undangan persembahan menerusi Facebook. Jadi, pada mulanya memang kami tidak mengesyaki apa-apa kerana segala dokumen dikemukan wanita itu kelihatan betul.

“Lagipun kami turut bertemu dengannya sebanyak dua kali di ibu kota,” katanya.

SUMBER

Baru 6 Hari di Youtube, Lagu ‘Permata Cinta’ Aiman Tino Catat Lebih 1.6 Juta Tontonan

$
0
0
Foto - Azhan.co

Sekali lagi Aiman Tino mencipta fenomena apabila muzik video terbaru Permata Cinta yang baru sahaja di muat naik di laman Youtube telah berjaya ditonton lebih 1.6 juta dan trending di tempat kedua.

Permata Cinta juga lagu hasil ciptaan komposer baharu Apit, dan mendapat sentuhan bapanya Yusri Ishak, 47, sebagai penulis lirik.

Jika sebelum ini lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino telah mencipta fenomena apabila ditonton lebih 27 juta kali, mampukah ‘Permata Cinta’ mengulangi kejayaan yang sama atau mungkin lebih lagi.

Siapa yang belum tonton, Wanista kongsikan muzik video tersebut.

Amacam best tak?

SUMBER

Lee Dong Wook Hampir Tidak Layak Pegang Watak ‘Malaikat Maut’ Dalam Goblin

$
0
0
Sumber: KpopStarz

Tidak dinafikan, Lee Dong Wook adalah pelakon yang sangat versatile untuk ditonton menerusi drama bersiri terbaharu Korea yang kian hangat mendapat tempat di hati para pencinta K-Drama, Goblin.

Tidak kisah apa cabaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya, setiap watak yang diberikan pasti dapat disandang dengan baik oleh aktor tampan ini.

Kredibilitinya sebagai seorang pelakon memang tidak dapat disangkal sama ada sebagai teman lelaki baik kepada Gong Woo, atau karakternya yang bersahabat setia dengan Kim Go Eun mahupun interaksi ‘malu-malu kucingnya’ terhadap Yoo In Na yang dapat dilihat dalam babak drama Goblin, penonton dapat berasa puas dan terhibur dengan gerak-geri Lee Dong Wook saat beraksi di layar perak.

BACA: DRAMA BARU GOBLIN PECAH REKOD DESCENDANTS OF THE SUN

Sumber: AsianWIki
Sumber: AsianWIki

Meskipun ramai antara penonton tahu yang penulis skrip drama Goblin, Kim Eun Sook berhempas pulas cuba menyunting bakat Gong Yoo untuk berlakon dalam salah sebuah drama hasil karyanya, lain pula yang terjadi dengan Lee Dong Wook. Dirinya harus berusaha sendiri untuk mendapatkan watak utama sebagai ‘Malaikat Maut’ tersebut.

Sumber Soompi
Sumber: Soompi

Kim Wun Sook, sebenarnya telah menolak kehadiran Dong Wook dalam drama tersebut sebelum ini kerana gambaran yang beliau mahukan untuk watak itu tiada pada Dong Wook meskipun telah dipujuk beulang kali oleh pihak Dong Wook sendiri, ternyata penulis skrip popular itu masih belum cukup tertambat dengan bakatnya.

Bagimanapun, satu temu janji peribadi telah dibuat supaya Dong Wook dapat berbincang secara teliti dengan Kim Wun Sook dan akhirnya dia mendapat tempat untuk memegang salah satu watak paling penting dalam Goblin.

Sumber: dramafever.com
Sumber: dramafever.com

Sebaik penerimaannya diangkat, sejak dari itu Lee Dong Wook tidak pernah menghampakan. Dirinya terus-menerus berusaha, mengkaji dan memahami skrip supaya wataknya nampak realistik. Ya, itulah apa yang anda dapat rasai dan lihat menerusi kaca televisyen kini. Lee Dong Wook berjaya membawa watak sebagai ‘Malaikat Maut’ dengan begitu profesional.

SUMBER

Yasmin Hani Tunjuk Gambar Anak Kedua. Serius Comel!

$
0
0
Foto - StyleTribute Mag

Tahniah buat Yasmin Hani yang selamat melahirkan anak kedua pada 27 Disember lalu.

