Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all 1583 articles
Browse latest View live

Ibu Nafi Lindsay Peluk Islam, “Alaikum Salam” Mungkin Tanda Hormat Pada Negara Islam

$
0
0
Sumber: knowyourmeme.com

Beberapa minggu ini, kecoh khabar angin mengatakan bahawa selebriti popular Hollywood itu yang sebelum ini sering berkelakuan ‘liar’ telah memeluk Islam apabila Lindsay Lohan bertindak untuk memadam semua fotonya di Instagram serta meletakkan ungkapan “Alaikum Salam” sebagai pengenalan profilnya.

Walau bagaimanapun, ibunya, Dina Lohan menepis berita itu dan menyatakan bahawa Lindsay cuma mahu berehat dari melibatkan diri denagn media sosial.

Seorang wakil Lindsay turut menjelaskan, pelakon dan penyanyi itu belum memeluk Islam.

Perubahan status sosial selebriti itu mungkin menggambarkan penghormatannya kepada Dubai yang dianggap sebagai rumah keduanya bahkan, baru-baru ini Lindsay telah menyambut tahun baru sambil bercuti di negara itu.

Tindakan Lindsay ‘membersihkan’ akaun Instagramnya mendorong sebahagian peminat percaya dia memeluk Islam.

Ucapan Alaikum Salam itu juga menyebabkan beberapa peminat mengucapkan tahniah kepadanya.

Sehingga kini, Lindsay sendiri pun belum membuat pengakuan sah peribadi.

yoy
Foto kiri menunjukkan Lindsay memegang kitab terjemahan Al-Quran dan foto kanan adalah semasa membuat lawatan ke Turki melihat pelarian kanak-kanak Syria Oktober lalu.

Cerita mengenai kemungkinan selebriti berkenaan memeluk Islam tersebar sejak 2015 apabila dia dirakam memegang kitab suci al-Quran ketika melakukan kerja khidmat masyarakat di Brooklyn.

Dalam satu rancangan sembang di televisyen Turki tahun lalu, Lindsay menjelaskan, kitab itu adalah hadiah daripada beberapa rakannya.

SUMBER


Kontroversi Senjata Api, Salman Khan Kini Bebas Kerana Kurang Bukti

$
0
0
Salman Khan. Foto - http://www.ibtimes.co.uk/

Bintang besar Bollywood, Salman Khan tidak pernah asing dari kontroversi keganasan. Pada 2015, beliau dibebaskan daripada satu tuduhan langgar lari yang menyebabkan seorang gelandangan terbunuh.

Kali ini pula, keputusan mahkamah semalam telah membebaskan beliau daripada tuduhan menggunakan senjata api tanpa lesen untuk membunuh haiwan liar yang dilindungi hampir 20 tahun lalu.

Salman, 51, dibebaskan dari tiga daripada empat tuduhan yang dihadapinya kerana memburu rusa tempatan ketika menjalani penggambaran di Rajashtan, negeri di barat laut India pada 1998.

Beliau hadir di mahkamah semalam untuk mendengar keputusan perbicaraan sementara ratusan anggota polis mengawal orang ramai yang berkumpul di luar.

Peguam Salman, Hastimal Saraswat memberitahu wartawan, pelakon itu dibebaskan kerana kurang bukti.

Pendakwa raya, BS Bhati berkata, pihaknya akan merayu keputusan berkenaan selepas meneliti dokumen 102 muka berkenaan.

Namun, Salman masih berdepan tuduhan keempat – memburu rusa yang dilindungi dan keputusan itu kini dicabar di Mahkamah Agung.

SUMBER

Rozita Che Wan Dedah Kehidupan Mewah Dalam Program Realiti The House

$
0
0
Foto - Instagram

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkata kepada Astro Gempak mengakui tidak kisah apabila dikatakan menjaja kisah peribadinya dalam program realiti terbaru The House musim ketiga.

“Ramai orang di luar sana yang suka memaparkan kisah peribadi mereka di Instagram, apa sahaja mereka lakukan seperti memasak malah hanya melangkah setapak sekalipun mereka tunjuk dan upload.

“Mereka lakukan semua itu secara percuma tetapi apa yang saya lakukan dalam The House adalah dibayar. Jadi apa salahnya. Lagipun saya bukan buat kerja amal tetapi ini salah satu kerja dan punca rezeki saya.

“Pun begitu saya tidak mendedahkan seratus peratus kehidupan sebenar saya dan keluarga, cuma 40 persen sahaja dan selebihnya saya masih simpan sebagai privasi,” katanya.

Jika aku seorang penjaga gudang caption dia😂 . . #wowdimatasuami #rozitachewan #cheta #ootd . . 📷 @annaseaskey

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

The House bakal memaparkan kisah di sebalik kehidupan penuh glamour Che Ta yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini. 

Sementara itu, Che Ta memberitahu dia sudah bersedia menerima tanggapan negatif daripada orang luar selepas kehidupannya menjadi paparan ramai.

“Saya berani terima tawaran ini kerana saya sudah bersedia dengan semua tanggapan orang luar yang akan dilemparkan.

“Saya tak takut dengan semua komen-komen negatif tu kerana kalau kita tak buat apa pun orang masih hendak mengata, jadi baik kita buat apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita.

“Saya rasa penonton perlu bersikap terbuka dan jangan anggap kehidupan saya sama dengan mereka,” katanya lagi.

Nite😘 . #tbck #santorini

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

The House juga turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.

SUMBER

Tampan Dan Seksi! 10 Warga Emas Buktikan Umur Hanyalah Nombor

$
0
0
Aiden Brady. Foto - Instagram Aiden Brady

Siapa lah yang tidak mahu kekal muda sepanjang zaman kan? Namun, meniti dari tahun ke tahun pasti umur juga makin meningkat dan tanda-tanda penuaan juga muncul. 

Tiada siapa juga yang mampu menolak realiti kehidupan ini, tapi sebenarnya kita mampu kelihatan ‘muda’ jika mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi pemakanan dan juga terapkan aura positif didalam diri. Jika dimulakan dari dalam, pasti terserlah dari luar juga. 

Sukar untuk percaya, pada usia emas untuk kelihatan segak bergaya seperti orang muda. Nah, Wanista sediakan 10 warga emas yang serius kelihatan muda dan seksi sepanjang masa. Inilah masanya untuk anda mengambil contoh jiwa muda mereka dan yang paling penting sifat keyakinan yang ditampilkan! 

#1 Philippe Dumas, 60 tahun

Philippe Dumas. Foto - Instagram Philippe Dumas
Philippe Dumas. Foto – Instagram Philippe Dumas

Bukanlah dari model berpengalaman, namun Philippe yang berusia 60 tahun ini telah dipanggil menjadi model untuk beberapa jenama pakaian gara-gara penampilan kacak yang memikat mata memandang. Kalau dibuang jambang dan janggut lebatnya, Wanista rasa Philippe lagi kelihatan 30 tahun muda dari usia sebenar. Nak tengok lagi gambar handsome beliau boleh ke laman Instagram @dumphil

Foto - Instagram Philippe Dumas
Foto – Instagram Philippe Dumas

#2 Deshun Wang, 81 tahun 

Deshun Wang Foto - Pinterest.com
Deshun Wang Foto – Pinterest.com

Ingat lagi tak kisah atuk berumur 80 tahun menjadi model pentas peragaan fesyen? Deshun Wang merupakan pelakon berasal dari China, nama beliau mula menjadi bualan ramai setelah membuat debut pertama berjalan pertunjukan fesyen. Lihat sahajalah tubuh beliau yang masih tegap dan lagak gayanya tidak seperti orang yang berusia 80 tahun! 

