Aktor popular Malaysia, Sharnaaz Ahmad akhirnya membuat keputusan muktamad untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangan pilihan hati iaitu kakak kepada selebriti jelitawan Neelofa pada 1 Mac depan.
Khabarnya, pasangan dua sejoli ini bakal mengadakan upacara pernikahan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Lumpur.
Sepakat untuk tidak akan menjalankan majlis pertunangan, pasangan ini bersetuju untuk terus melangsungkan pernikahan.
Sumber: BH Online
Majlis resepsi sebelah perempuan pula kemudiannya akan diteruskan di sebuah hotel ibu negara pada hari yang berikutnya manakala majlis bertandang bagi pihak lelaki pula dijangka untuk dilangsungkan di Pulau Pinang pada 16 April 2017.
Di majlis pernikahan mereka nanti, Sharnaaz bakal menyerahkan lima dulang hantaran kepada Nabila, manakala Nabila bakal membalas sebanyak tujuh dulang hantaran.
Jumlah wang hantaran yang bakal diberikan oleh Sharnaaz kepada Nabila pula dirahsiakan nilainya.
Gara-gara menggunakan nama belakang yang sama, timbul gossip mengatakan Aiman Tino merupakan anak tidak sah kepada penyanyi lagu Melayu deli, Herman Tino yang popular pada era 1980-an.
Didakwaan ini juga turut sampai menjadi tanda tanya kepada isteri Herman atau nama sebenar, Masrun Tamisi, 63, mengaku isterinya, Noraini Ibnu, turut mempersoalan status hubungannya dengan Aiman.
“Selepas Aiman menjadi sebutan, nama saya terpalit apabila ada pihak menganggap saya mempunyai anak tidak sah taraf.
Isteri pun bertanya apakah saya ada hubungan dengan ibu Aiman Tino.
“Jenuh saya menerangkan kepada ister, namun biar apa pun tanggapan orang, saya tidak kisah,” katanya pada sidang media selepas bertemu Aiman di sini, hari ini.
Pertemuan Herman dan Aiman diatur ibu bapa penyanyi remaja itu selepas masing-masing meluahkan hasrat berjumpa.
Sementara itu, Aiman atau nama sebenarnya, Mohd Aiman Yusri, berkata pertemuannya dengan Herman adalah tanda hormat, lebih-lebih lagi selepas menumpang tuah nama penyanyi veteran itu.
“Saya menggunakan nama Aiman Tino sejak berusia 12 tahun kerana ibu, Hazelina Mat Jali, begitu meminati Herman. Baru sekarang kami dapat berjumpa orangnya.
“Ini adalah tanda penghormatan kepada Herman. Ada orang bertanya adakah kami mempunyai pertalian darah tetapi belum pernah lagi orang pertikai status saya sebagai anak tidak sah taraf.
“Biasalah mulut orang macam-macam. Apa yang penting saya tahu asal usul saya,” katanya.
Aiman juga tidak keberatan berduet dengan Herman jika penyanyi veteran itu sedia melakukannya.
Selepas video BigBang G-Dragon dan 2NE1 Sandara Park viral di sosial media, dengan pantasnya agensi mereka YG Entertainment menjelaskan kedudukan sebenar video tersebut.
YG Entertainment menyatakan,”G-Dragon sekadar bergurau senda dengan para peminat dengan sengaja memeluk bahu Sandara Park. Ia adalah satu jenaka yang bertukar kepada khabar angin mereka berdua sedang bercinta.”
Terdahulu, G-Dragon dan Sandara Park meninggalkan konsert BigBang bersama-sama, yang menjadi viral apabila aksi G-Dragon memeluk Sandara Park dirakam oleh para peminat yang sesak di luar konsert dengan harapan untuk melihat bintang kesayangan mereka.
Hurmmm, tak akan benda macam ini nak dijadikan bahan gurauan.
Ini pautan video tersebut.
Hurmmm, apa kata anda dengan penjelasan YG Entertainment?
Pelakon sensasi, Nora Danish, 34, bakal mendirikan rumah tangga bersama buah hati, Nedim Nazri. Namun dalam mempersiapkan majlis tersebut, Nora berhasrat melangsungkan dalam majlis serba ringkas dan acara wajib sahaja iaitu akad nikah.
“Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti.
“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Sudah sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin,” kata pengusaha jenama Owl by ND ini.
Nora menegaskan beliau enggan berlebih-lebih dalam merencana majlis perkahwinannya.
“Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” katanya.
Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Mereka berkahwin pada Jun 2006 dan bercerai kira-kira dua tahun kemudian.
Sementara itu, Nora berkata tahun 2017 bakal menyaksikan dirinya mengukuhkan lagi cabang perniagaan dan dunia lakonan.
“Filem lakonan saya bersama produksi Indonesia, Syurga Yang Tak Dirindukan 2, akan ditayangkan pada bulan depan. Filem ini agak cepat memasuki pawagam walaupun penggambarannya hanya dilakukan beberapa bulan lalu.
“Komitmen saya untuk filem terbabit juga hanya selama 20 hari, iaitu 10 hari di Indonesia dan selebihnya di Budapest, Hungary.
Ketika ini, saya akan terbabit pula dengan penggambaran filem Cinta Bukan Malaikat, bergandingan dengan Ashraf Muslim. Kami akan terbang ke Makkah dan Madinah serta Bandung, bulan ini, untuk menjayakan penggambaran filem terbabit,” katanya.
Pasti ramai yang sedar kemesraan diantara pelawak, Jep (Sepahtu) dan aktres jelita Sari Yanti. Lagi-lagi yang mengikuti perkembangan mereka di laman Instagram, ada sahaja kapsyen-kapsyen sweet dimuat naik. Rata-rata peminat pula seolah-olah tahu tentang maksud disebalik kapsyen tersebut dan meninggalkan komen merestui perhubungan mereka sekiranya kedua-duanya bercinta.
Tidak mengulas panjang Jep mengakui dia selesa berkawan dengan Sari Yanti, biarpun belum mampu untuk meletakkan perhubungan berkenaan pada tahap tertentu.
Jep atau nama penuhnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, bagaimanapun, tidak tahu untuk menilai atau pada tahap mana ‘persahabatan’ terbabit boleh diletakkan berikutan kedua-duanya belum mengisytiharkan apakah ia sekadar sahabat atau lebih daripada itu.
“Apabila saya berkawan dengannya (Sari Yanti), semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing.
“Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya. Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya.
Sementara itu, Jep berkata beliau enggan melihat kisah mereka diperbesarkan memandangkan keakraban itu masih lagi baharu. Malah, kedua-duanya juga jarang berjumpa kerana komitmen kerja.
Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Foto – Berita Harian
Dalam perkembangan lain, Jep kini sibuk dengan rakaman secara langsung Sepahtu Reunion (bagi siaran Astro Warna). Tidak lama lagi, beliau akan tampil pula dengan program bual bicara, Meja Bulat, bersama dua anggota Sepahtu yang lain iaitu Shuib dan Rahim.
Kata Jep, beliau berharap 2017 akan terus menyaksikan kumpulannya itu aktif di bidang seni.
“Ramai yang mahu melihat kami menghasilkan sesuatu yang lebih daripada sebelum ini. Apapun, saya berharap kerjaya Sepahtu masih kekal dengan momentum sebelum ini.
“Jangan turun sudahlah, Kami perlu menjaga amanah orang yang mempercayai bakat kami buat industri seni komedi,” tuturnya.
Dilaporkan, salah seorang ahli program realiti TV Running Man, Haha mendedahkan hampir lumpuh ketika menjalani penggambaran Running Man dan Infinite Challenge.
HaHa memberitahu, tahap kesihatannya semakin menurun sejak menjalani penggambaran yang lama untuk dua program realiti tersebut.
“Semasa menjalani penggambaran saya pernah mengalami masalah sakit tulang belakang (Spinal disc) yang menggangu prestasi saya.
“Akibat daripada masalah yang dihadapi, saya harus untuk meneruskan juga penggambaran kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada penggambaran dan rakan selebriti yang lain.