Buat pertama kali, Yasmin Hani memuat naik gambar anak kedua yang diberi nama Eissa Elzander Wong di laman Instagram, semalam.

Lebih comel, anak pertamanya, Noah Ismail Wong bergambar sama. Eissa dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada jam 2.07 petang.

Gambar dua beradik itu dirakamkan @talestotell itu mendapat lebih 10,000 ‘likes’ dan dihujani lebih 100 komen dan ucapan tahniah kepada Yasmin dan suaminya, Shaarin. Malah, Instagram rasmi Eissa sudah diwujudkan di bawah nama @EissaElzanderWong.

SUMBER

Kendall Jenner Tayang Tatu Ular di Punggungnya. Lihat Gambar!

$
0
0
Kendall Jenner bersama ukiran tatunya untuk V Magazine isu 2017. Foto - Arkib Wanista

Bintang realiti dan ‘it girl’ masa kini, Kendall Jenner menggemparkan ramai apabila menayang tatu barunya pada khalayak. 

Teruja? Untuk makluman anda, ianya bukanlah tatu sebenar tetapi tatu palsu untuk editorial majalah sahaja. Alaaa…

Foto - www.etonline.com
Foto – www.etonline.com

Model berusia 21 tahun itu menjadi muka depan untuk V Magazine isu 2017 yang menampilkan dirinya bergambar seksi bersama ukiran tatu berbentuk ular di bahagian punggung.

Sebelum ini, V Magazine telah melakukan pengambaran dengan tema yang sama bersama beberapa nama besar seperti Joan Smalls, Amber Valletta, Lara Stone, Ellen Rosa dan Carolyn Murphy, yang masing-masing bergambar dengan ukiran tatu tersendiri.

Amber Valleta. Foto - V Magazine/Mario Testino
Amber Valleta. Foto – V Magazine/Mario Testino
Lara Stone tampil seksi dengan ukiran tatu palsu berbentuk hati di bahagian lurah dadanya. Foto - V Magazine/Mario Testino
Lara Stone tampil seksi dengan ukiran tatu palsu berbentuk hati di bahagian lurah dadanya. Foto – V Magazine/Mario Testino
Ellen Rosa. Foto - V Magazine/Mario Testino
Ellen Rosa. Foto – V Magazine/Mario Testino
Foto - V Magazine/Mario Testino
Foto – V Magazine/Mario Testino
Joan Smalls. Foto - V Magazine/Mario Testino
Joan Smalls. Foto – V Magazine/Mario Testino

Jadi, cool atau tidak gambar editorial sebegini?

Sumber : 1 & 2

Hanya RM10 Sebulan, Berhibur Dengan Drama Korea Tanpa Henti Menerusi Viu

$
0
0
Sumber: Viu

Vuclip adalah peneraju syarikat media yang menyediakan servis penstriman video atas permintaan (VOD) premium untuk tontonan pengguna di beberapa negara seluruh dunia termasuklah sekitar Asia seperti Hong Kong, Singapura, Malaysia, Indonesia, India dan Egypt.

Sumber: Viu
Sumber: Viu

Berikutan permintaan ke atas drama-drama terbaharu Korea yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat dunia, Viu berasa terpanggil untuk memenuhi keperluan para pengguna.

Ayuh langgan servis penstriman video strategik yang menawarkan seleksi drama menarik yang boleh diakses selama berjam-jam secara percuma apabila melanggan bersama Viu.

Rancangan variasi. Sumber: btsdiary
Rancangan variasi Flower Crew. Sumber: btsdiary

Sebaik pengguna berjaya melanggan, jangan ketinggalan untuk meonton atau memuat turun pelbagai kandungan video menarik tanpa had bahkan anda boleh menstrim video premium tambahan hanya pada RM10 sebulan. Menarik bukan?

Love In Moonlight. Sumber: mieranadhirah.com
Love in the Moonlight. Sumber: mieranadhirah.com

Anda boleh mula muat turun aplikasi Viu menerusi Google Play atau Apple App Store secara percuma. 

Hwarang. Sumber: DramaFever
Hwarang. Sumber: DramaFever

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai K-Drama dan rancangan televisyen yang sedang hangat seperti Goblin, Hwarang, Flower Crew, Men In Black Box, Jealously Incarnate, Uncontrollably Fond, Love in the Moonlight dan banyak lagi! Berhibur tanpa batasan hanya dengan Viu.