Foto - http://theheartysoul.com/
Foto – http://theheartysoul.com/

#3 Aiden Brady, 50 tahun

Aiden Brady. Foto - Instagram Aiden Brady
Aiden Brady. Foto – Instagram Aiden Brady

Tua-tua pun laku! Inilah Aiden Brady yang sudah menjejak usia 50 tahun tetapi kian sibuk dengan kerjaya modelling. Berambut ikal mayang dan berjambang menjadikan Aiden kelihatan seksi, walaupun kelabu uban mewarnai rambutnya tapi tiada rasa malu malah Aiden kelihatan bangga menjadikannya sebagai aset. Pengikut Instagram beliau di @mr_aidenbrady kini mencecah 59 ribu! 

Foto - Beard Model - Tumblr
Foto – Beard Model – Tumblr

#4 Irvin Randle, 54 tahun 

Irvin Randle. Foto - Instagram Irvin Randle
Irvin Randle. Foto – Instagram Irvin Randle

Gemar berselfie dan fesyen juga tidak pernah ketinggalan, itu yang biasa dapat dilihat di Instagram @irvinrandle milik Irvin Randle, pak cik yang telah berusia 54 tahun. Setiap gambar yang dimuat naik kalah orang muda berselfie dan beliau juga gemar menampilkan fesyen hipster. (BACA: Lelaki 50-an Bergaya Hispter Jadi Inspirasi!) Rasanya boleh dah teman lelaki anda tiru wardrobe pak cik Irvin!

Foto - Instagram Irvin Randle
Foto – Instagram Irvin Randle

#5 Shan Michael Hefley, 54 tahun 

Shan Michael Hefley. Foto - Instagram Shan Michael Hefley
Shan Michael Hefley. Foto – Instagram Shan Michael Hefley

Anda muda tapi berperut buncit? Sila malu kan diri anda dengan melihat gambar-gambar sasa milik pak cik Shan Michael Hefly di Instagram @fit1962a . Memang tidak siapa boleh jangka kemampuan lelaki berusia 54 tahun ini mengubah struktur otot badannya kalah anak muda. Sekali pandang tak macam orang umur 50 pun… 

Foto - Instagram Shan Michael Hefley
Foto – Instagram Shan Michael Hefley

#6 Anthony Varecchia, 53 tahun 

Anthony Varecchia. Foto - Instagram Anthony Varecchia
Anthony Varecchia. Foto – Instagram Anthony Varecchia

Lagi pak cik berbadan sasa! Anthony kini menetap di bandar New York sibuk dengan kerjaya sebagai duta pelbagai jenama. Dah tua pun boleh jadi model pakaian orang muda, biasanya jadi produk kesihatan sahaja. Anthony gemar mengayakan t-shirt, jeans dan tali pinggang sebagai pelengkap gaya harian. Nampak ragged tau! 

 Foto - Instagram Anthony Varecchia
Foto – Instagram Anthony Varecchia

#7 Ron Jack Foley, 50 tahun 

Ron Jack Foley. Foto - Instagram Ron Jack Foley
Ron Jack Foley. Foto – Instagram Ron Jack Foley

Wanista cemburu dengan rambut milik Ron yang panjang mengurai dan elok terletak. Pak cik yang berasal dari Kanada ini, tidak pernah gagal menayangkan jiwa muda beliau. Kalau anda lihat gambar-gambar Instagram @to_ron_to Ron sibuk dengan aktiviti lasak dan menyertai pelbagai aktiviti sosial. Chop! Kalau dah handsome macam ini, memang jadi model lah jawabnya. 

Foto - Instagram Ron Jack Foley
Foto – Instagram Ron Jack Foley

#8 Gianluca Vacchi, 50 tahun 

Gianluca Vacchi. Foto - Instagram Gianluca Vacchi
Gianluca Vacchi. Foto – Instagram Gianluca Vacchi

Wanista tahu kenapa Gianluca kelihatan awet muda, sebab beliau sentiasa tersenyum girang. Mengekalkan aura positif dari senyum dan sentiasa memastikan apa yang sahaja beliau lakukan kelihatan menyeronokkan. Kalau anda rajin intai Instagram @gianlucavacchi  setiap gambar miliknya tak pernah lekang dari senyuman. 

Instagram Gianluca Vacchi
Foto – Instagram Gianluca Vacchi

#9 Eric Rutherford, 49 tahun 

Eric Rutherford. Foto - Instagram Eric Rutherford
Eric Rutherford. Foto – Instagram Eric Rutherford

Memang tak masuk akal kan umur dah dekat 50 tahun nampak macam 30! Eric bekerja sebagai editor sebuah majalah dan juga model. Lihatlah wajak tipikal kacak beliau memang layak jadi model walaupun umur sudah jejak 50-an. Penulis tidak pasti sama ada beliau masih sendiri atau sudah berpunya, nak korek rahsia lebih boleh tengok Instagram beliau di @mr.rutherford

Foto - Instagram Eric Rutherford
Foto – Instagram Eric Rutherford

#10 Alessandro Manfredini, 48 tahun 

Alessandro Manfredini. Foto - Instagram Alessandro Manfredini
Alessandro Manfredini. Foto – Instagram Alessandro Manfredini

Berasal dari Itali, penampilan Alessandro sedikit berbeza dari yang lain iaitu warna rambut dan jambangnya kalau boleh putih umpama salju. Aktif di laman Instagram @alessandro_manfredini , beliau kini mempunyai lebih 241 ribu pengikut! Walaubagaimanapun beliau tidak banyak berkongsi gambar peribadi tapi lebih kepada gambar fotografi beliau sebagai model. 

Foto - Instagram Alessandro Manfredini
Foto – Instagram Alessandro Manfredini

Jadi yang mana anda rasa masih layak untuk dijadikan sebagai teman lelaki anda? :P 

SUMBER

Ibu Kandung Rayu Ingin Jumpa Anak Jagaan Angelina Jolie

$
0
0
Angelina Jolie bersama Zahara dan Shiloh. Foto - www.popsugar.com.au

Aktres jelita Hollywood Angelina Jolie bersama bekas suami Brad Pitt dikenali seluruh dunia dengan kisah anak-anak angkat mereka. 

Kini seorang ibu salah seorang anak angkat aktres itu membuat rayuan untuk berjumpa semula dengannya. Mantewab Dawit Lebiso  merayu mahu bertemu dan melepas rindu terhadap anaknya yang berada di bawah jagaan pelakon itu.

Menurut Daily Mail, wanita berusia 31 tahun itu tiba-tiba muncul untuk berjumpa dengan anaknya yang ditinggalkannya kira-kira 10 tahun lalu di sebuah rumah kebajikan.

Foto - Daily Mail
Foto – Daily Mail

“Saya hanya ingin diberi peluang untuk bercakap dengan Zahara. Saya rasa ia adalah perkara yang sukar.