“Doktor yang merawat saya juga pernah berkata bahawa kecederaan yang dihadapi itu boleh mengakibatkan saya lumpuh,” katanya.
Menurut Haha lagi, dia juga mendedahkan bahawa terdapat juga dua lagi hos Running Man iaitu Yoo Jae Suk dan Gary juga pernah mengalami kecederaan yang serius.
Tambahnya lagi, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menjalani rawatan dalam tempoh yang panjang dan pihak produksi akan memotong babak itu.
‘Sebenarnya orang ramai tidak tahu mengenai kesakitan yang dialami oleh para peserta kerana kecederaan yang di alami tidak akan ditayangkan di televisyen,” ujarnya.
Program hiburan ini akan tamat siaran pada Februari 2017.
Bekas teman wanita Justin Bieber yang dahulunya sukar untuk move on ini mulai berteka-teki dengan umum apabila aksi ‘mesra’ dia dan seorang penyanyi lelaki popular dirakam paparazi di hadapan sebuah restoran di Santa Monica.
Kedua selebriti itu begitu intim, berpelukan sambil bertukar ciuman seperti tiada apa yang janggal.
“Pertemuan mereka pada malam tersebut berlangsung selama tiga jam dan tidak melibatkan orang lain. Selena dan The Weeknd hanya makan malam berdua sahaja. “Selepas keluar dari restoran, sementara menanti pemandu masing-masing tiba, Selena dan The Weeknd berpelukan dan berciuman.
Sumber: TMZSumber: TMZSumber: TMZ
“Selena kelihatan sangat rapat dan mesra bersama The Weeknd. Selena juga kelihatan sangat gembira seperti seorang wanita yang sedang dilamun cinta,” kata sumber.
Kata sebuah laporan lagi, tidak dapat dipastikan sejak dari bilakah mereka berdua rapat berhubung tetapi apa yang pasti, mereka kelihatan sangat serius seolah hangat bercinta.
Hanya tinggal kenangan… Bella Hadid dan The Weekend ke sebuah acara Gala. Sumber: TMZ
Sebelum ini, The Weeknd yang kini popular dengan lagu Starboy menjalinkan hubungan dengan model terkemuka, Bella Hadid namun percintaan mereka putus pada November tahun lalu.
P.S. Bella Hadid juga dikatakan telah ‘unfollow’ Selena Gomez di Instagram. Oppss! Sorry best friend.
Hanya kerana video Lee Dong Wook berambut blonde, peminatnya menggila. Malah video tersebut kini viral di media sosial.
Populariti Lee Dong Wook boleh dikatakan makin menjadi-jadi sejak membintangi drama Goblin, yang menyaksikan dia memegang watak sebagai Grim Reaper, malaikat maut yang hilang ingatan dan kesepian.
A photo posted by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official) on
Dalam video tersebut, Lee Dong Wook segak berambut blonde dan berkemeja, kulit putih pucat, bibir merah, rupa paras yang sungguh tajam, fizikal yang tinggi lampai dan kurus, membuatkan dia kelihatan seperti putera dari kisah dongeng.
Saban tahun, Pavilion Kuala Lumpur tidak pernah gagal untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang penuh bermakna. Hiasan di setiap pelusuk ruang dalaman pusat membeli-belah itu ceria dihiasi dengan rona pelbagai termasuklah motif-motif keperayaan yang bertepatan dengan tradisi sambutan perayaan itu.
Sebagai permulaan tahun 2017 seiring Tahun Baru Cina yang jatuh pada penghujung bulan Januari, Pavilion tidak lokek menarik kehadiran pengunjung dengan seleksi aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama atau bangsa.
Foto -Arkib Wanista
Bertemakan “The Rise to Opulence” menggambarkan signifikan kebangkitan semangat yang penuh azam dan keberanian bersempena tahun ayam, jangan ketinggalan untuk berjalan di bawah replika Burung Phoenix paling besar. Burung tersebut adalah merupakan jelmaan ayam jantan, simbolik melambangkan kecantikan serta kemegahan.
Foto -Arkib Wanista
Turut hadir ketika majlis pelancaran sambutan Tahun Baru Cina di Pavilion Kuala Lumpur adalah YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan, Puan Sri Cindy Lim, Datuk Lee Tuck foo dan Dato’ Joyce Yap.