Sumber: AsianWIki
Goblin. Sumber: AsianWiki

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.viu.com atau lawat laman Facebook rasmi Viu Malaysia di www.facebook.com/ViuMalaysia


Sumpah Sama! Adakah Penyanyi Baru Ini Kembar Heroin K-Drama Goblin?

$
0
0
Kim Go Eun & Top Secret Kyeongha

Samakan mereka?

Drama Goblin terusan menjadi trending di seluruh negara dan paling terbaru seorang penyanyi dari kumpulan Top Secret Kyeongha turut mendapat tempias apabila dia dikatakan mirip pelakon Kim Go Eun.

Penyanyi yang baru sahaja debut ini dikatakan kembar kepada Kim Go Eun kerana persamaan wajah yang seiras. Bahkan gambar mereka menjadi viral di internet sama ada dalam dan luar Korea.

Mereka berdua, Kim Go Eun dan Kyeongha mempunyai ciri-ciri muka yang sangat serupa, dari mata yang panjang dan monolid, kening, hidung, mulut serta rupa paras yang berisi, malahan senyuman juga sama, kiranya mereka bak pelanduk dua serupa.

Tak percaya? Lihat beberapa gambat ini dan seriously mereka berdua kelihatan seperti kembar seiras.

Foto - Koreaboo
Foto – Koreaboo
Foto - Koreaboo
Foto – Koreaboo
Foto - Koreaboo
Foto – Koreaboo
Foto - Koreaboo
Foto – Koreaboo

SUMBER

Peminat Kucing? Anda Wajib Follow 8 Instagram Si Meow Ini

$
0
0
Izzy & Zoë The Cats. Foto - Instagram izzyandthefluff

Siapa kat sini minat kucing tapi tak boleh bela? Saya! Cemburu dengan orang boleh bela kucing dirumah dan jadikan ia sebagai tempat bermanja dan melepaskan stress. 

Si comel ini memang sudah dijadikan sebagai haiwan peliharaan sejak zaman pemerintahan kuku besi Firaun sehinggalah kepada zaman teragung Nabi Muhammad SAW. Mengikut peredaran masa kini, kucing-kucing ini juga tidak terlepas memiliki akaun Instagram sendiri dan jumlah pengikut sama banyak dengan akaun selebriti! 

Foto - Viral Gifs
Foto – Viral Gifs

Bagi yang siapa tak boleh bela kucing, cukuplah dengan mengikuti perkembangan 8 kucing pilihan penulis ini. Setiap hari memang tak pernah terlepas untuk melihat keletah manja mereka dan wajah comel mereka. Jom kenali siapa mereka..

meow_york_kitties 

Foto - Instagram meow_york_kitties
Foto – Instagram meow_york_kitties

Berasal dari New York, Amerika Syarikat, mereka berdua ini adalah stay-home-cat. Memang tinggal kat dalam rumah sahaja dan tak pernah keluar. Jadi, aktiviti seharian mereka ialah melepak, makan dan tidur. 

Walaupun aktiviti si putih dan si tompok ini kedengaran agak membosankan, tapi mereka kerap memuat naik posting yang menarik. Memang terhibur dengan kreativiti mereka.

# Face swap dengan penjaga! Memang kelakar bila lihat rupanya..menakutkan pun ada. Hahaha

It's finally October… Time to scare the poop outta you fine folks! #HalloweenIsComing #NightmaresSquad #Caturday

A photo posted by Neyland & Knox, NYC (@meow_york_kitties) on

# Lihatlah si putih ini mengaku menangis tatkala menonton filem romantik komedi. Gaya duduk memang ada class

I'll admit it… I'm a sensitive guy. #WallSitWednesday #RomComsMakeMeCry

A video posted by Neyland & Knox, NYC (@meow_york_kitties) on

# Orang kata, bergaduh itu pun tandanya sayang…

Translation: left hook! Right hook! Upper cut! TKO! #MikeTysonPunchOut #BabyYorkCommentary #WeMustProtectThisHouse

A video posted by Neyland & Knox, NYC (@meow_york_kitties) on

johnnyscogram

Foto - Instagram johnnyscogram
Foto – Instagram johnnyscogram

Johnny si belang oren, bermuka bulat dan baka dari Scottishfold menetap di bandar Yokohama, Jepun. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Johnny semuanya bergaya comel dan kemas. Si oren ini rajin mengayakan aksesori kepala dan leher. 