“Saya hanya mahu melepaskan kerinduan terhadap anak saya dan bukan kerana ingin meminta pelakon itu duit,” katanya.

Angelina mengambil Zahara dari sebuah rumah kebajikan di Ethiopia ketika kanak-kanak itu berusia enam bulan. Namun beliau tidak mengetahui bahawa ibu kanak-kanak tersebut masih hidup.

Mentewab Dawit Lebiso ingin berjumpa semula dengan anaknya. Foto - google.com
Mentewab Dawit Lebiso ingin berjumpa semula dengan anaknya. Foto – google.com

Angelina Jolie mengambil tiga orang anak angkat iaitu Zahara, Maddox dan Pax sebelum dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan pelakon Brad Pitt.

SUMBER

Rain & Gadis Pilihan Hati, Kim Tae Hee Kahwin Di Gereja Dalam Majlis Tertutup

$
0
0
Pasangan Rain dan Kim Tae Hee selamat dikahwinkan di sebuah gereja katolik semalam pada tanggal 19 Januari 2017. Sumber: Dramafever

Semalam, pasangan ini secara tertutup telah mengikat tali perkahwinan di sebuah gereja katolik di Seoul yang hanya dihadiri kaum keluarga kedua belah pihak serta kenalan rapat selebriti bagi meraikan hari yang penuh bermakna itu.

tell
Keadaan di sekitar gereja yang dikerumuni media dan tetamu terdekat. Sumber: 에스포즈뉴스

Antara individu penting yang meluangkan masa untuk hadir ke resepsi itu adalah termasuk wali bayi (godfather) kepada Rain, Ahn Sung Ki yang juga pernah hadir saat Rain dibaptiskan sekitar tahun 2014, sahabat baiknya, Psy serta ahli kumpulan g.o.d.

Sumber: Dramafever
Pasangan romantis Rain & Kim Tae Hee kini sah menjadi suami isteri. Sumber: Dramafever

Dalam sebuah foto yang dikongsikan sumber, Rain kelihatan begitu tampan dalam persalinan tuksedo hitam sambil bersarung tangan manakala Kim Tae Hee dilihat manis dalam gaun pendek renda serba putih serta rambut yang disanggul kemas sebelum disemat dengan veil ringkas.

Diraikan dalam majlis yang cukup berserdehana, pasangan selebriti ini mula bertaut kasih dari 2012 dan akhirnya berkahwin selepas 5 tahun.

Gereja tempat Rain & Kim Te Hee bertukar sumpah. Sumber:
Gereja tempat Rain & Kim Tae Hee bertukar sumpah. Sumber: STARNEWS

Laporan mengatakan, kos perkahwinan secara keseluruhan hanyalah bernilai 1,100 USD termasuk sewaan lokasi serta bayaran untuk pelayan tetamu.

Sejurus selepas majlis, Kim Tae Hee tidak ketinggalan sempat berkongsi surat ucapan terima kasih buat semua yang terlibat.

Isi surat tulisan tangan tersebut berbunyi:-

lol1
Surat tulisan tangan Kim Tae Hee. Sumber: Alchetron

“Hari ini adalah hari pertama kami sebagai pasangan suami isteri akan meneruskan perjalanan yang panjang, dan kami mahu mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat para peminat yang begitu teruja menyokong kami dan menjaga kami selama ini.

“Kami berjanji akan menjaga satu sama lain, menghormati satu sama lain dan buat yang terbaik untuk bantu satu sama lain serta menjadi pelengkap kepada kekurangan masing-masing. Dengan hati yang tulus dan ikhlas, kami telah dirahmati dengan kasih dan cinta yang anda semua berikan, saya tentunya akan laksanakan komitmen sebagai pelakon yang terbaik buat anda di samping menjadi isteri terbaik untuk keluarga baru saya.

“Lelaki ini yang akan menjadi peneman hidup saya, kami akan menyokong satu sama lain dengan memberi kekuatan. Saya harap semua berada dalam keadaan yang baik-baik dan saya berdoa agar anda semua sentiasa sihat, dilimpahi dengan kebahagiaan sempena permulaan tahun baru ini. Sekali lagi, saya seikhlas hati mahu mengucapkan terima kasih kepada semua.”

Ahn Sung Ki yang merupakan wali bayi / bapa angkat kepada pengantin lelaki, Rain Bi. Sumber: Alchetron
Ahn Sung Ki yang merupakan wali bayi/bapa angkat kepada pengantin lelaki Rain. Sumber: Alchetron

Ahn Sung Ki dalam sebuah temu ramah berharap anak angkatnya itu akan menghasilkan zuriat yang ramai.

“Mereka telah berjaya meneruskan hubungan sejauh ini dan sesungguhnya mereka sangat sesuai menjadi pasangan bahagia. Saya berharap mereka akan dapat meneruskan hidup yang lebih bahagia selepas ini dan bakal dikurniakan anak secepat mungkin. Saya pasti anak mereka akan menjadi rupawan dan sihat seperti mereka.”

Sumber:
Sumber: allkpop.com

Bagaimanapun, pasangan itu belum lagi merancang berkenaan percutiaan bulan madu dalam masa terdekat ini dan mereka berdua akan terus tinggal di kediaman milik Rain di daerah Chungdam-dong, Seoul. 

Apabila ditanya soal anak, Kim Tae Hee belum merancang apa-apa lagi namun ada menyatakan hasratnya untuk mempunyai anak comel dan lincah seperti anak-anak selebriti lain yang muncul dalam rancangan realiti televisyen Return of Superman.

Sumber: allkpop.com
Sumber: allkpop.com

Wanista ucapkan Tahniah sekali lagi buat pasangan ini!

SUMBER 12, 3 & 4

Pelakon Jewel in the Palace, Lee Young-ae Kembali Dalam Drama Bersiri ‘Saimdang’

$
0
0
Foto - www.askactor.com

Setelah senyap selama sedekad, pelakon Jewel in the Palace, Lee Young-ae kini kembali memegang watak utama dalam drama siri Saimdang, drama Korea terbaru di Oh!K.

Sinopsis Saimdang

Saimdang mengisahkan kisah cinta yang berkisar kepada kehidupan tokoh bersejarah Korea – Shin Saimdang. Saimdang yang berlatar masa era zaman Joseon dan zaman mutakhir menyusuri kisah fakta dan fiksyen. Ia mendedahkan kehidupan seorang wanita Korea abad ke-16. Dengan pengiktirafan yang cukup menarik, Lee Young-ae memegang watak sebagai wanita berkenaan (Shin Saimdang) dan watak moden era terkini sebagai – Seo Jiyun, seorang pensyarah sambilan di sebuah universiti. Kisah drama bermula dengan Seo Jiyun menemui senaskhah diari milik Shin Saimdang di Itali, dan berkembang dengan usahanya ingin membongkar misteri sebuah lukisan yang dijumpai di dalam diari tersebut.

Bukan itu sahaja, selain Lee Young-ae, pelakon Song Seung-heon yang terkenal menerusi drama Autumn in My Heart turut serta sebagai tunjang utama drama bersejarah ini. Selepas berehat selama tiga tahun, beliau kembali berlakon untuk tempoh jangka masa pertama  siri drama ini dan akan memegang watak Lee Gyeom, iaitu pasangan cinta Shin Saimdang.

