A post shared by Afiq Hakim Ahmad / Akim Ahmad (@akimahmad) on
Nama itu turut ditulis dalam tulisan jawi. Rata-rata peminat Akim memuji beliau dan Stacy kerana memberikan nama yang mudah dipanggil dan pendek.
Pada asalnya, penyanyi lagu Not For Sale itu dijangka melahirkan anak pertama mereka pada 28 Februari ini. Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.
Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun.
Kalau anda penggemar muzik Kpop apatah lagi peminat kumpulan EXO, pasti ada tahu berita hangat di internet sekarang ini.
Terkini, peminat EXO meluahkan perasaan marah menerusi laman sosial dengan mendakwa sebuah filem Tollywood menciplak dua lagu kumpulan kesayangan mereka untuk melatari produksi terbabit.
Foto – Koreaboo
Mereka mendakwa, filem Telugu berjudul Kannaya mencuri dan menukar lirik dendangan asal kumpulan K-pop itu kepada bahasa mereka, tanpa mendapatkan keizinan terlebih dulu.
Filem berkenaan dikatakan diterbitkan di Hyderabad dan perkara terbabit disedari seorang pendengar setia lagu EXO berasal dari India.
Dakwanya, dua karya ialah milik EXO dan satu lagi single LC9 menjadi mangsa ciplak produk filem itu. Peminat terbabit mengatakan, lagu diberikan tajuk Dhamkimar ialah karya plagiat daripada single yang menjadikan EXO popular, Growl. Lagu itu diterbitkan pada 2013. Sebuah lagi lagu ialah single berentak balada yang dimuatkan dalam album sulung mereka, Baby Don’t Cry.
Bagi karya milik LC9 pula, lagu Mama Iragadheei daripada filem berkenaan diubah daripada single Mama Beat. Namun, di sebalik suara ramai yang menuntut pihak berkaitan meminta maaf, dikhabarkan belum ada wakil daripada syarikat produksi terbabit memberikan sebarang maklum balas.
Angelina Jolie tak cukup dengan filem-filem aksi beliau, bab makan juga beliau sememang cukup ganas juga dengan memilih pelbagai serangga untuk dijadikan makanan ringan bersama keluarga.
Memakan serangga mungkin tidak asing lagi bagi Angelina. Beliau dan anak-anak mencuba makanan tempatan Kemboja bersama pengacara BBC, Yalda Hakim iaitu berupa kala jengking, lipas dan banyak lagi.
Lihat sahaja bagaimana Angelina mengupas kulit serangga dan menerangkannya kepada Yalda, memang profesional. Anak-anak beliau juga turut menikmati serangga tanpa rasa geli atau takut.
Song Hye Kyo, antara salah seorang aktres tercantik di Korea Selatan yang kerap menghadiri acara minggu fesyen diserata dunia. Bukan itu sahaja, beliau juga sering tampil didalam majalah-majalah fesyen seperti Vogue, Bazaar dan Cosmopolitan. Wajah jelita dan gaya penampilan beliau sendiri menjadi daya penarik utama untuk dijemput sebagai ikon fesyen dunia.
Pada 21 Februari lalu, Hye Kyo menghadiri jemputan pertunjukan fesyen Burberry sempena Minggu Fesyen London 2017. Beliau tidak lokek berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang berada di London di laman Instagramnya.
Apa yang paling menarik mata peminat apabila melihat gaya Hye Kyo dengan busana ringkas off-shoulder berwarna hitam kelabu.
Foto – Getty ImagesFokus sepanjang acara tersebut. Foto – Koreaboo.com
Sebelum ini Hye Kyo sering mengenakan tema polos, tapi kali ini beliau sedikit berani menayangkan bahu beliau yang terdedah dengan busana ini. Hanya mengenakan aksesori anting-anting dan jam tangan, beliau kelihatan sangat anggun dan elegan.
Ringkas dengan busana off-shoulder. Foto – Koreaboo.com
Lihat gambar manja-seksi Song Hye Kyo dibawah ini. Beliau ternyata sangat cantik!
Buat kali pertama, Angelina Jolie terbuka untuk mendedahkan kisah perceraiannya dengan Brad Pitt sejak berpisah September lalu.
“Saya tidak mahu bercerita sangat mengenainya, melainkan ia adalah saat yang cukup sukar. Kami adalah sebuah keluarga dan kami akan tetap menjadi sebuah keluarga.
“Kami akan lalui waktu sukar ini seterusnya menjadi sebuah keluarga yang lebih kuat,” katanya.