Foto -Arkib Wanista
Rasai suasana ajaib seolah berada di bumi Tembok Besar China apabila berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur dari sekarang hingga 12 Februari 2017. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang hari menjelang 28 Januari ini termasuklah peluang untuk dapatkan sampul duit edisi terhad Prosperity Ang Pow apabila membeli-belah sambil menderma di gerai khas sebanyak RM300 dalam satu resit, Bukan itu sahaja, pemegang kad UnionPay pula bisa menebus hadiah berupa TWG Tea apabila berbelanja sebanyak RM800!
Foto -Arkib Wanista
Pengunjung boleh sertai peraduan anjuran Sunsilk dengan mengambil gambar paling menarik bersama botol Sunsilk 3D yang ada di hadapan pintu masuk utama Pavilion. Muat naik gambar tersebut di Facebook mahupun Instagram untuk menang hadiah menakjubkan.
Wanista perasan lelaki masa kini gemar bergambar dengan satu pose yang menyebabkan kita berfikir, apakah dimaksudkan disebalik pose ini. Pose ‘Dahi Berkerut’ – nama gelaran yang Wanista beri sendiri. Tidak tahu lah kenapa, setiap kali melihat muka hadapan kebanyakan majalah lelaki pasti ada sahaja selebriti lelaki menampilkan air muka seperti berfikir atau menahan sakit.
Adakah ini cara untuk kelihatan macho, biasanya orang akan kaitkan lelaki yang serius adalah lelaki yang macho. Tapi bagi Wanista untuk mengambarkan anda seorang yang macho, tidak perlu lah sampai mengerutkan dahi itu sampai yang melihat pun turut berkerut. Hahaha.
Kalau anda tak percaya, lihat 20 muka hadapan majalah yang Wanista kumpulkan dengan pose kerutan dahi aktor-aktor kacak dari pelusuk dunia.
Amaran:Dahi anda mungkin akan berkerut juga!
#1Benedict Cumberbatch – wajahnya seolah-olah tidak mempercayai yang anda pandai memasak
#2Daniel Henney – mungkin dia merenung jauh memikirkan soal jodoh
#3Hrithik Roshan – adakah abang ini sedang membuat cubaan simpati? (ok, cair)
#4Fattah Amin – bila Fattah dengar anda sebut nama Neelofa :P
#5Justin Bieber – renungan yang betul-betul masuk ke dalam jiwa
#6Gong Yoo – bila si dia nak cuba jadi serius dan comel dalam satu masa yang sama
#7Shahrukh Khan – cubaan mengorat anda disebalik baju hoodie miliknya
#8Keith Foo – okay yang ini memang seksi habis
#9Jamie Dornan – “saya lapar, cepat lah masak”
#10Matt Bomer – bila nampak crush lalu
#11Idris Elba – seksi dan serius, siapa sangka Idris mampu tonjolkan dua gaya dalam satu gambar
#12Ajay Devgan – ini muka bila teman lelaki anda dengar anda cakap “harini, I diet”
#13Aeril Zafril – serius sangat, kita pun takut nak tegur
#14So Ji Sub – sejuk sangat ke di Korea sekarang?
#15Brad Pitt – kalau nama pun Brad Pitt, buat lah macam mana pun tetap kacak
#16Samuel L Jackson – bila bos anda tahu anda suka layari Facebook di pejabat
#17Michael B. Jordan – “eh betul ke, you single lagi?”
#18Ryan Gosling – kalau ada lelaki renung anda seperti Ryan masa first date, ketahui lah dia adalah untuk anda
#19Zac Efron – jika jurulatih gim segagah ini, sekarang juga penulis daftar masuk
#20Zayn Malik – bila anda lagi cantik dari Gigi Hadid, Zayn will be like
Antara 20 aktor ini, yang mana anda rasa paling melampau pose nya? Bagi Wanista, ia milik Keith Foo, dia punya kerut sampai bibir jadi mungil. Jangan marah Keith :P
Alhamdulillah, akhirnya selebriti Mia Ahmad dan pasangan telah selamat diijab kabulkan sekitar 10.18 pagi tadi di sebuah majlis yang berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak.
