Kecoh sekejap dengan tanda tanya status agama selebriti Hollywood Lindsay Lohan apabila dia menulis ‘Alaikum salam’ di laman Instagramnya. Sekali lagi pada 6 Februari lepas, dia memuat naik satu hadis Bukhari beserta gambar.
Lindsay Lohan menulis: “What actions are most excellent? To gladden the heart of human beings, to feed the hungry, to help the afflicted, to lighten the sorrow of the sorrowful, and to remove the sufferings of the injured.” (Bukhari)
A photo posted by Lindsay Lohan (@lindsaylohan) on
Hadis itu bermaksud: “Perbuatan apa yang paling baik? Dengan menggembirakan hati manusia, memberi makan orang yang lapar, membantu mereka yang terbeban, meringankan kesedihan yang sedih, dan menghilangkan penderitaan yang terluka”(Bukhari)
Gambar itu mendapat lebih dari 100,000 likes bersama hampir 8,000 komen. Rata-rata pengomen berdoa agar Lindsay dibukakan hati untuk mempelajari dan menerima Islam lebih mendalam.
Sebelum ini Lindsay Lohan telah memadam kesemua gambarnya di laman media sosial itu dan memuat naik gambar-gambar terbaru yang dilihat lebih sopan dan banyak diambil di timur tengah.
Pencapaian bakat dan lakonan menerusi filem La La Land telah memenangi dua anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes dan SAG Awards 2017.
Siapa sangka Emma Stone rupanya seringkali mengalami masalah kemurungan sehingga dia menjadi takut dengan persekitarannya ketika pada usia 8 tahun.
“Keluarganya telah membawa pelakon itu mendapatkan rawatan terapi agar dia mampu mengatasi masalah rasa takut dalam dirinya.
“Dalam pada itu dia dihantar ke kelas teater dan mula terdedah dengan dunia lakonan seawal usia 11 tahun.
“Bakat Emma mula mendapat perhatian sehingga dia berjaya bergelar pelakon dan mengatasi masalah mental yang mengganggu hidupnya.
“Emma juga pernah mengatakan bahawa masalah yang di hadapinya itu bukan merupakan halangan untuk dia bangkit mencapai kejayaan,” kata sumber.
Bakatnya semakin hari semakin menyerlah dan mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem Hollywood.
Jika anda pengikut Big Bang Top di Instagram, pasti anda ketahui bertapa obses Top terhadap seni. Malah, netizen sendiri beraggapan rumah mewah pemuda 29 tahun ini kelihatan seperti muzium.
Untuk pengetahuan anda, rumah Top terletak di kawasan vila mewah di Yongsan, Rumah ini dikatakan bernilai kira-kira 3 bilion KRW (kira-kira 2.6 juta USD) di pasaran, dengan keluasan 90 pyeong (1 pyeong adalah kira-kira 3.3 meter persegi).
Dilaporkan, Top telah membeli dua buah rumah dan menggabungkan untuk ruang yang lebih besar. Beliau juga mempunyai hobi yang cukup sofistikated yakni mengumpul potret seni dari para artis serata dunia. Bahkan keseluruhan rumahnya boleh dikatakan seperti muzium.
Sebenarnya, ia tidak hairan kerana menurut rapper bersuara seksi ini, “95% daripada gajinya dihabiskan untuk pembelian karya seni”.
Anda tak percaya? Lihat beberapa koleksi gambar yang dikongsikan sendiri oleh Top.
Selepas enam tahun melayari hidup berumah tangga, pasangan artis Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raisuddin akan bersanding buat kali pertama pada 26 Februari ini.
Majlis persandingan dan resepsi tersebut sekali gus dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke enam selepas disatukan pada 26 Februari 2011.
A photo posted by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Menurut Shuib, keputusan untuk bersanding tersebut dibuat sebagai menghargai Siti Sarah yang selama ini setia bersamanya dalam keadaan susah dan senang.