Adakah anda teruja? Jadi, pastikan anda menonton tayangan sulung episod berganda Saimdang, yang siarannya serentak dengan waktu siaran di Korea pada 26 Januari 2017 pada jam 9 malam eksklusif di Oh!K. Episod baru akan disiarkan setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam.

Park Bom Punca 2NE1 Berpecah Tapi Kenapa?

$
0
0
Foto - Resonate

Tahun lepas peminat hiburan Korea digemparkan dengan berita pembubaran kumpulan 2NE1.

Sejak itu, pelbagai teori menjadi topik panas dikalangan peminat mereka yang dikenali sebagai Blackjacks sebab pembubaran kumpulan yang sudah berada di industri selama tujuh tahun itu.

Ini kenyataan rasmi dari pihak YG:

“Kontrak esklusif 2NE1 telah tamat pada Mei 2016, dan Minzy turut meninggalkan 2NE1, setelah perbincangan lanjut bersama ahli kumpulan yang lain kami mengambil keputusan rasmi untuk berpecah. 2NE1 merupakan kumpulan penyanyi YG selama tujuh tahun, kami tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan kami, ianya sememangnya sukar untuk meneruskan. Daripada menunggu untuk promosi 2NE1 yang seterusnya, kami kemudian ingin fokus kepada aktiviti solo mereka.”

Baca: OH TIDAK! YG SAHKAN KUMPULAN K-POP 2NE1 TIDAK LAGI BERSAMA

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun Suk menerangkan perkara sebenar pembubaran 2NE1.

“Saya mahu melindungi 2NE1 apabila Minzy berpindah ke label lain tetapi sebab mengapa saya membuat keputusan yang membawa kepada pembubaran mereka adalah kerana kesihatan mental Park Bom tidak stabil. Selepas kejadian itu (kontroversi dadah), kritikan yang diterimanya sangat besar dan hangat. Walaupun Park Bom mengalami tekanan dan rasa bersalah, namun dia juga masih berharap dapat kekal dalam aktiviti promosi 2Ne1. Walaupun saya tahu pentingnya 2NE1 kepada Park Bom tetapi saya juga mahu dia mengutamakan kesihatan mental serta fizikalnya,” jelas Yang Hyun Suk.

Beliau menyambung, “Anda tidak akan tahu perkara yang mungkin akan terjadi nanti, siapa sangka mereka akan bersatu kembali seperti S.E.S. Saya percaya ianya akan berlaku.

YG Entertainment secara rasmi mengumumkan pembubaran 2NE1 pada November 2016.

SUMBER


Dayang & Lagu Lelaki Teragung Sapu Habis Di Malam AJL31

$
0
0
JUARA AJL31, Dayang Nurfaizah (tengah)bersama penulis lirik, Iman Imran (kiri) dan Natasha pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Persembahan Dayang Nurfaizah yang mendendangkan lagu Lelaki Terangung di malam AJL31 seperti biasa memukau para penonton sehingga mampu meraih sorakan gemuruh dan standing ovation. 

Seperti dijangka, lagu runut bunyi yang pernah hangat menerusi drama bersiri 7 Hari Mencitaiku itu adalah hasil ciptaan Natasha dan Iman Imran akhirnya berbaloi apabila dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada malam anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang telah berlangsung secara live dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebagai juara keseluruhan, Dayang telah membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop.

Bukan itu sahaja, Dayang juga telah memenangi kategori Vokal Terbaik membawa pulang trofi dengan wang berjumlah RM12,000. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut oleh penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu.

Tonton Persembahan Dayang Dengan Lagu Lelaki Teragung Untuk Suku Akhir AJL31

AJL31 yang dipancarkan secara langsung di TV3 juga menyaksikan lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai yang didendangkan Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif yang dinyanyikan kumpulan Projector Band.

Kategori persembahan Terbaik dimenangi kumpulan Khalifah yang mendendangkan lagu Hang Pi Mana. Kemenangan itu membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Semua kategori diadili oleh juri profesional, selain Persembahan Terbaik yang dibuka kepada undian peminat secara atas talian menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com.

Lagu dan penyanyi bertanding pada AJL31:-

1. Lelaki Teragung (dendangan Dayang Nurfaizah)

2. Terakhir (Sufian Suhaimi)

3. Sudah Ku Tahu (Projector Band)

4. Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah)

5. Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip)

6. Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)

7. Di Amaran Mama (Hazama)

8. Obses (Akim & The Majistret)

9. Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael)

10. Dalam Menang (Syamsul Yusof dan Mawi)

11. Hang Pi Mana (Khalifah)

12. Anugerah Terindah (Black)

SUMBER

‘Anuar Zain Album Tour 2017’ Sambung Lagi Di 5 Lokasi Mydin Seluruh Negara!

$
0
0
Anuar Zain sekitar sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan muzik video Cinta Takkan Berakhir. Foto - arkib Wanista.com

Kredibiliti Anuar Zain sebagai penghibur tanah air yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri ini serta pelbagai kejayaan yang telah diraih oleh beliau telah membuka pelbagai ruang bagi kerjaya seninya. Anuar Zain yang sangat mementingkan karya-karya segar dan berkualiti tidak pernah lelah untuk muncul dengan sesuatu yang istimewa buat para pendengar muzik tanah air terutama sekali kepada semua peminat beliau. 

Bagi peminat beliau yang sentiasa menanti kehadiran figura hebat ini, selepas rangkaian promosi Anuar Zain Album Tour 2016 memberi impak kejayaan besar, untuk tahun 2017 Anuar Zain tidak membiarkan peminat menunggu lama sekali lagi menjalankan promosi Anuar Zain Album Tour 2017 bersama pihak MYDIN sebagai penaja lokasi. 

17.12.16 Terima Kasih Dari Hati ❤️ Terima Kasih @mydinmalaysia #anuarzain #anuarzainnetwork #andainyatakdir

A video posted by Anuar Zain Network Official (@anuarzainnetwork) on

Peminat berpeluang untuk bertemu Anuar Zain di sesi Meet & Greet yang diadakan di setiap 5 lokasi ini:-

Mydin Samaring, Kuching, Sarawak    – 12/02/2017
Mydin Pulau Sebang, Melaka                 – 26/02/2017
Mydin Parit Buntar, Perak                      – 05/03/2017
Mydin Senawang, Negeri Sembilan       – 26/03/2017
Mydin City One, Kuching, Sarawak       – 09/04/2017
Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak – TBA

Majlis sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan muzik video Cinta Takkan Berakhir ditaja Hotel LeMeredien. Foto - arkib Wanista.com
Majlis sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan muzik video Cinta Takkan Berakhir ditaja Hotel LeMeredien. Foto – arkib Wanista.com

Selain itu, Anuar juga menyediakan buah tangan baru kepada peminat setia yang menunggu kesinambungan klip video “Andainya Takdir”. Single kedua dengan judul “Cinta Takkan Berakhir” bakal ditayangkan pada 26 Januari 2017 jam 11 pagi di Youtube VEVO Anuar Zain. Muzik video ini dibintangi Sharifah Sakinah, Puteri Balqis, Eyra Hazali, Syafiq M.Nazri dan jemputan khas Faizal Hussin. 