Pelakon yang popular menerusi Hati Perempuan itu telah selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Bagimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan dan majlis resepsi pihak sebelah wanita akan diteruskan esok berlokasi di Taiping Golf & Country Club Perak manakala majlis menyambut menantu bakal diadakan di Terengganu pada Mac depan.
Pelakon Lindsay Lohan sebelum ini pernah beberapa kali dikaitkan dengan Islam dan terkini membuat kejutan apabila memadam semua gambar di Instagramnya dan menulis ayat ‘Alaikum Salam’ di profile dirinya.
Lindsay, 30, sememangnya terkenal di timur tengah kerana dia selalu ke Turki untuk menjadi sukarelawan kerana mengambil berat perihal pelarian di sana.
Tindakan Lindsay itu sekaligus mendapat perhatian pelbagai media sehingga ada yang mempersoalkan sama ada dia sudah memeluk Islam.
Lindsay tidak memberikan sebarang komen tentang ayat ‘Alaikum Salam’ terbabit namun dia ada menjelaskan mengapa dia bertindak membuang semua foto Instagram kepada Express.co.uk.
Menurut Lindsay, tindakan itu adalah simbolik kepada dirinya untuk melupakan masa silam.
“Ia adalah simbolik kepada saya melepaskan masa silam dan bergerak ke hadapan yang sangat terapeutik. Ianya sangat memberi kebaikan apabila berhubung (secara media sosial) dengan orang tersayang, rakan… tetapi, ia akan menjadi negatif apabila berhubung kepada semua orang. Ia adalah dunia sayang kita kini hidup, tetapi itu semua terpulang kepada individu,” jelasnya.
Isit true Lindsay Lohan may be converting to Islam? Alhamdulillah! :') welcome to Islam ❤️ pic.twitter.com/4g8V9ujSuW
Siapa tidak kenal dengan penyanyi yang mempunyai kuasa menyanyi lebih dari dua bahasa Shila Amzah. Sejak beliau menempa nama dipersada dunia hiburan negara China, beliau tidak pernah diam dalam mencuba sesuatu yang baharu.
Kini beliau dilihat sering memuat naik video menyanyi lagu ‘cover’ Kpop di laman tersebut kini mula mendapat perhatian peminat-peminat di seluruh dunia setelah menyanyi lagu dari kumpulan popular yang diminati ramai.
Antara video yang dimuat naik oleh penyanyi berumur 26 tahun ialah dari lagu-lagu popular seperti ‘Last Dance’ oleh Big Bang, ‘Whistle’ oleh Blackpink, ‘Come Back Home’ oleh 2NE1, ‘Beautiful’ oleh Crush (lagu ost drama Goblin), You are My Everything oleh Gummy (lagu ost drama Descendant of the Sun) dan lain-lain.
Beliau juga turut mendapat pujian dari para peminat kerana kelancarannya menyanyikan lagu-lagu bahasa korea itu serta mendapat permintaan untuk menyanyikan lagu ‘cover’ dari kumpulan lain juga.
Berharap kejayaan Shila Amzah dapat diteruskan dan menjadi pemangkin kepada penyanyi Malaysia yang lain. Bagi anda yang belum dengar lagi nyanyian Shila Amzah didalam bahasa Korea, Wanista kongsikan dibawah.
Dilaporkan, seorang daripada 10 suspek rompakan bintang realiti televisyen Kim Kardashian, Aomar A, 60, pernah dihukum penjara selama tujuh tahun pada 1985, atas kesalahan rompakan bersenjata.
Menurut sumber yang rapat dengan siasatan itu, Unit Menangani Rompakan yang bertanggungjawab ke atas rompakan bersenjata mula mengawasi aktiviti Aomar selepas kesan DNA miliknya dijumpai pada bahan yang digunakan untuk mengikat Kardashian.
Setakat ini, seramai 10 suspek sudah didakwa di mahkamah, termasuk lima tertuduh yang memainkan peranan utama dalam insiden membabitkan selebriti berusia 36 tahun itu.