“Waktu kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak cukup wang untuk majlis kenduri dan bersanding. Yang saya mampu buat hanyalah majlis akad nikah.”
“Justeru apabila sudah punya wang sedikit, saya mahu tunaikan janji saya kepada Sarah untuk mengadakan majlis persandingan. Walaupun mungkin agak lewat dan sudah punya tiga anak, tapi ia lebih indah dan sangat bermakna.
“Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah.
“Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai,” kata Shuib dalam sidang akhbar di Bora Ombak Marina.
A photo posted by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Sementara itu, Siti Sarah melahirkan perasaan yang cukup gembira dengan hadiah ulang tahun perkahwinan tersebut dan menyifatkan dia adalah wanita paling bertuah di dunia.
“Bayangkan saya sudah menjadi isteri kepada Shuib selama enam tahun, dikurniakan anak tiga orang dan mendapat suami yang sangat baik daripada pelbagai sudut, jadi tidak ada ayat yang boleh dilafazkan untuk menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran ini,” kata Sarah.
Foto hari pernikahan Shuib dan Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Sumber: budiey.comFoto hari pernikahan Shuib dan Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Sumber: budiey.comFoto hari pernikahan Shuib dan Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Sumber: budiey.com
Majlis persandingan Shuib dan Siti Sarah akan diadakan di Bora Ombak Marina dengan jemputan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan artis seramai 600 orang.
Musim hujan Lady Gaga kini berakhir dengan semarak bunga api cinta yang baharu!
Dikhabarkan penyanyi ‘Bad Romance’ itu sedang hangat bercinta dengan jejaka Christian Carino merupakan ejennya sendiri.
Secara eksklusif, Lady Gaga dan Christian dilihat mencium mesra dipipi dan merakam gambar bersama sebelum konsert Super Bowl LI pada Ahad lalu di Stadium NRG Houston.
Mesra. Foto – People
Mereka juga dikatakan menghadiri pertunjukan fesyen Tommy Hilfiger di Venice, California bersama-sama pada Rabu.
Gaga yang sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Taylor Kinney pada Februari 2015 tapi berpisah pada Julai 2016 atas alasan masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya.
Christian Carino bekerja sebagai ejen dan ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang hiburan. Dia pernah bekerjasama dengan penyanyi Hollywood ternama seperti Justin Bieber, Christina Aguilera, Jennifer Lopez dan Miley Cyrus.
Rancangan sensasi dalam pencarian model bertaraf dunia kini kembali dengan musim baharu!
Asia’s Next Top Model Musim Ke-5 telah pun memilih 14 gadis berbakat dari negara seluruh Asia antaranya Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Taiwan. Peserta bakal mengharungi cabaran dunia sebenar modelling sebelum salah seorang dari mereka dinobatkan sebagai Asia’s Next Top Model.
Musim Ke-5 bakal menceritakan pelbagai kisah menarik dan dorongan motivasi dari setiap peserta. Lebih menarik lagi, buat pertama kali peserta pasangan kembar berasal dari Indonesia, Valeria dan Veronika menyaingi diri masing-masing.
Tidak ketinggalan dua peserta jelita Shikin Gomez dan Alicia Amin dari Malaysia yang juga tidak akan berputus dalam menonjolkan kehebatan dan sisi peribadi untuk mencipta nama sebagai seorang model.
Shikin Gomez dan Alicia Amin dari Malaysia berentap dalam Asia’s Next Top Model Musim Ke-5. Foto – arkib Wanista.com
Shikin Gomez meletakkan dirinya sebagai seorang yang wanita alaf baru yang berjuang untuk mencapai impian sebagai seorang model walaupun berasal dari keluarga tradisional. Dia percaya dengan menyertai AsNTM bakal mengubah dirinya sebenar dan meluaskan pandangan dalam dunia fesyen.