“Ramai orang pernah melalui situasi ini. Seluruh keluarga saya pernah melalui waktu sukar. Fokus saya adalah anak-anak saya, anak kami, serta mengharunginya dengan baik.
“Seperti yang saya katakan, kami selamanya akan menjadi sebuah keluarga. Itulah cara saya melaluinya, saya mengharunginya dengan mencari jalan supaya pada akhirnya ia menjadikan kami lebih kuat dan rapat,” jelasnya lagi.
Jolie dan Pitt membesarkan sebuah keluarga paling terkenal di Hollywood dengan tiga daripada enam anak mereka adalah anak angkat dari luar negara. Seorang daripadanya, Maddox, 15, berasal dari Kemboja turut menemaninya. Beliau memfailkan perceraian pada September lalu dan ketika ini diberikan hak jagaan fizikal ke atas enam anak mereka.
Selamat tinggal kepada Jang Geun Suk yang comel dan chubby!
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Jang Geun Suk memuat naik gambar terkini di akaun media sosial, rata-rata terkejut dengan penampilannya yang kini jauh lebih kurus dan segak berbanding dahulu.
Ternyata usaha keras beliau berbaloi kerana beliau kini kelihatan lebih sihat dan yakin. Mungkin ini petanda beliau akan membuat comeback?
A post shared by JANG KEUN SUK official (@_asia_prince_jks) on
Menurut tunjang utama drama You’re Beautiful, dirinya bergelut dengan berat badan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di mana ketika itu badanya agak berisi dan gempal sehingga ramai tidak menyangka dengan perubahan fizikal yang dialaminya.
Sebagi pembuka tirai 2017, peneraju telko terkemuka U Mobile tampil memperkenalkan pelan prabayar baharu yang membolehkan pengguna mendapat lebih faedah berganda!
Pakej prabayar UNLIMITED POWER Prepaid ini sekaligus digabung dengan servis App-Onz™ yang bukan sahaja terhad kepada servis penggunaan internet untuk Facebook, Instagram atau Twitter sahaja malah pengguna juga bisa memanfaatkan internet tanpa had termasuklah penstriman video yang boleh dilakukan bila-bila masa tanpa perlu risau tentang kadar penggunaan data.
Untuk memberi lebih keterujaan, pelan prabayar terbaru ini turut menawarkan penggilan percuma selama 300 minit setiap bulan untuk semua panggilan ke nombor U Mobile dan sekiranya anda pengguna prabayar U Mobile sedia ada, pertukaran pelan kepada UNLIMITED POWER boleh dilakukan hanya dengan mendail *118*6*2*3# dari telefon pintar masing-masing.
Rasa nak menjerit keseronokan sebab suara Emma Watson dalam teaser lagu berjudul ‘Belle’ merangkap lagu pembukaan filem Beauty and the Beast ni buatkan orang rasa rindu dengan versi animasi terbitan tahun 1991.
Bonjour!
Sambil memakai persalinan panafore rona biru, Emma yang memegang watak Belle kelihatan sangat comel menyelusuri perkampungan kecil Perancis di waktu pagi.
Kala semua orang kampung bersiap sedia untuk memulakan hari baru, Belle yang ditemani sifat peramah sempat lagi menegur dan bertanya khabar orang di sekeliling.
Tonton Video Teaser Lagu Pembukaan Beauty and the Beast (2017)
Apa-apa pun, alangkah tak sabarnya rasa hendak menunggu sehingga hari tayangan filem ini nanti!
Oh rupanya dalam kehidupan realiti, Emma Watson ni memang suka membaca… sama seperti watak Belle yang dipegang dalam filem Beauty and the Beast 2017, bakal ditayang pertengahan bulan depan!
Sudah setahun si cantik manis pelakon Nur Fathia mengenakan hijab.
Namun disebalik itu dia mengaku dirinya berubah dengan begitu ekstrem dengan terlalu terlalu menjaga perlakuan, perbuatan serta pemakaiannya di awal fasa perubahan.
“Saya mengaku ketika mula-mula saya berubah mengenakan hijab, saya terlalu ekstrem dalam menjaga pemakaian, perbuatan serta perlakuan saya.
“Lama kelamaan, saya rasakan perkara tersebut tidak boleh terjadi dengan begitu cepat kerana takut hati saya memberontak di kemudian hari.
“Kini saya sudah faham yang Islam itu mudah. Saya mula mengubah perkara tersebut dan saya melakukan perubahan secara perlahan-lahan.