Lima suspek yang dibawa ke mahkamah termasuk Aomar A ialah, Pierre B, 72, Francois D, 54, Harminy A. 29, dan seorang wanita berusia 70 tahun dikenali sebagai Christiane G.
Suspek keenam yang dikenal pasti ialah seorang pengedar dadah yang menggunakan nama samaran ‘Blue Eyes’, Didier Dubreucq, 61.
Oktober lalu, Kardashian berhadapan detik ngeri apabila barang kemasnya bernilai jutaan ringgit dirompak sekumpulan lelaki.
Dalam kejadian itu, Kardashian diacu pistol sebelum diikat dan dikurung dalam bilik air kediaman mewah yang didiaminya ketika menghadiri Minggu Fesyen Paris.
Nampaknya kesulitan yang dialami oleh pelakon kacak Johnny Depp semakin longgar apabila proses perceraian dia bersama bekas isteri Amber Heard kini sudah berakhir dan mereka sah bercerai.
Namun bagi Depp masih ada sesuatu yang merugikannya, beliau telah menfailkan saman sebanyak $25 juta pada Pengurus Perniagaan beliau atas kesalahan penipuan, salah tafsiran kecuaian dan melanggar kewajipan fidusiari.
Johnny Depp menfailkan saman tersebut selepas beberapa jam kes perceraian beliau selesai.
Menurut dokumentasi dari mahkamah, Depp mendakwa syarikat The Mandel Company menyalahgunakan kuasa sehingga Depp mengalami kerugian sehingga $10 juta.
Setelah hampir 5 bulan, mereka (Johnny dan Amber) akhirnya mencapai kata sepakat untuk bercerai secara rasmi.
“Hari ini adalah hari yang baik. Apa yang Amber mahukan adalah perceraian dan kini beliau telah mendapatkannya. Seperti kata-kata Gerald Ford ‘mimpi ngeri yang berpanjangan akhirnya berakhir’.” peguam Heard memberitahu E!News
Dilaporkan, bekas anggota kumpulan popular Spice Girls, Victoria Beckham mengupah peguam untuk menghalang anggota lain kumpulan itu daripada mempersembahkan lagu hit mereka.
Mel B, Geri Horner dan Emma Bunton dikatakan merancang untuk kembali bersama tahun ini sempena meraikan ulang tahun ke-20 kumpulan itu.
“Harapan anggota lain hancur. Ia diakhiri dengan cara yang amat menyedihkan. Victoria berbangga dengan sejarah bersama Spice Girls tetapi ini menunjukkan beliau mahu memutuskan semua kaitan dengan kumpulan yang pernah mengubah hidupnya.
“Beliau mengambil jalan keluar yang agresif dan ia adalah cara yang amat menyedihkan untuk mengakhirinya,” kata sumber kepada akhbar The Sun.
Tahun lalu, Victoria menjelaskan beliau lebih suka jika tiga anggota lain itu menyanyikan lagu mereka sendiri. Beliau bimbang mereka mencampur adukkan lagu hit Spice Girls dengan bahan baharu yang tidak setanding dengan hit klasik mereka.
“Beliau mendapatkan khidmat peguam kerana mempunyai hak kredit bertulis pada lagu hit berkenaan dan juga pemilik bersama syarikat yang mengawal warisan dan kewangan kumpulan itu,” kata sumber lagi.
Kecantikan wanita itu adalah suatu yang subjektif, apalagi kecantikan dari luar, ada banyak definisi cantik yang berbeza-beza mengikut pandangan seseorang.
Kecantikan fizikal atau luaran sememangnya mampu menarik perhatian siapa sahaja yang mlihatnya, namun ada kecantikan yang lebih semulajadi dan abadi iaitu inner beauty. Semua wanita, tidak kira warna kulit, bentuk tubuh akan tampak cantik jika memiliki inner beauty.
Inner beauty atau kecantikan dalaman adalah sesuatu yang berkaitan dengan bagaimana sikap anda, bagaimana anda menghadapi orang lain, dan juga kebaikan hati anda. Saat kecantikan luaran bakal hilang seiring dengan waktu, kecantikan yang berasal dari dalam tidak akan hilang.