Manakala Alicia Amin pula yang dahulu ingin menjadi seorang peguam atau doktor kini berubah angin mencabar dirinya menuntut dalam AsNTM. Pernah bekerja sambilan sebagai pelayan bar dan modelling di Malaysia dan Melbourne, banyak memberi pengalaman dan membentuk sifat keyakinan pada Alicia.
Foto – RTVGame
Dapatkah dua gadis negara ini menandingi lagi 12 gadis berbakat yang lain?
Saksikan Asia’s Next Top Model Musim Ke-5 di StarWorld,Astro CH 711 dan 722 HD bermula 5 April 2017.
Nampaknya, Madonna juga mengikut jejak langkah Angelina Jolie kerana berkelapangan mengambil ramai anak angkat dari luar negara, terutamanya negara yang susah.
Semalam, NBC News melaporkan bahawa ratu pop itu telah pun mengambil dua orang lagi anak angkat perempuan dari kepulauan Malawi dan pastinya sangat teruja dengan kehadiran orang baru itu dalam kehidupannya.
Kegembiraan itu turut dikongsi bersama para peminat dan pengikut akaun Instagramnya.
Meskipun akhir bulan lalu, Madonna yang kini genap 58 tahun telah menafikan bahawa dia akan mengambil anak angkat buat kali yang kedua, beliau bagaimanapun telah mendapat izin daripada Mahkamah Tinggi Malawi awal minggu ini bagi meneruskan pengambilan dua orang kanak-kanak yang masing-masing berusia 4 tahun itu.
Madonna bersama dua anak angkatnya yang terdahulu, David Banda (kiri) dan Mercy James. Foto -Angela Weiss/Getty Images
Sebelum ini, Madonna pernah mengambil dua orang anak angkat dari Malawi masing-masing pada tahun 2006 dan 2009 iaitu David Banda dan Mercy James sementara mempunyai dua lagi orang anak, Lourdes dan Rocco yang merupakan hasil perkahwinannya bersama bekas suami Guy Ritchie.
Anak kandung Madonna, Lourdes (kiri) dan Rocco. Foto -MATTEO PRANDONI/BFA.COMFoto -Kevin Mazur/Getty Images for Bulgari
Madona menubuhkan sebuah pertubuhan bukan keuntungan Raising Malawi pada 2006, bertujuan untuk menyediakan servis kesihatan dan program pembelajaran terutamanya untuk kanak-kanak perempuan.
Seperti biasa, jika ada sahaja yang tidak kena atau rasa kurang puas hati pasti pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkannya di laman akaun twitter miliknya.
Ternyata keluaran buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati pelakon tersebut.
Tapi kenapa?
Beliau dalam satu status di laman sosial mempersoalkan sejauh mana pencapaian Fattah hingga boleh menganggap dirinya mempunyai bakat untuk menulis buku.
Apa pencapian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yg ko ada bakat..
Sebelum ini, Fattah, 27, memberitahu antara kata-kata istimewa yang dikongsi dalam bukunya itu berkaitan lakonannya pernah dikritik sebagai kayu oleh seseorang.
Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM58 senaskah di semenanjung dan RM65 di Sabah dan Sarawak.
Sharnaaz seterusnya mempersoalkan berapa tinggi nilai sastera dalam diri Fattah serta berapa banyak anugerah pernah diterimanya seperti A.Samad Said dan Zahiril Adzim.
Ko A samad said ka? Zahiril adzim ka? Beto ka? Brp tinggi sastra ko? Brp banyak award ko dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai
Walaupun tweet Sharnaaz tidak menyebut mana-mana buku atau selebriti, namun kebanyakan pengikut twitter tersebut tahu disebalik maksud ‘perli’ tweet tersebut dimaksudkan.
Seperti biasa, gaya selebriti ke anugerah-anugerah bergermalapan seperti Grammy Awards 2017 ini adalah yang sering menjadi perhatian para pengamal media dan lensa kamera seterusnya menjadi bahan kritikan netizen di seluruh dunia.