Jangan terlepas peluang melihat aktiviti seni Anuar Zain di laman rasmi Facebook dan Instagram Anuar Zain Network. Album Anuar Zain masih boleh didapati di semua toko-toko muzik, rangkaian Mydin dan juga pembelian secara online www.lazada.com.my.

10 K-Pop Rapper Miliki Suara Paling Seksi Buat Anda Tak Tidur Malam

$
0
0
Foto - TIDAL Logo

K-Pop bermaksud ‘Korean Pop’ atau ‘Korean Popular Music’. Ianya terbahagi kepada beberapa genre muzik seperti pop, bubblegum pop, dance, electronic, electropop, hip-hop, rock dan r&b yang berasal dari Korea Selatan. Dikatakan, moden K-Pop telah bermula pada tahun 1992 apabila munculnya kumpulan ‘Seo Taiji & Boys’ dengan lagu genre dance dan rap.

Muzik K-Pop bukan sahaja tentang kekuatan vokal dan tarian penuh bertenaga semata-mata tetapi juga setiap bait lirik yang dilafazkan rapper juga memainkan peranan dalam menghidupkan sesuatu lagu itu. Ahli rapper sering dipuji kerana berjaya memberikan persembahan bertenaga dan mampu ‘menghidupkan’ suasana dengan lirik yang cukup kuat. Siapa sangka ada di antara mereka yang mempunyai rupa paras comel dan cantik tetapi sangat berkaliber ketika berada di pentas malahan miliki suara yang cukup powerful.

Ini Wanista senaraikan 10 rapper yang bukan serba boleh malah mereka juga miliki suara garau yang seksi mampu buat anda tak tidur lena. Kalau Gong Yoo tau kalau dengar suara rapper ni semua… 

BIGBANG TOP

Foto - K`orean D`ream
Foto – K`orean D`ream

Sangat pelik jika rapper Top tidak tersenarai. Sebagai salah satu daripada kumpulan Kpop paling tua di Korea Selatan, Bigbang Top telah menerima banyak pengiktirafan, bukan sahaja rupa paras yang segak, lakonan berkarisma malah beliau juga mempunyai suara garau yang sangat dalam.

WINNER SONG MINHO

Foto -OneHallyu
Foto -OneHallyu

Sejak muncul dalam program realiti Show Me The Money 4, rapper ini terusan menjadi trending di Korea Selatan. Bukan sahaja miliki swag ketika beraksi di pentas, penyanyi rap ini juga mempunyai suara husky yang sangat seksi.

GOT7 JACKSON

Foto - We Heart It
Foto – We Heart It

Full package! Jackson seorang lucu, manis, penyayang, karisma dan mempunyai suara boleh dikatakan sangat menggoda dan seksi sama ada ketika rap mahupun bercakap.

BTS SUGA

Foto - Pinterest
Foto – Pinterest

Penulis jatuh cinta ketika mendengar part Suga dalam I Need You, cukup sedap sekali. Anda dah dengar? Kalau belum, cuba dengar sekarang! Serius anda akan jatuh cinta dengan setiap bait yang diucapkannya. 

BTS RAP MONSTER

Foto - Bangtan Gifs
Foto – Bangtan Gifs

Bukan sahaja diiktiraf untuk kemahiran rap yang cukup baik, Rap Monster juga mempunyai suara yang cukup seksi dan jelas ketika menyanyi, apatah lagi ketika beliau berbahasa inggeris.

EXO CHANYEOL

Foto - Pinterest
Foto – Pinterest

Disebalik wajah comel dan personaliti riang, Chanyeol juga miliki suara garau yang sangat dalam. Cuba dengar semula semua rap bahagiannya, anda pasti setuju dengan penulis.

BLOCK B P.O

Foto - Gurupop
Foto – Gurupop

Jika Zico mempunyai bakat untuk menghasilkan lagu-lagu hebat, P.O pula miliki suara menggoda husky yang akan memberi ‘kesedapan’ pada lagu tersebut.

IKON BOBBY

Foto - Amino Apps
Foto – Amino Apps

Tidak lengkap senarai tanpa Ikon Bobby. Pemenang program realiti Show Me The Money 3 ini mempunyai suara husky yang sungguh powerful dan strong.

VIXX RAVI

Foto - Primo GIF
Foto – Primo GIF

Suaranya bukan sahaja sangat seksi ketika rap dan menyanyi malah cukup menghiburkan bila ketawa.

B.A.P BANG YONG GUK

Foto - Gurupop
Foto – Gurupop

Pelakon Hanez Suraya Fail Perceraian

$
0
0
Foto - RotiKaya

Hari ini kita dikejutkan dengan berita pelakon Hanez Suraya memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.

Walaubagaimanapun, sumber memberitahu, Hanez tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya. Berita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini.

Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni.

Pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. Bintang Love You Mr Arrogant itu gagal dihubungi dan tidak membalas pesanan WhatsApp yang dihantar bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara terbabit.

SUMBER

Tajuk Sekuel Filem Star Wars Akan Datang, ‘Star Wars: The Last Jedi’ Cetus Tanda Tanya

$
0
0
Watak Rey lakonan Daisy Ridley yang dijangka merupakan Jedi terakhir. Sumber: Pinterest

Sejak ditayangkan buat pertama kali pada tahun 2015, setelah beberapa ketika menyepi selama 10 tahun lamanya, filem fantasi yang berlatarkan kehidupan di galaksi cekerawala terbitan Disney ini berjaya mengembalikan memori nostaligia para peminat dan pengikut sekuel filemnya. 

Salah satu babak dalam Star Wars: The Force Awakens. Sumber: tucomunidad.com.pa
Salah satu babak dalam Star Wars: The Force Awakens. Sumber: tucomunidad.com.pa

Baru-baru ini, Disney dengan bangganya mengumumkan filem Star Wars seterusnya akan bertajuk ‘Star wars: The Last Jedi’ sekaligus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat bahawa adakah Star Wars VIII akan menjadi sekuel terakhir untuk filem ‘berhantu’ ini?

Ini adalah berikutan adegan terakhir filem Star Wars VII terdahulu dalam ‘The Force Awakens’ yang memperlihatkan watak Rey sebenarnya memiliki kuasa tersembunyi lalu bertemu Skywalker dan bersedia untuk memulakan latihan Jedi.

Kami mempunyai peminat paling hebat di galaksi ini. Bagi menghargai peminat, kita mahu mereka menjadi yang pertama mengetahui tajuk bab seterusnya dalam saga Skywalker iaitu ‘Star Wars: The Last Jedi,” kata Disney dalam satu kenyataan.

Carrie Fisher yang memegang watak sebagai princess Leia. Sumber: movieweb.com/
Carrie Fisher yang memegang watak sebagai Princess Leia. Sumber: movieweb.com

“Carrie Fisher (pelakon watak Puteri Leia) merakam kesemua adegannya bagi filem ini sebelum meninggal dunia Disember tahun lalu”, tambah Disney.

Walau bagaimanapun, tiada butiran jalan cerita yang dikongsikan untuk ‘Star Wars: The Last Jedi’ namun Johnson ada berkata yang ia mengkuti peristiwa selepas ‘Star Wars: The Force Awakens’ yang ditayangkan pada 2015.