Ini Wanista kongsikan beberapa gambar selebriti Hollywood tanpa sebarang solekan yang boleh dikatakan miliki kecantikan semulajadi. Walaupun tanpa secalit mekap, mereka masih kekal jelita malah membuatkan kita cemburukan kecantikan yang dimilikinya. Siapakah mereka yang menjadi pilihan Wanista?
A photo posted by Megan Fox (@the_native_tiger) on
Dan hari ini, mekap dan wanita sememangnya tidak boleh dipisahkan. Tiada wanita yang sempurna di dunia, jadi kita berhak untuk mengenakan solekan jika mahu menutup cela di wajah.
Memang betul lah kata orang dulu-dulu, manusia ini mempunyai 7 kembar di dunia. Cuma kadang-kadang kita sahaja yang tidak perasan, bila ada orang tegur barulah rasa macam kagum dengan kuasa tuhan dan yang paling best bila ada orang sama kan wajah tak seberapa ini dengan artis ternama. Perasaan bangga, suka semua ada masa itu.
Tapi tahu tak anda, sebenarnya ada beberapa artis negara kita yang wajah mereka seakan dengan artis antarabangsa. Pilihan artis-artis ini adalah dari pandangan mata penulis sendiri, setiap kali melihat mereka di kaca televisyen pasti penulis teringatkan ‘kembar’ si artis tersebut.
Nak tahu siapa mereka? Jom scroll…
#1 Bront Palarae vs Ryan Gosling
Jauh dari dua benua yang berbeza, namun apa memberi persamaan antara Bront dan Ryan ialah bentuk muka, dahi dan bibir yang nipis.
Foto – arkib Wanista.com
#2 Kilafairy vsSofia Vergara
Seksi, cantik dan jelita. Kilafairy dan Sofia mempunyai raut wajah berstruktur, bibir mungil dan rambut yang panjang mengurai. Kalau mereka dapat berlakon sama-sama ini boleh digandingan sebagai adik-beradik.
Foto – arkib Wanista.com
#3 Liyana Jasmay vs Selena Gomez
Dua-dua memang comel! Apa yang membezakan Liyana dengan Selena ialah hidung Liyana sedikit bulat berbanding Selena. Bentuk muka, bibir dan mata memang seiras kot!
Tak usah dolak-dalih lagi, kalau anda buat carian google pasti ada sahaja peminat menyamakan wajah Shila dengan bekas penyanyi kumpulan SNSD, Jessica Jung. Kebetulan pula gambar ini mereka berdua senyum dengan gaya yang sama.
Foto – arkib Wanista.com
#5 Shukri Yahya vs Aamir Khan
Cuba anda tengok kening dan mata Shukri dan Aamir, sama kan? Perhatikan pula bentuk telinga mereka, pun sama juga kan? Penulis rasa, boleh lah Shukri terbang ke Bollywood berganding dengan Aamir Khan. Hehehe.
Foto – arkib Wanista.com
#6 Dato’ Siti Nurhaliza vs Britney Spears
Sejak kecil lagi penulis perasan wajah Dato’ Siti lebih kurang dengan penyanyi sensasi Britney Spears. Mungkin mata galak mereka memberi gambaran persamaan wajah diantara mereka. Walaupun Britney muda 3 tahun dari Dato’ Siti, tapi Dato’ Siti tetap nampak forever young!
Foto – arkib Wanista.com
#7 Ning Baizura vs Beyonce
Tak cukup dengan memiliki suara yang lunak dan merdu, Ning Baizura dan Beyonce ada iras macam adik dan kakak pula. Penulis suka dengan bentuk muka bujur sirih, bibir seksi dan mata bundar milik mereka berdua. Serius memang sama kan?!
Okay yang ini memang tidak dinafikan lagi, wajah Song Ji Hyo kerap membayangi penulis setiap kali melihat Nora Danish. Tak tahu lah sudut mana yang sama, tapi air muka muka memang ada match! Malah orang Korea pun cakap mereka berdua ada iras.