Kali ini, boleh dikatakan rata-rata fesyen yang dibawakan para selebriti A-List tidak begitu menyerlah dan agak hambar. Hanya beberapa orang sahaja berjaya membuatkan mata yang melihat ‘terbeliak’ manakala lainnya hanyalah serkap jarang umpama melepaskan batuk di tangga atau bahasa pasarnya “asal boleh”.
Untuk tatapan semua, ini gabungan 10 busana paling cantik dan terhodoh dari karpet merah Grammy Awards yang ke-59 pilihan Wanista!
5 Busana Paling Cantik
#1 Rihanna
Tiada sesiapa pun boleh menandingi gaya fesyen yang dibawakan Riri! Berkelas sekaligus padat memenuhi cita rasa ranggi wanita berusia 28 tahun ini, dirinya berani menyarungkan dress 2 piece mengandingkan bralette berwarna oren bersama skirt kembang beralun rona hitam berlisu diperbuat dari fabrik berbulu seperti baldu.
Sumber: Getty
#2 Beyoncé
Cantiknya mak buyung yang seorang ini, tidak pernah gagal untuk tampil glamor biarpun bentuk badan sudah berubah dek kerana sedang sarat mengandungkan… anak kembar! Tak salah gayakan fabrik berkilau untuk serlahkan lagi apa yang telah sedia menyerlah :)
#3 Jennifer Lopez
Hello sexy mama! Bukan main nampaknya si JLO melaram malam semalam. Fabrik jenis tulle berlatarkan warna pastel ungu lilac tersangatlah padan dengan gaya versatile yang dibawakan ratu hati pujaan ramai ini. Tidak memakai sebarang aksesori barang kemas sarat pada leher, rambutnya dibiarkan lepas sambil stiletto menghias bahagian kaki yang polos -menyerlahkan penampilan belah kain feminin pada dress.
#4 Céline Dion
Elegen berkelas, Céline Dion tampil menggenakan dress yang mendedahkan sebahagian aset tubuhnya tanpa perlu work too hard! Cantik sambil ditemani tumit tinggi serta anting-anting yang dihiasi permata senada rona Emerald.
Sumber: Getty
#5 Guiliana Rancic
Jarang lihat selebriti menggayakan dress pendek atas lutut kala menghadiri majlis berprestij namun pengacara televisyen yang seorang ni nampak manis menggayakan dress pendek renda. Perincian pada leher, kelim hujung skirt serta pergelangan tangan sangat menarik hati! Tali pinggang tebal senada pula secara tidak langsung menyerlahkan lagi tubuh badannya yang langsing.
Sumber: Getty
5 Busana Paling Hodoh
#1 Katty Perry
Sekali pandang mungkin nampak okay, dua kali pandang… NO NO. Lebih baik andainya fabrik berbulu itu dijahit bermula pada bahagian pinggang ke bawah kerana yang ini kelihatan seperti kain kurung yang terlondeh.
Sumber: Getty
#2 Halsey
Baju tidur ke ni? Mungkin Halsey patut berada di bilik sahaja malam itu.
Sumber: Getty
#3 Andra Day
Nampak murah dan tak faham apa yang pereka cuba sampaikan melalui rekaan dress sebegini. Hmm Terutamanya kasut yang disarungkan… tak sesuai langsung!
Sumber: Getty
#4 Santigold
Nak pergi sekolah tadika ke tu… nampak sangat keanak-anakan. Sorry not to sorry. Ini bukan parti kostum.
Sumber: Getty
#5 Skylar Grey
Sesuai buat mereka yang gemar gaya minimalis. Tetapi fabriknya nampak tidak bergaya langsung untuk malam anugerah. Lebih cantik jika rekaan dress ini menggunakan fabrik yang berkilau mahupun bertekstur seperti renda atau bermanik.
Sumber: Getty
Walau apa pun, tahniah buat Adele yang telah ‘sapu habis’ anugerah utama pada malam Grammys yang ke-59!
Adele membawa pulang 3 daripada 4 anugerah utama Grammys termasuklah Record of the Year, Song of the Year dan Album of the Year.