Luke Sumber: Mirroe.co.uk
Wajah Luke Skywalker yang terkini saat dia ditemui Rey dalam Star Wars: The Force Awakens setelah beberapa ketika bersembunyi di kawasan pulau/pergunungan di sebuah planet. Sumber: Disney

Filem ‘Star wars: The Last Jedi’ yang diarahkan Rian Johnson ini dijangka menemui penonton pada 15 Disember 2017.

 SUMBER 12 & 3

Patung Lilin Baru Ryan Gosling Tidak Menjadi Dan Agak Menakutkan

$
0
0
Patung lilin Ryan Gosling yang baru di Madame Tussauds Berlin. Foto - Instagram

Ryan Gosling, ya si kacak dan berbakat Ryan yang kini sedang meletup dengan filem hebat La La Land sekali lagi mendapat tempat di Madame Tussauds. Patung lilin baru beliau dipamerkan pada Isnin lalu di Madame Tussauds Berlin. 

Namun patung Ryan kali ini ‘keras’ dan tidak menonjolkan iras wajah beliau langsung. Ada juga yang berpendapat wajahnya kelihatan menakutkan. 

Tak 'hidup'. Foto - Eonline.com
Tak ‘hidup’. Foto – Eonline.com

 Ringkas dengan penampilan kemeja biru dan bercelana hitam, patung lilin ini berbeza dari patung di London yang lebih segak dengan tuksedo. Nampaknya pakar ukir di Berlin kurang cekap dan hanya memberikan hasil yang memuaskan. Apa yang paling sadis ialah mata biru Ryan tampak ‘mati’ dan tidak menyerlah. 

Patung lilin Ryan Gosling yang baru di Madame Tussauds Berlin. Foto - popcrush.com
Foto – popcrush.com

Ini dia patung lilin di London, cuba anda lihat banyak perbezaan hasil kerja diantara mereka. Jadi pada peminat Ryan Gosling, dinasihatkan lebih baik pergi Madame Tussauds di London.

Patung lilin Ryan Gosling di Madame Tussauds London pada 2014. Foto - CBS Local
Patung lilin Ryan Gosling di Madame Tussauds London pada 2014. Foto – CBS Local
152940814-7a4ae07d-9baa-44e7-821b-d946235914d9
Peminat bergambar bersama patung Ryan di Madame Tussauds London. Foto – gettyimages.com

SUMBER

Senarai Selebriti Lelaki Antarabangsa Yang Sebenarnya Rendah (Gambar)

$
0
0
Foto - Hollywood.com

Bila ditanya ‘ciri-ciri lelaki idaman’, pasti salah satu jawapan ‘ingin lelaki yang tinggi, baru nampak macho’.

Selain rupa paras, ketinggian seseorang lelaki itu sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi keyakinan lelaki tersebut.

Namun, tidak perlu digusarkan kerana tidak semestinya lelaki rendah atau bahasa pasarnya pendek itu tidak laku atau tidak menarik perhatian. Anda boleh lihat beberapa contoh selebriti lelaki antarabangsa yang kelihatan tinggi di kaca TV namun hakikatnya mereka juga seperti kita, ada yang genit dan rendah, malah masih boleh menempa nama serta mampu menambat ramai wanita.

Siapa mereka yang Wanista maksudkan? Ada bayangan tak?

#Tom Cruise (170cm)

Foto - www.bintang.com
Foto – www.bintang.com

#Usher (171cm)

Foto - Slate
Foto – Slate

#Elijah Wood (165cm)

Foto - The Fashionisto
Foto – The Fashionisto

#Bruno Mars (165cm)

Foto - E!
Foto – E!

#Daniel Radcliffe (165cm)

Foto - The Fashionisto
Foto – The Fashionisto

#Seth Green (163cm)

Foto - Hollywood.com
Foto – Hollywood.com

#Kevin Hart (163cm)

Foto -Pinterest
Foto -Pinterest

#James McAvoy (170cm)

Foto - www.pinterest.com
Foto – www.pinterest.com

#Emile Hirsch (170cm)

Foto - Digital Spy
Foto – Digital Spy

#Jack Black (168cm)

Foto - ABC News
Foto – ABC News

#Prince (160cm)

Foto - Golden Globes
Foto – Golden Globes

#Michael J. Fox (163cm)

Foto - Closer Weekly
Foto – Closer Weekly

#Josh Hutcherson (170cm)

Foto - PopSugar
Foto – PopSugar

#EXO D.O (173cm)

Foto - »FY! DO KYUNGSOO♡
Foto – »FY! DO KYUNGSOO♡

#SHINee Jonghyun (173cm)

Foto - Allkpop
Foto – Allkpop

#Bigbang Taeyang (165 -167cm)

Foto - Twitter
Foto – Twitter

#Beast Yoseob (170cm)

Foto - KpopStarz
Foto – KpopStarz

#G-Dragon ( 167 -170cm)

Foto - BIGBANGmusic
Foto – BIGBANGmusic

BTS JIMIN (173cm)

Foto - BTSDiary
Foto – BTSDiary

Siapa kata lelaki rendah tak menarik perhatian? Lihat mereka ini!


Himpunan Pusat Beli-Belah Dengan Dekorasi Tahun Baru Cina Serba ‘Ong’!

$
0
0
Dekorasi tanglung floral menjadi tarikan utama pengunjung di Mid Valley Megamall sempena Tahun Baru Cina 2017. Sumber: Facebook/Mid Valley Megamall

Serba merah dan mewah, itulah simbolik Tahun Baru Cina yang sebenarnya merupakan antara perayaan paling meriah sambil ditemani bunyi mercun, persembahan tarian tradisional dan alunan muzik mempersona yang kemudian berlatarkan dekorasi menarik dengan adanya juntaian tanglung, angpau, baner-baner ucapan kesyukuran, pohon renek limau mandarin dan macam-macam lagi.

Dekorasi indah sempena Tahun Baru Cina di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Hong Kong pada tahun 2014. Sumber: chinadaily.com.cn/Xinhua
Dekorasi indah tanglung bermotifkan Ikan Laga Emas sempena Tahun Baru Cina di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Hong Kong pada tahun 2014. Sumber: chinadaily.com.cn/Xinhua

Seperti perayaan-perayaan lain, pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara dan di seluruh Malaysia tidak lupa mengambil peluang keemasan ini untuk tampil berlumba-lumba menghidangkan dekorasi yang bukan sahaja menarik bahkan unik setiap satunya berlandaskan konsep personaliti yang ingin dibawakan sesebuuah mall itu.

Untuk sambutan Tahun Ayam 2017, jom intai pelbagai dekorasi pusat membeli-belah tercantik yang dihimpunkan Wanista seterusnya bisa memberi tuah kemewahan atau ‘ong’ dan ‘huat’ kepada para pengujung yang hadir!

#1 Pavilion Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Tidak pernah kalah, Pavilion KL sering tampil dengan dekorasi yang indah apabila tiba musim perayaan.

Bertepatan dengan sambutan Tahun Ayam untuk Tahun Baru Cina 2017, Pavilion membawakan suatu kelainan dengan menampilkan hiasan burung Phoenix gergasi yang diiktiraf sebagai replika burung Pheonix terbesar oleh The Malaysia Book of Records ini adalah simbolik seekor ayam jantan yang kemudian menjelma sebagai seekor burung cantik.