“Saya memang belum sempurna sebagai seorang muslimah namun saya berubah ke arah perkara yang baik walaupun perubahan itu berlaku dengan perlahan,” kata Fathia kepada Astro Gempak.
Tambah Fathia, dia juga tidak terasa hati dengan sikap peminatnya yang kadangkala memberi teguran terhadap caranya berpakaian.
“Saya memahami yang mereka menegur kerana mereka sayangkan saya. Walaupun kadangkala teguran yang diterima melampau, saya menerimanya dengan hati terbuka kerana saya tahu perkara tersebut adalah untuk kebaikan saya,” katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah MeleTop Era 2017 (AME 2017) pada Selasa.
AME 2017 bakal berlangsung pada 23 April ini di Stadium Melawati, Shah Alam.
Kim Kardashian sememangnya terkenal dengan kontroversi. Ada saja perkara yang menimpa bintang realiti dan paling terkini rakaman video seks bersama bekas suami Ray J tersebar lagi.
Menerusi rakaman yang didedahkan Radar Online, bintang Keeping Up with the Kardashians itu mengenakan baju dalam manakala Ray J mengambil gambar hingga membawa kepada adegan bilik tidur.
Bos Vivid Entertainment, selaku pihak yang menyiarkan rakaman berkenaan, ketika diminta mengulas situasi terbabit mengakui video yang diterbitkan pada 21 Februari 2007 itu sudah ditonton lebih 150 juta orang secara dalam talian.
Kebocoran isi rakaman terbabit yang belum didedahkan sebelum ini nyata membuatkan ramai tertanya-tanya, bagaimana pengisian video berkenaan boleh tersebar semula, apatah lagi selepas beliau bergelar ibu.
Pada masa sama, wakil Kardashian mahu pun suaminya belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkhabaran terbaru ini.
Meskipun wanita ini jarang bercerita perihal punca dirinya mengecap populariti, namun menerusi sebuah temubual baru-baru ini, beliau mendedahkan mengenai perasaannya selama ini berhubung perkara berkenaan.
“Jika ada pun perkara yang saya kesalkan dalam hidup, itulah dia,” katanya kepada Love Magazine.
Dalam temubual bersama Oprah kemudiannya, Kardashian berkata, beliau sedar meskipun dirinya tidak menyukai video terbabit, rakaman itulah yang membuatkannya terkenal.
“Saya rasa itulah caranya saya diperkenalkan kepada dunia. Ia memang dalam bentuk yang negatif, jadi saya rasa perlu bekerja 10 kali lebih keras untuk membolehkan orang ramai mengenali diri saya yang sebenar,” katanya.
Seperti biasa setiap tahun, akan ada seorang selebriti yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengacara sekaligus membuat liputan saat berlangsungnya anugerah hiburan terbesar seperti Oscars The Academy Awards.
Untuk tahun ini, pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang terpilih untuk membuat liputan di karpet merah Anugerah Akademi ke-89 di Los Angeles, Amerika Syarikat, Isnin ini. Nabil bagaimanapun berkongsi perasaan menyatakan yang dirinya sedikit gementar kalau-kalau gagal melaksanakan tugas dengan baik.
Nabil, 33, adalah selebriti tempatan kedua dipilih membuat liputan di majlis berprestij dunia itu selepas Datuk Aznil Nawawi.
Nabil berkata dia juga bimbang kerana belum mendapat bayangan bagaimana keadaan di sana nanti. “Saya ada mendengar pengalaman Aznil dan rakan media yang pernah membuat liputan di sana. Walaupun ramai yang berkata agak sukar untuk mendapatkan temuramah bersama pelakon terkenal tetapi saya akan cuba.
“Ini kerana saya sudah menyimpan hasrat untuk menemuramah pelakon terkenal seperti Ryan Gosling dan Emma Stone,” katanya yang akan berada di sana selama dua minggu.
Nabil akan berangkat ke sana hari ini.
Menurut Nabil, dia sudah membuat pelbagai persediaan termasuklah kajian untuk soalan yang bakal diajukan.
“Saya mengkaji filem-filem yang dipertandingkan dan pelakon yang tercalon. Andai kata perancangan saya tidak berjaya menemuramah mereka yang diinginkan, saya sudah bersedia dengan perancangan lain.
“Mungkin perancangan ini adalah ‘kerja gila’ namun saya mahu melakukannya,” katanya.
Oscars akan bersiaran secara langsung di HBO Sentral, Astro, saluran 431 bagi waktu siaran Malaysia, jam 8 pagi Isnin depan.