Bila Kareena Kapoor berbicara tentang kekacakan buah hatinya yang baru lahir itu, anda sepatutnya berasa teruja kerana sememangnya Taimur Ali Khan Pataudi adalah bayi lelaki yang paling kacak alaf ini!
Malam Ahad lalu, Taimur kembali menjadi trending di media sosial selepas namanya diperdebatkan oleh netizen di seluruh beberapa minggu sudah kerana wajahnya yang ternyata… KACAK mewarisi kecantikan si ibu dan ketampanan si bapa.
Foto Taimur menjadi viral di mana wajahnya sama sekali berbeza dari saat dia mula-mula dibawa pulang dari hospital pada 20 Disember lepas. Sungguh! Air mukanya seolah-olah menyampaikan sesuatu, bibirnya pula mungil bagai memanggil-manggil orang untuk melihatnya. Terlalu comel untuk bayi yang belum pun menjangkau usia 2 bulan.
A post shared by Kareena Kapoor Khan (@kareenabebo) on
Sebelum itu, selebriti Bollywood kesayangan ramai Priyanka Chopra turut ada mengkritik tentang fizikal Taimur berkata “Ia adalah detik yang paling indah (buat Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan) dan bayi itu adalah seorang bayi yang sangat comel bahkan memiliki bibir seksi persis ibunya. Saya turut berasa teruja dengan kelahiran baru ini, turut gembira untuk Saif dan Bebo (Kareena Kapoor). Anak itu bakal menjadi pujaan ramai nanti.”
Kareena kemudian bersetuju dengan komen Priyanka dan mengaku bahawa “Anak saya adalah bayi yang paling hebat di dunia ini. Saya terima itu sebagai satu pujian ikhlas kerana ya, bibirnya sangat menawan.”
Lagi sekali nama pelakon Fara Mendoza menjadi bualan netizen gara-gara mengenakan pakaian renang atau bikini semasa bercuti di Koh Lipe, Thailand, baru-baru ini.
Fara akur dan tidak kisah dengan kritikan tersebut kerana segala aktiviti dilakukan mahupun foto yang dikongsi di laman sosial adalah dirinya yang sebenar.
“Saya hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu bersikap hipokrit dengan sesiapa pun. Saya pula bercuti ke pulau bersama beberapa rakan perempuan saya, bukannya lelaki.
“Semestinya saya akan memakai pakaian renang, sesuai dengan suasana dan sekitar tempat kami bercuti,” katanya kepada BH Online.
Beberapa hari lalu, Fara, 27, memuat naik beberapa gambar percutiannya di Koh Lipe bersama rakan-rakan baik di Instagram.
A post shared by Fara Mendoza (FM) (@faramendoza__) on
Akibatnya, beliau menerima kecaman di beberapa blog hiburan gara-gara pemakaiannya yang seksi.
Fara turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan penampilannya yang sebegitu, namun beliau tidak mahu mengubah imej diri hanya kerana kritikan diterima daripada netizen.
Pada masa sama, Fara menegaskan beliau memuat naik gambar berkenaan bukan untuk meraih publisiti.
“Inilah kehidupan peribadi saya. Maafkan saya jika ada pihak yang kurang senang dengan imej saya begitu.
“Cuma apa yang ingin ditegaskan, saya bukannya mahu menunjuk-nunjuk kepada umum untuk mendapat publisiti murahan,” tegasnya.
Dilaporkan, pelawak, Jep Sepahtu bersedia menerima Sari Yanti sebagai teman hidup andai wanita itulah yang ditakdirkan sebagai jodohnya.
Begitupun, Jep dan pelakon cantik ini lebih selesa meletakkan hubungan mesra antara mereka sebagai teman baik.
“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.
“Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.
“Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,” katanya.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin turut berkata, beliau tidak mempunyai masalah andai jodoh dirinya sampai cepat atau lambat.
“Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata.
“Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada,” katanya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?
Begitulah yang terjadi apa pelakon Raja Ilya apabila hasrat dia untuk berlakon di Hollywood bakal tercapai. Dia dikatakan akan membintangi satu filem aksi terbitan Marvel Studios, hujung tahun ini.
Raja Ilya, 31, ketika dihubungi turut mengesahkan dia bakal menjalani latihan selama lapan bulan di Indonesia bersama pelakon dan pelatih seni mempertahankan diri Yayan Ruhian sebelum memulakan penggambaran filem itu.
Bagaimanapun, Raja Ilya belum bersedia untuk mendedahkan secara terperinci mengenai filem itu kerana judul filem itu juga belum diputuskan.
“Rakan baik saya di Indonesia yang memperkenalkan saya kepada syarikat produksi terbabit dan peluang yang diberikan itu membuatkan saya berasa amat teruja.
“Mulai bulan depan saya akan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk ke peringkat pemilihan filem itu yang akan diadakan nanti. Saya juga akan berlatih seni mempertahankan diri kerana ia adalah filem aksi,” katanya.
Raja Ilya berkata, sekiranya terpilih berlakon dalam filem itu, dia yakin dapat memberikan lakonan terbaik,” katanya.
Pelawak Shah Tapaw atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rizal Sulaiman dikritik netizen setelah mendedahkan nama anaknya di laman Instagram.
Menerusi sebuah entri di laman Instagram Shah, dia meletakkan gambar bayinya bersama sijil kelahiran yang tertera nama ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’.
Setakat ini, entri tersebut mendapat lebih 6,000 likes bersama lebih 600 komen. Rata-rata peminat yang meninggalkan komen mengkritik tindakan Shah yang menamakan anaknya Naruto.
A post shared by ShahSulaiman90 (@shahsulaiman90) on
Nama Naruto? Nanti silap hari bulan akan dikutuk malah diejek oleh kawan-kawan bila sudah meningkat besar nanti. Hurmmm
Jangan cepat melatah, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.
Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini, sijil kelahiran tersebut telah pun disunting sebelum dimuatnaik ke laman Instagram miliknya.
“Sebenarnya, perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.
“Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram,” kata Shah.
A post shared by Kylie Cosmetics (@kyliecosmetics) on
Setengah pengguna menyamakan bau tersebut seperti penyembur cat sehingga ada yang terpaksa membuangnya walaupun baru membeli bungkusan palet itu. Salah seorang pengadu pula memberitahu yang dia mengalami sakit kepala yang kronik selepas terhidu produk tersebut.
Idk how I feel about Kylie Jenner's Royal Peach Palette…. It smells like straight chemicals and spray paint
Untuk meredakan keadaan, pihak Kylie Cosmetics kemudian memeriksa bungkusan palet tersebut dan memberitahu bau kuat tersebut berpunca daripada kotak produk. Mereka juga memaklumkan bahan kosmetik yang dijual oleh Kylie Cosmetics semuanya selamat dan tidak berbahaya kepada kulit.
Yang pasti, Kylie Cosmetics antara produk kosmetik paling berjaya di Hollywood dan mendapat sambutan hangat hanya seminggu selepas pelancarannya.
Bagaimanapun Kylie pernah beberapa kali berpesan dengan peminatnya untuk membeli produknya yang asli. Beberapa laporan turut mendakwa produk kosmetik Kylie Jenner yang palsu telah banyak berada di pasaran. Oleh itu Kylie mengingatkan peminat setianya untuk membeli dengan rangkaian pengedar Kylie Cosmetics yang sah!
Tahukah anda, muzik sebenarnya mampu menghasilkan sejenis kimia baik dalam tubuh manusia yang digelar DOPAMINE.
Dopamine bertindak untuk merangsang perasaan serta emosi individu agar berasa gembira dan teruja. Best kan?