Untuk pengetahuan semua, mengikut kepercayaan masyarakat Cina, individu yang lahir tahun Ayam akan mesra dan lebih serasi dengan mereka yang lahir pada tahun Naga.

Stroke the Golden Rainbow Rooster at our Centre Court, Level 2 and be bestowed with good luck and riches!

A photo posted by #PavilionKL (@pavilionkualalumpur) on

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ‘berkat’ serta tuah yang lebih besar apabila menyentuh ayam jantan gah di Pavilion Kuala Lumpur ini!

#2 One Utama Shopping Centre, Kuala Lumpur

#oneutama #chinesenewyeardecoration #photography #chinesenewyear #huatah

A photo posted by J!₩₩¥ 📷 (@jianming_jimmy) on

Antara pusat beli-belah yang terunggul di daerah Damansara, tahun ini One Utama membawakan konsep ala kemegahan zaman dinasti.

#1utama #oneutama #1u #jackiechan #cny

A photo posted by Justin Jin (@square82) on

Set yang berdiri megah di tengah-tengah kawasan lapang adalah berupa singgahsana Maharaja Cina dahulu kala yang kemudian diserikan dengan rona kuning keemasan yang dipercayai berupaya memberi ‘nasib baik’.

#oneutama #cny2017🐔🐔🐔 #decoration #excellent

A photo posted by ♚ Hoi Yee 진해의 ♋ 🌕🎶🎼🔭 (@chan.h.yee.98) on

Deretan gantungan tanglung tradisi serta lantai yang dihiasi motif bunga Blossom juga sedikit sebanyak menaikkan seri dekorasi yang serba indah!

#3 Paradigm Mall, Kuala Lumpur

Impikan suatu kelainan? 

Sumber: Facebook/ParadigmMall
Comelnya anak ayam yang duduk dalam reban tu! Sumber: Facebook/ParadigmMall

Apa kata bawa keluarga atau kenalan singgah di Paradigm Mall. Memang setiap tahun Paradigm Mall akan cipta dekorasi yang lain daripada yang lain.

Sumber: Facebook/ParadigmMall
Sumber: Facebook/ParadigmMall

Kali ni, umpama melangkah ke alam fantasi, dekorasi penuh dengan warna-warni yang pastinya menggembirakan hati kanak-kanak!

Sumber: Facebook/ParadigmMall
Sumber: Facebook/ParadigmMall

#4 Sunway Pyramid, Subang Jaya

Sumber: Facebook/Sunway Pyramid
Sumber: Facebook/Sunway Pyramid

Haaa… dekorasi yang di Sunway Pyramid ni sumpah mengimbau memori! Penulis paling suka konsepnya…

Sumber: Facebook/Sunway Pyramid
Sumber: Facebook/Sunway Pyramid

Seperti bersiar-siar di kawasan bandar lama di China, struktur binaan bangunannya kelihatan sungguh realistik! 

Sumber: Facebook/Sunway Pyramid
Set yang berupa kedai ubat-ubatan Cina. Sumber: Facebook/Sunway Pyramid

Bila datang ke sini, jangan lupa gunakan prop dan hiasan yang ada untuk rakam foto-foto kenangan bersama keluarga atau rakan. Mesti orang yang melihat foto itu nanti akan anggap ia telah dirakam saat anda melawat ke China Town!

Sumber: Facebook/Sunway Pyramid
Sumber: Facebook/Sunway Pyramid

#5 Suria KLCC, Kuala Lumpur

Sumber: Facebook/Suria KLCC
Sumber: Facebook/Suria KLCC

Satu lagi lokasi terkenal yang merupakan tempat paling digemari pelancong-pelancing asing, ini dia dekorasi Tahun Baru Cina 2017 di Suria KLCC!

Sumber: Facebook/Suria KLCC
Sumber: Facebook/Suria KLCC

Membawakan konsep klasik Baba dan Nyonya, susunan perabot, penerapan perhiasan seramik serta replika rumah antik kaum campuran itu juga dibina bagi memeriahkan suasana!

Sumber: Facebook/Suria KLCC
Sumber: Facebook/Suria KLCC

Unik sekaligus dapat mempromosikan budaya Baba & Nyonya yang hampir dilupakan genarasi masa kini! Syabas!

Sumber: Facebook/Suria KLCC
Sumber: Facebook/Suria KLCC

#6 Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Sumber: Facebook/MidValley
Sumber: Facebook/MidValley

Bagi mereka yang sukakan floral, pasti girang apabila dapat melihat hiasan tanglung gergasi yang sungguh romatik ini.

Sumber: Facebook/MidValley
Sumber: Facebook/MidValley

Sengaja lari daripada kebiasaan, reka bentuk tanglung tradisional diganti dengan tanglung moden kontemporari berkonsepkan musim bunga yang indah lagi mendamaikan.

Sumber: Facebook/MidValley
Sumber: Facebook/MidValley

#7 Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Hampir sama dengan konsep dekorasi yang dibawakan Sunway Pyramid, tapi masih ada kelainannya… 

Ia umpama set lakonan drama dan filem-filem lama Cina yang menyaksikan keadaan atau situasi di pasar yang menjual seleksi barangan keperluan harian.

Everywhere is red #lanterns #chinesenewyear #berjayatimessquare

A photo posted by Justine LMJ (@justinelmj) on

Jadi, siapa yang teringin nak merasa jadi penjual sayur di pasar pagi Cina zaman dahulu kala tu bolehlah datang dan ambil gambar di sini!

#8 IOI City Mall, Putrajaya

Tidak kurang dengan dekorasi di IOI City Mall ni!

#s7edge #galaxy #galaxys7 #samsung #alamanda #putrajaya #cameraphone

A photo posted by Suria Kencana Amirrudin (@skencana) on

Menampilkan replika kapal harta karun Cina yang digelar sebagai “Chinese Baochuan” ini untuk timbulkan aura kemeriahan Tahun baru Cina yang eksentrik. 

Oh, lantai yang dihiasi cetakan ombak biru bergelora juga mempersona!

#s7edge #ioicitymall #ioicitymallputrajaya

A photo posted by Suria Kencana Amirrudin (@skencana) on

#9 Queensbay Mall, Pulau Pinang

Eh, rasanya kat Malaysia ni mana ada musim salji…

Tiba-tiba, ada salji pula di Queensbay Mall! 

Wah, hebat sangat ni… Nampak real pula tu! Jadi siapa yang teringin nak sambut Tahun Baru Cina dalam salji boleh datang ke sini okay?

Best deco in town as always 🏮 #queensbaymall #penang #happycny #2017

A photo posted by Shavon C. | 92'04 🇲🇾 (@iamshavonc) on

Boleh lihat dan rasai sendiri pengalaman menjejakan kaki ke set dekorasi yang berupa perkampungan Cina dalam cuaca sejuk bersalju.

雞拜年 🐔 #queensbaymall #penang #happycny #2017

A photo posted by Shavon C. | 92'04 🇲🇾 (@iamshavonc) on

 

Sah! Running Man Kembali Bersiar Dan Bakal Tebus Kekecewaan Peminat

$
0
0
Foto - dramabeans.com

Kejutan demi kejutan diterima peminat rancangan hiburan nombor satu Korea Selatan ‘Running Man’. Dari berita Kang Gary meninggalkan rancangan tersebut atas alasan mahu kembali fokus dalam bidang nyanyian sehinggalah Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dipecat tanpa diberitahu

Paling memeranjatkan apabila pihak SBS mengumumkan rancangan tersebut bakal berakhir pada Februari tahun ini. 