Tak percaya? Nah..lihat gambar dibawah ini

# Little Red Riding Hood sesat nak pergi mana tu? Dah kenapa sampai tutup mata tak nampak jalan? Hahaha

# Keliru kejap, ini ayam ke kucing?

# “Saya kucing lah! Bukan arnab!” 

・ 12.15.2016🌝。 ・ ジョニたんも、 🐰うさぎにチャレンジしてみよー٩(๑❛ᴗ❛๑)۶ ・ 😍可愛い〜〜💕も、 一瞬でした😅 ・ おやつあげたあとだったからね〜( *ˊᵕˋ)✩︎‧₊。 被っても、おやつもらえないもんね〜〜💦 ジョニたんごめんね🙏 ・ 今度は、おやつあげる前に、 再チャレンジしよ〜〜(*´艸`*)。 ・ コメ返遅れてます🙇‍♀️💦。 ストーリーにしよーと思ったんだけど、やり方がわからなかった〜〜( ・᷄-・᷅ ) ・ #ねこうさぎちゃん #ねこのかぶりもの #カプセルトイ #奇譚クラブ ・ ・ ・ … #みんにゃに元気を届け隊 #スコ #スコ部 #スコティッシュフォールド #愛猫 #茶トラ #折れ耳スコ #neko #cat #catlover #chat #bestcats_oftheworld #redtabby #orangecat #scottishfold #classictabby #tabbycat #ねこ部 #みんねこ #nekostagram #picneko #pecon #pleasantcats

A video posted by Johnny (ジョニたん)🐈 (@johnnyscogram) on

izzy and the fluff

Foto - Instagram izzyandthefluff
Foto – Instagram izzyandthefluff

Bulatnya mata dua beradik ini. Si kembar tompok hitam putih ini memang jadi perhatian 84.6 ribu pengikut di Instagram mereka. Izzy dan Zoe mempunyai baka campuran British Shorthair dan yang paling uniknya, corak tompok Zoe berbentuk hati. Memang tepat betul dibahagian dada ia. 

Mereka berdua ini memang tak pernah lekang bersama. Ada sahaja benda dan aksi dirakam bersama. Penulis rasa nak culik jer dua ekor ini. Geram!! 

# Bab mengintai memang tak boleh buat sorang-sorang. Apapun kena kongsi…

💬 What you doing?

A video posted by Izzy & Zoë The Cats (@izzyandthefluff) on

# Alololo ~ manjanya si kakak tolong dandankan si adik.. 

💭Let me help you with that😽

A video posted by Izzy & Zoë The Cats (@izzyandthefluff) on

# Tak sangka muka comel macam ni pun ganas juga bila bergaduh. Hahaha

sweet bella cat 

Foto - Instagram sweetbellacat
Foto – Instagram sweetbellacat

Siapa kat hitam itu tidak menawan? Tengoklah kilauan hitam si manis Bella ini. Bella tidak tinggal berseorang, ia juga mempunyai adik beradik angkat yang lain. Namun, penulis dapati Bella sejenis yang serius. Tak banyak keletah comel atau mencuit hati yang dipamerkan oleh Bella.

Walaupun Bella buat muka serius tapi penulis tahu apa yang cuba disampaikan oleh ia. Bella adalah kucing yang penuh dengan keanggunan mana boleh nak buat aksi murahan ‘mudah terhibur’ seperti yang lain. 

# Amboi, takut kita nak tegur bila buat muka macam ini

# Bila pose macam ini, ada macam Kendal Jenner tak? 

# Fuhh~ memang berkilat bulu Bella. Agak-agak boleh kongsi rahsia tak? 

bujibuchempel 

Foto - Instagram bujibuchempel
Foto – Instagram bujibuchempel

Tak payah penulis tulis panjang-panjang lagi tentang si debab milik selebriti terkenal tanah air Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Si Bujibuchempel ini terbang jauh dari Russia semata-mata kena jadi pengasuh Yusuf Iskandar. Iya ke? Jangan marah Bujibu..nanti dah tak comel