Foto – arkib Wanista.com
#9 Siti Saleha vs Taylor Swift
Rasanya tak ada yang jauh beza pun raut wajah Siti Saleha dan Taylor Swift. Lihat sahaja hidung, mata dan bibir mereka, lagikan Siti Saleha ada darah kacukan mat salleh.
Foto – arkib Wanista.com
#10 Harris Baba vs Zayn Malik
Rupa mereka berdua ala putera diraja Arab sahaja. Dari gaya rambut sehingga lah gaya jambang mereka tak banyak beza pun. Adakah mereka ini kembar terpisah jauh?
Usia 5 tahun perkenalan yang bermula dari mereka merakam iklan televisyen pada 2011 sehingga melahirkan bibit-bibit cinta akhirnya bakal bersatu setelah Rain mengumumkan tentang majlis perkahwinan mereka.
Ikon pop Korea Selatan tersebut berkongsi berita baik itu dalam surat bertulis tangan yang ditujukan kepada peminatnya hari ini dan dimuat naik di dalam Instagramnya.
Bagaimanapun, selebriti itu berkata, majlis perkahwinan mereka tidak akan diadakan secara besar-besaran atas alasan keadaan kelembapan ekonomi dan masalah politik yang melanda negara itu ketika ini.
“Saya akan menjadi suami yang baik dan lelaki yang akan mengetuai sebuah keluarga,” kata pemuzik dan pelakon berusia 34 tahun itu.
Dalam tulisannya itu, Rain berkata, Kim, pelakon yang dua tahun lebih tua daripadanya, sentiasa berada di sisinya, memberi sokongan kepadanya ketika waktu sukar dan senang.
“Mengenai tarikh dan majlis perkahwinan, kami merancang tidak mengadakannya secara besar-besaran memandangkan keadaan yang tidak berapa stabil serta kelembapan ekonomi di negara ini ketika ini,” katanya.
Pasangan itu dijangka berkahwin di sebuah gereja Katolik di Seoul Khamis ini dengan dihadiri anggota keluarga masing-masing.
Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan, Kim ialah penganut Katolik yang taat pada ajaran agama itu.
Rain pernah dikurung di berek tentera selama seminggu pada Januari 2013 kerana menyelinap keluar untuk menemui Kim ketika dia menjalani perkhidmatan kerahan tenaga.
Terkejut baca tajuk ini? Baiklah penulis pun terkejut kerana tidak sangka persahabatan selama 25 tahun boleh musnah begitu sahaja disebabkan media sosial.
Baiklah, baru-baru ini, pengarah hebat, Karan Johar mendedahkan bagaimana hubungan sahabat yang terjalin antara dirinya bersama pelakon terkenal Bollywood, Kajol musnah.
Hubungan baik yang berlangsung selama 25 tahun antara Karan dan Kajol putus kerana laman sosial Twitter. Semuanya gara-gara filem arahan Karan, Ae Dil Hai Mushkil ditayangkan serentak bersama Shivaay, filem arahan suami Kajol, Ajay Devgan.
Tindakan Ajay yang lantang menuduh Karan merasuah seorang pengkritik filem terkenal Bollywood untuk memberikan persepsi negatif mengenai filem Shivaay di Twitter mengundang kemarahan Karan.
Memburukkan lagi keadaan, Kajol turut menyokong tindakan suaminya dengan me-retweet semula kenyataan Ajay dan perkara tersebut melukakan hati Karan.
“Saya tidak mahu mendengar atau bertemu dengan pasangan tersebut. Saya tidak pernag teringin untuk dekat atau bersahabat dengan Ajay. Selama ini saya diamkan sahaja kerana Kajol adalah sahabat baik saya.
“Selepas 25 tahun, semuanya telah berubah. Saya tidak mahu lagi Kajol kembali ke dalam hidup saya. Saya juga rasakan Kajol turut merasakan perkara yang sama,” kata Karan menerusi buku biografinya yang berjudul The Unusuitable Boy.
Sebelum ini, Karan bersahabat baik dengan Kajol dan mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab. Kajol terlibat dalam filem terkenal arahan Karan, Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushie Kabhi Gham.