Ya, mungkin sebab itulah jika anda sedang berada dalam keadaan tidak tenang atau sedang bersedih, anda terasa mahu mendengar muzik dengan harapan supaya ia bisa memberi ketenangan kepada jiwa.
Sumber: Pinterest
Begitu juga kesan daripada pengambilan dadah, tubuh akan menjadi ketagih seterusnya otak menyuruh anda untuk ambil lebih banyak dadah agar hormon Dopamine bisa terhasil yang kemudiannya memberi kepuasan serta keseronokan buat jiwa.
Apa-apa pun, tahun 2006-2007 tu rasa macam baru lagi berlalu. Masa tu umur penulis baru 16 tahun dan sekarang dah 2017?! OMG, 10 tahun yang lepas rupanya.
Jadi apa kata penulis bawa anda imbau kembali memori lama? Ini himpunan lagu-lagu yang mencecah usia 1 dekad tahun ini :)
HAPPY 10TH BIRTHDAY TO…
#1 Bleeding Love | Leona Lewis
#2 Irreplaceable | Beyonce
#3 Apologize | Timbaland feat. OneRepublic
#4 Umbrella & Don’t Stop The Music | Rihanna
#5 Makes Me Wonder | Maroon 5
#6Ketulusan Hati | Anuar Zain
#7 Ku Mahu | Siti Nurhaliza
#8 Kekasih Yang Tak Dianggap | Kertas Band
#9 2×5 | Ahli Fiqir
#10 Ada Cinta | Acha Septriasa & Irwansyah
#11 The Sweet Escape | Gwen Stefani
#12 Stronger | Kanye West
#13 Smack That | Akon feat. Eminem
#14 Back To Black | Amy Winehouse
#15 Girlfriend & Keep Holding On| Avril Lavigne
#16 Percayalah Sayang | Vince
#17 Joget Lambak | Adam
#18 Kau Atau Aku | Elyana
#19 Separuh Masa | The Lima
#20 Kayangan | Ajai feat. Tunku Mimi
#21 Beautiful Liar | Beyonce feat. Shakira
#22 What Goes Around…Comes Around & Sexyback| Justin Timberlake
#23 welcome To The Black Parade | My Chemical Romance
#24 Because Of You | Neyo
#25 Kiss Kiss | Chris Brown feat. T-Pain
#26 Seribu Tahun | Imran Ajmain
#27Biarlah | Nidji
#28 Diari Seorang Lelaki | Pretty Ugly
#29 Itu Kamu | Estranged
#30 Mahakarya Cinta | Faizal Tahir
#31 Baby Love | Nicole Scherzinger
#32 Beautiful Girls | Sean Kingston
#33Bubbly | Colbie Caillat
#34 Give It To Me | Timbaland feat. Nelly Furtado, Justin Timberlake
#35 Glamorous | Fergie
Yang buat penulis paling teringat dan rindu zaman-zaman sekolah dulu adalah lagu nombor #31, Baby Love nyanyian bekas ahli kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger dan #32, Beautiful Girls nyanyian Sean Kingston! Anda?
Awal minggu ini, heboh dengan khaar bahawa pelawak Mohd Shah Rizal Sulaiman atau lebih dikenali dengan panggilan Shah Tapaw nekad menamakan anaknya yang baru lahir dengan nama Muhammad Putra Naruto sehingga mendapat reaksi yang kurang senang daripada segelintir individu apabila sebuah gambar yang dimuat naik ke laman sosial empat hari lepas yang menyaksikan kolaj foto anaknya bersama sijil kelahiran yang tertera dengan nama ‘unik’ dari watak animasi Jepun tersebut.
“Saya minta maaf sebab hanya bergurau di Instagram. Tak sangka ia jadi viral,” kata Shah apabila dikritik netizen setelah mendedahkan nama anaknya yang berusia empat hari di laman media sosial.
“Sebenarnya keluarga saya selalu sangat tanya nak letak nama apa kat anak. Saya beritahulah nak letak nama Naruto. Mula-mula memang saya betul-betul nak bagi nama Naruto, tapi lepas tu tak jadi sebab keluarga pun tak setuju. Mereka kata nama tu bawa maksud yang tak elok,” katanya kepada Sinar Harian.