# Nampaknya Bujibu sanggup berjaga malam menjaga Yusuf. Bagus ni, boleh buat menantu

#Throwback #PertemuanPertama Yusuf buat apa kat rumah nyusahkan mummy daddy tak

A photo posted by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

# Follower dah 609 ribu kot. Haruslah jadi dambaan si manis Siti Nordiana. 

Dia ajak smule

A photo posted by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

# Takkan dah putus asa kot Bujibu? Mesti Yusuf banyak buli Bijubu ni…kesian dia

Baliklah cepat @haniszalikha

A photo posted by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

donnie the sphynx

Foto - Instagram donnie the sphynx
Foto – Instagram donnie the sphynx

Unik dan seksi si Donnie kucing baka sphynx yang berasal dari Portland, Orlando. Pada mulanya agak janggal melihat si Donnie ini. Iyalah, dalam kepala penulis sudah tersedia dengan konsep kucing + bulu, tapi pelik pula bila kucing – bulu. 

Tapi itu tak bermakna tanpa bulu si Donnie tak comel. Serius si Donnie ini memang manja dan mengada sangat dengan tuannya. 

# Ini lah bonus untuk yang tiada bulu. Boleh bergaya dengan baju sejuk. Kau ada? 

Does anyone else's cat sit on the keyboard when you're trying to get work done? #petmenow

A photo posted by Donnie the Sphynx (@donniethesphynx) on

# Serius manja sangat, cuba dengar bunyi purr dari Donnie…tandanya sayang sangat pada tuan ia

# Memang tak boleh jauh langsung ya, kat mana-mana ada sahaja nak ikut si Donnie ni

We're ready for the PDX snow with our @polerstuff @polerportland Napsack. Stay warm, everyone! #snowpocalypse2016 #IfIFitsISits

A photo posted by Donnie the Sphynx (@donniethesphynx) on

hobbikats 

Foto - Instagram hobbikats
Foto – Instagram hobbikats

Okay yang ini tak lawak, tapi setiap kali penulis lihat muka mereka ini nak gelak jer tau! Stache, Bindi dan Teddy dari sejenis baka Oriental Shorthair, sedikit sebanyak sama seperti baka Siam berbadan panjang dan berbulu pendek. Uniknya baka ini mereka memiliki telinga besar dan capang. 

Sekali tengok muka tiga beradik ini macam minta simpati sahaja. Lain dari kucing lain, mata mereka tidak lah bulat jadi mata mereka tampak kuyu. Paling menarik ialah si Stache seolah-olah mempunyai misai, rasa nak picit jer ‘tang’ misai tu..hahahaha

# Tak tahu nak gelak ke nak nangis, muka tu jangan sedih sangat boleh? Hahaha

# Misai ini mungkin dapat ilham dari lagenda pelawak Charlie Chaplin

Stache is very thankful for all of you that are part of his world. This pic was taken at the @oakhurstvet before his wellness exam. After reading and re-reading each and everyone's posts and pms it is very evident how much love you all have. Stache is special to me because he was the first Oriental to come into my life after losing my 13.5 year old Caesar who succumbed to a Saddle Thrombus. I never thought I would be able to love another one as much or as deep as Caesar and Romeo, but Stache taught me how to mend my heart whole. #catsofinstagram #stache #bestmeow #cats #gato #neko #Boop #kiss #love #orientalcat #mustlovecats #instacat #jerseyshore #newjersey #movember #thankyou #bestfriend #bff #ilovemycat #cat #moustache

A photo posted by Stache, Bindi & Teddy (@hobbikats) on

# Kami suka selfie

Do you have the happiest pet on earth? Well we and @solidgoldpets want to know with a fantastic contest! How to enter is easy! 1. Follow @solidgoldpets and make sure your account is public so they can see your post! 2. Take a picture of your pet smiling, playing or even sleeping; as long as they're happy…we're happy! 3. Share your photo using #solidgoldsmiles 4. Don't forget to tell us why your pet is the happiest in the caption! 5. Contest will be open through November 18. Contest is for US residents only. Hobbikats will be awarding 5 of their own personal prizes to entrants outside of the United States!! The big prize? One happy cat or dog will have the chance to win the ultimate celebrity pet treatment for a day. They'll walk away with a free year of Solid Gold Pet food (that's serious swag) and a professional photo shoot, topped off with a nutritious and delicious dinner date for just you and your pet! Good luck #cat #contest #hobbikats #ilovemycat #bestmeow #catsofinstagram #instacat #jerseyshore #selfie #squadgoals #gato #neko #kawaii #topcatphoto #happiestpetcontest