Namun begitu, menurut laporan dari Soompi pihak SBS sekali lagi mengeluarkan kenyataan baharu pada 24 Januari mengenai program Running Man kembali menemui penonton. Ini merupakan satu berita baik pada semua peminat Running Man yang kini masih lagi bersedih.

Sumber dari SBS mengatakan, “Pengarah Urusan Bahagian Hiburan SBS, Nam Seung Yong yang merupakan pengasas bagi program ini telah bertemu dengan kesemua ahli Running Man pada awal tahun ini. Beliau memohon maaf dengan apa yang telah terjadi semasa program ini diubah semula dan bermohon agar enam ahli program kembali menyertai semula.” 

Pengarah Nam Seung Yong berkata, “Terima kasih kepada ahli ‘Running Man’ kerana sanggup membuat keputusan yang sukar ini. Dan kepada para peminat, kami akan kembali semula dengan aksi dan episod yang lebih menarik untuk menebus semula kekecewaan anda terhadap kami.”

Walaubagaimanapun masih belum ada laporan lagi mengesahkan bila tarikh semula siaran rancangan ini dan enam ahli Running Man, Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo masih lagi sebagai ahli tetap program.

SUMBER 1 & 2 

Betul Ke Bekas Anggota Kumpulan F(X) Sulli Suka Cari Publisiti Murahan?

$
0
0
Foto - Pinterest

Sejak keluar dari kumpulan F(X), Sulli dikatakan semakin liar malah setiap tindak-tanduknya sering dikritik netizen. Ada yang merasakan bekas idol yang kini aktif sebagai pelakon suka mencari publisiti murahan malah ada yang berganggapan dia seorang ‘troublemaker’? Anda rasa bagaimana?

Baru-baru ini, teman wanita kepada Dynamic Duo Choiza dilihat berkongsi gambar peribadi yang agak seksual di laman sosial Instagram, Sulli berkongsi beberapa keping gambar dia berbaring di atas katil sambil memakai tshirt dan seluar dalam putih dengan kapsyen “Smile!”.

헤 웃어!

A photo posted by 설리가 진리 (@jelly_jilli) on

Untuk gambar ini sahaja, Sulli menerima lebih daripada 18K komen, seperti biasa ada netizen yang menyokong tindakannya dan ada juga yang mengkritik seperti merasakan bekas idol yang baru berusia 22 tahun ini sudah semakin ‘liar’.

Dalam satu siri gambar lagi, Sulli bergambar seksi dengan seekor kucing, memakai tshirt crop top Superman pendek bersama seluar pendek hitam.

Melihatkan koleksi gambar yang dikongsinya, Sulli dikatakan seperti mahu mempromosikan watak “lolita”. Untuk pengetahuan anda, “lolita” adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang gadis muda belum cukup matang yang seksual. Bukan itu sahaja, sesetengah memanggilnya “murah” dan “suka mencari perhatian” serta pelbagai lagi maksud negatif.

Paling terkini, gambar terhangat yang dibicara netizen menunjukkan dia memakai denim dan topi merah jambu dikritik kerana menampakkan sedikit bahagian “puting payu dara”. Okay, yang ini mungkin agak jauh menyimpang tetapi secara jujur, penulis langsung tidak nampak apa dimaksudkan netizen.

Foto - Allkpop
Foto – Allkpop

Ini antara komen netizen:

“There’s no way it can be located there”, “See what??”, “What are you talking about? The aloe vera in the back?”, “It’s too far back and too up at the top.”

“Seriously, it’s possible in that posture she’s in”, “If you pull your arms back like that then it’ll be in that position”, “Daebak, I totally see it.”

Ramai peminat berkata Sulli berubah selepas meninggalkan f(x) malah perangai sebenarnya mula terserlah. Anda pula merasakan bagaimana? Adakah dia berubah ke arah yang lebih teruk atau netizen seperti biasa menjadi keyboard warrior yang sering mengkritik tanpa mengetahui hal sebenar.

Hurmmm penulis pun tak tahulah. 

Sumber : 1 & 2

Pokemon Go Akhirnya Dilancarkan Di Korea Selatan

$
0
0
Foto - TechCrumch.com

Atas sebab isu keselamatan negara, Korea Selatan menghadkan penggunaan Google Maps dan terpaksa menangguhkan permainan siber Pokemon Go. 

Lewat enam bulan dari negara-negara lain, akhirnya peminat Pokemon di Korea Selatan boleh bermain permainan tersebut selepas ia selamat dilancarkan. 

Pembuat bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mengatasi masalah tersebut namun beberapa laporan mengatakan mereka menggunakan data umum yang ada untuk mengisi jurang.

Permainan itu dibangunkan oleh Nintendo dan Niatic Labs yang memerlukan pengguna berjalan dalam dunia nyata menangkap makhluk dan melatih mereka untuk perlawanan antara satu sama lain.

Permainan itu menjadi popular sebaik dilancarkan pada Julai dan telah dimuat turun lebih kurang 500 juta kali.

Bagaimanapun permainan itu mengalami penurunan muat turun beberapa bulan kemudian, menurut firma pengukur aplikasi, App Annie.

Muat turun yang dicatatkan di Amerika Syarikat turut mencatatakan penurunan dari 80 juta pada Julai 2016 ke 1.5 juta pada November.

Korea Selatan adalah salah satu negara yang mempunyai pasaran permainan siber terbesar selain China, Jepun dan Amerika Syarikat.

Menurut analisis dari firma IHS, rakyat Korea Selatan akan memperuntukkan lebih per kapita terhadap permainan telefon berbanding negara lain termasuk Jepun.

SUMBER

#RunningMan – Penerbit Nafi Kang Ho Dong Pengganti Gary

$
0
0
Foto - KPop Music

Terkini, Penerbit Running Man menafikan spekulasi mengatakan pihak produksi sedang merisik pengacara Kang Ho Dong untuk menggantikan tempat Gary. Wakil saluran SBS telah membuat kenyataan berhubung isu tersebut.

“Dakwaan mengenai pengambilan Kang Ho Dong sebagai anggota Running Man adalah tidak benar,” katanya.

Perkara itu juga turut dinafikan oleh pengarah saluran SBS dan juga pencipta Running Man, Nam Seung Yong.

“Berita itu tidak benar! Buat masa ini Running Man akan diteruskan dengan enam anggota asal dan tanpa tambahan ahli baru,” ujarnya.

Terdahulu, pihak SBS mengeluarkan kenyataan baharu pada 24 Januari mengenai program Running Man akan kembali menemui penonton seperti biasa.

Menurut beberapa sumber terdekat, keputusan untuk mengambil Kang Ho Dong  sebagai ahli tetap masih lagi berada dalam perbincangan.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Kang Ho Dong masih lagi mempertimbangkan tawaran berkenaan. Sumber juga mendedahkan Kang Ho Dong tidak mahu keadaan menjadi kekok sekiranya dia menerima tawaran tersebut kerana sebelum ini dia telah ditawarkan untuk menjadi ahli Running Man ketika program itu dilanda kontroversi.

SUMBER

Viewing all 1583 articles
Browse latest View live