Walau bagaimanapun, selepas pulang daripada mendaftar nama di jabatan pendaftaran, dia mendapat idea untuk memuat naik gambar anaknya dengan sijil kelahiran yang telah diedit di bahagian nama bertujuan untuk bergurau.
A post shared by ShahSulaiman90 (@shahsulaiman90) on
“Saya saja buat macam tu untuk usik ahli keluarga, biar mereka ingat saya betul-betul namakan anak saya Muhammad Putra Naruto. Sebenarnya saya namakan anak Muhammad Putra Iyyad. Kalau baca betul-betul kapsyen bawah gambar tu pun boleh tau yang saya sebenarnya bergurau. Takkanlah anak saya boleh jadi Hokage,” katanya.
Tambahnya, dia tidak menyangka gurauannya itu menyebabkan gambar berkenaan tular dan menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen.
“Saya minta maaf, saya betul-betul niat nak bergurau. Bukan nak timbulkan apa-apa isu. Terima kasih kepada semua yang telah memberi teguran secara berhemah. Saya amat menghargainya,” katanya.
Ditanya adakah Naruto akan menjadi nama timangan buat anak keduanya itu, Mohd Shah Rizal berkata, itu terpulang kepada orang lain namun dia tetap memanggil anaknya sebagai Iyyad.
Dua bintang hebat Bollywood yang kini masih menjadi perhatian peminat dan sentiasa mencatat kutipan filem pecah panggung ini telah membuka tanda keakraban mereka walaupun mereka jarang bercerita mengenai keakraban antara kedua-duanya.
Swafoto Shah Rukh Khan dan Aamir Khan yang dimuat naik oleh bintang Kuch Kuch Hota Hai itu pada 10 Februari itu sudah mendapat 71,460 ‘like’ dan lebih 17,000 lagi menyebarkan semula foto berkenaan.
“Kami mengenali antara satu sama lain selama 25 tahun dan inilah kali pertama kami berswafoto. Ia adalah satu malam yang indah,” tulis Shah Rukh menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik.
Gambar terbabit dikatakan dirakam bintang tersohor itu ketika mereka menghadiri majlis hari lahir usahawan, Ajay Bijli.
Sepanjang berkecimpung dalam industri seni, mereka jarang dilihat disatukan dalam sebuah karya, apatah lagi untuk memuat naik gambar bersama.
Di dalam gambar itu, biarpun masing-masing sudah menjengah angka 51 tahun, Shah Rukh dan Aamir kelihatan tidak dimamah usia dan masih tampan seperti era ketika mereka mula-mula mencipta nama dulu.
Hanya kerana menggayakan diri sebagai seorang gadis Jepun untuk muka hadapan Vogue edisi Amerika Syarikat keluaran Mac 2017, supermodel Karlie Kloss memohon maaf selepas dikecam netizen.
Foto yang menunjukkan Kloss bergaya dalam persalinan gadis geisha menerima kecaman susulan dia menggayakan pakaian yang bukan dari susur galur keturunannya.
Karlie Kloss sebagai geisha untuk Vogue Amerika Syarikat. Foto – Google Image
“Gambar-gambar yang saya ambil merupakan satu ‘pencemaran budaya’ yang mana saya langsung tak sensitif dengan menggayakan pakaian yang tiada kena-mengena dengan keturunan saya.
“Tujuan saya adalah untuk sentiasa memberikan inspirasi kepada setiap wanita, selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” luahnya dalam laman mikro Twitter.
Foto – Pedestrian TV
Penggambaran itu dilakukan demi meraikan diversiti budaya dan kaum di kalangan wanita seluruh dunia. Selain menggayakan pakaian geisha, Karlie juga dilihat bergambar dengan seorang ahli sumo dalam seleksi aksinya itu.