A photo posted by Stache, Bindi & Teddy (@hobbikats) on

Leonardo DiCaprio Berhabis RM559,739 Untuk Sebuah Lukisan

$
0
0
Leonardo DiCaprio. Foto - LA Weekly

Apa lah nilai wang ringgit kepada si pencinta seni seperti Leonardo Dicaprio. Dilaporkan beliau telah membelanjakan hampir RM559,739 pada sebuah karya lukisan nukilan Ed Ruscha. 

Dicaprio menghadiri sebuah majlis amal di Beverly Hills iaitu Sean Penn’s J/P HRO Haitian Relief Organization Haiti Rising. Pemenang anugerah Oscar itu bukan sahaja selalu menghadiri majlis yang dihoskan oleh Sean Penn, malah beliau juga menyumbang sebuah lukisan dari Harmony Korine untuk jualan amal. 

Hasilnya, lukisan itu berjaya dilelong dengan harga RM313,493 atau $70,000.00.

Leonardo DiCaprio di majlis amal tersebut. Foto - Getty Images
Leonardo DiCaprio di majlis amal tersebut. Foto – Getty Images

Majlis amal itu bertujuan untuk membantuan mangsa-mangsa gempa bumi Haiti pada tahun 2010 dan kini ia banyak memberi bantuan kepada mangsa Taufan Matthew, Oktober lalu. 

Bukan DiCaprio sahaja menghadiri majlis ini, terdapat juga ramai selebriti A-Hollywood seperti Diane Kruger, Trevante Rhodes, Lily Collins, Pamela Anderson, Jason Segel, Soleil Moon Frye, Jeremy Renner, Elizabeth Olsen, Connie Britton, Sophia Bush, Edward Norton, Veronica Ferres, Patricia Arquette, Joel Edgerton, Rachel Zoe dan Emile Hirsch.

SUMBER

CJ WOW SHOP Tawar Jualan Langsung Televisyen Dalam Bahasa Mandarin

$
0
0
Barisan hos yang akan mengacarakan rancangan jualan langsung CJ WOW SHOP dalam bahasa Mandarin di 8TV bermula 8 Januari ini. Sumber: Facebook/CJ WOW SHOP

Demi membuka peluang kepada semua masyarakat Malaysia untuk menikmati pengalaman membeli-belah secara atas talian dengan lebih seronok, platform jualan atas talianCJ WOW SHOP kini melancarkan program jualan langsung televisyen dalam bahasa Mandarin.

Program bahasa Mandarin itu dirangka untuk memberi peluang kepada mereka yang berbahasa Mandarin menjadi lebih konvensional. Program khas berkenaan akan mula disiarkan melalui stesen televisyen utama Media Prima menerusi 8TV pada 8 Januari bermula jam 8 malam. Ia akan memaparkan pelbagai demonstrasiproduk inovatif dalam Mandarin sebagai bahasa penyampaian. Lebih memeriahkan suasana, CJ WOW SHOP akan menampilkan personaliti TV yang berkaliber antaranya termasuklah Baki Zainal, Wee Ping, Pei Pei dan Natilie Ng sebagai hos.

Untuk hari yang seterusnya bermula 9 Januari 2017, penonton boleh terus menikmati jualan langsung televisyen dan demonstrasi dalam bahasa Mandarin di 8TV setiap hari dari 6 – 9 pagi. Slot biasa juga ada ditayang di TV3, TV9 dan NTV7.

Promo CJ Wow Shop Bahasa Melayu di TV3

Ketua Pegawai eksekutif CJ WOW SHOP menjangkakan pertambahan yang lebih seiring dengan pelancaran program jualan langsung televisyen dalam bahasa Mandarin ini yang akan memudahkan dan menarik minat lebih 25% populasi berbahasa Mandarin seluruh Malaysia.

CJ WOW SHOP membekalkan pelbagai produk keperluan harian versatile seperti kosmetik, fesyen, perkakas rumah, alatan dapur, barangan kesihatan, gajet dan banyak lagi! Tambahan, setiap hari akan ada promosi berbeza yang bakal ditawarkan kepada para pelanggan.

Anda boleh membeli secara langsung sebaik melihat melalui televisyen dengan menghubungi talian bebas tol di 1-800-18-0808 atau terus beli melalui laman web  dengan hanya mendaftar masuk ke akaun peribadi secara atas talian.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.cjwowshop.com.my atau lawat laman Facebook rasmi CJ WOW SHOP di www.facebook.com/CJWOWSHOP

Bina Keyakinan Dengan Muzik! 15 Lagu Untuk Anda Beraksi Persis Diva

$
0
0
Gambar hiasan. Foto - google.com

Pernah tak anda merasa kadang-kadang anda tidak punya semangat untuk menempuhi hari-hari yang akan datang. Ada sahaja perkara negatif datang menyengah untuk anda katakan tidak. Mula lah wujud rasa terasing dan kerdil bila berjumpa dengan orang baru dan anda juga tidak berminat untuk mengetahui perkara lain selain melayan perasaan gloomy anda itu. 

Muzik mampu mengubah mood seseorang, jika didendang dengan alunan sedih maka perasaan juga turut berubah menjadi sedih. Begitu jugalah dengan muzik berentak pop dan laju, secara tidak langsung menaikkan aliran adrelin dan otak anda juga mengerakkan anggota tubuh badan dan mengeluarkan aura serta memberi interaksi positif. 

Foto – Pinterest.com

Dengan itu, Wanista mahu anda simpan 15 lagu dibawah sebagai pembakar semangat, tolak ketepi semua tarikan negatif dan bangkitkan kuasa wanita anda! Lagu-lagu yang disenaraikan ini memang sempurna dari segi lirik dan rentak muzik. Jom sama-sama dengar.. 

primadona – marina and the diamonds 

‘Cause I’m a primadonna girl,
All I ever wanted was the world,
I can’t help that I need it all,
The primadonna life, the rise and fall

run the world (girls) – beyonce

Some of them men think they freak this like we do.
But no they don’t,
Make your check come at they neck,
Disrespect us no they won’t

i don’t need a man – the pussycat dolls 

I don’t need a man to make it happen,
I get off being free,
I don’t need a man to make me feel good,
I get off doing my thing

stronger – kelly clarkson 

What doesn’t kill you makes you stronger,
Stand a little taller,
Doesn’t mean I’m lonely when I’m alone,
What doesn’t kill you makes a fighter

girl on fire – alicia keys

Looks like a girl, but she’s a flame,
So bright, she can burn your eyes,
Better look the other way,
You can try but you’ll never forget her name

i am the best – 2ne1

You’re following behind me but,
I’m only running forward,
I jump on top of the table you’re sitting at,
I don’t care

#supergirls – de fam

Independent women who I stand for,
I dont need no scrub, knock you down on the dance floor,
The world is at my fingers aint no telling where I can’t go,
Suited up for drama and I’m carrying the ammo

super something – yuna

It’s a different game,
You believe in me so much,
You turn me from nothing to a girl,
Who’s super-something

shake it off – taylor swift

But I keep cruising,
Can’t stop, won’t stop moving,
It’s like I got this music In my mind,
Saying, “It’s gonna be alright.”

this is how we do – katy perry

This is how we do, yeah, chilling, laid back,
Straight stuntin’ yeah we do it like that,
This is how we do

lush life – zara larsson

I live my day as if it was the last,
Live my day as if there was no past,
Doin’ it all night, all summer,
Doin’ it the way I wanna

me too – meghan trainor

I thank God every day,
That I woke up feelin’ this way,
And I can’t help lovin’ myself,
And I don’t need nobody else

 do it like a dude – jessie j

I can do it like a brother,
Do it like a dude,
Grab my crotch, wear my hat low like you

pretty girl rock – keri hilson

All eyes on me when I walk in,
No question that this girl’s a 10,
Don’t hate me ’cause I’m beautiful,
Don’t hate me ’cause I’m beautiful

so what – pink

So, so what,
I’m still a rock star,
I got my rock moves,
And I don’t need you.

Ayuh kuatkan langkah anda bak DIVA ~ 

Viewing all 1583 articles
Browse latest View live