Siapa sahaja yang melihat penampilan Emma Watson di karpet merah untuk tayangan perdana ‘Beauty and The Beast’ pasti bersetuju, beliau sememang seorang Puteri Disney!
Aktres berusia 26 tahun itu bergaya sakan dengan busana biru lembut rekaan Emilia Wickstead dari jurugaya Rebecca Corbin-Murray yang juga bekerja bersama Lily James semasa tayangan perdana Cinderella pada 2015 lalu.
Foto – Daily Mail
Emma hanya mengenakan solekan nipis dan lipstik gelap berwarna coklat-maroon dan melengkapkan gayanya dengan sepatu tinggi hitam.
Foto – Daily MailFoto – Daily MailFoto – Daily Mail
Layah belakang busana itu agak kelihatan berat, tapi Emma kekal dengan lagak bersahaja dan mempamerkan kejelitaan pada setiap rakaman kamera yang tertumpu padanya.
Foto – Daily Mail
Dan Stevens yang juga peneraju utama ‘Beauty and The Beast’ turut bergambar bersama Emma Watson, menyerlahkan lagi acara romantis karpet merah itu.
Foto – Daily Mail
Filem original klasik Disney ‘Beauty and The Beast’ bakal menemui penonton di Malaysia pada 16 Mac 2017.
Orang biasa pun tertekan memikir hal yang satu ini, apatah lagi golongan selebriti.
Pelakon cantik, Song Hye Kyo turut terkena tempias malah tertekan kerana masih belum berkahwin sedangkan sudah 35 tahun.
Song Hye Kyo berkata dia berhdapan dengan masa yang agak sukar apabila hampir semua rakan-rakannya sudah berkahwin dan berkeluarga.
“Saya menghadapi masa yang agak sukar juga. Susah nak jumpa kawan yang sama status dengan saya kerana kebanyakannya sudah berkeluarga.
“Saya juga rasa seperti hilang rasa perasaan ingin berkahwin selepas mendengar pelbagai cerita mengenai perkahwinan,” katanya ketika satu sesi interview untuk sebuah majalah tempatan di sana.
Sementara itu, Song Hye Kyo turut memberitahu dia tidak memahami bagaimana dua orang yang bercinta boleh menjadi kawan yang baik selepas hubungan itu gagal diselamatkan.
“Selalunya saya akan memberi sepenuh komitmen kepada hubungan cinta saya tetapi tidak pernah berpatah balik jika hubungan itu gagal. Bagi saya jika, hubungan itu sudah tidak berhasil, tidak mungkin ia akan berhasil lagi di masa akan datang,” katanya lagi.
H&M dengan bangga mengumumkan kolaborasi bersama Zara Larsson, antara penyanyi yang tersenarai 30 Remaja Berpengaruh tahun 2016 di Majalah Time. Beliau juga bakal melancarkan album terbarunya di musim bunga ini bersama koleksi ekslusif dari H&M.
Tahun ini H&M masih lagi berkomitmen dalam menyokong dan membantu bakat-bakat muzik seperti Zara Larsson, penyanyi berasal dari negara Sweden mengabungkan jualan album beliau ‘So Good’ bersama butik H&M seluruh dunia bermula 17 Mac ini. Selain itu, album ‘So Good’ juga berpeluang untuk pre-save di hm.com dan secara langsung ia akan disimpan di aplikasi Spotify milik pengguna selepas dilancarkan.
Foto – arkib Wanista.com
“Saya berasa sungguh gembira dapat berkejasama dengan H&M didalam kolaborasi ini. Saya amat menyukai jenama ini, ianya seronok dan sangat dekat dengan semua gadis-gadis iatu kunci utama untuk saya, tambah lagi pasukan mereka yang sangat hebat untuk bekerjasama! Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua setelah apa yang kami usahakan!”
Kolaborasi ini juga secara ekslusif menyediakan koleksi desin khas dari Zara Larsson sendiri bersama H&M. Rekaan dengan eleman moden streetwear dan glamor sebagai refelk dari stail personaliti Zara.
Koleksi ini hanya terdapat di butik H&M Lot 10, Avenue K dan Sunway Pyramid dan secara talian bermula 18 Mei.
Emily Jean “Emma” Stone dilahirkan pada 6 November 1988, merupakan pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan sulung menerusi filem Superbad, The Rocker dan The House of Bunny.
Namun namanya meningkat naik selepas membintangi filem Easy A, sehingga ke filem melodrama The Help dan dipilih memegang watak sebagai Gwen Stacy dalam filem blockbuster The Amazing Spider-Man dan kini tercalon untuk Pelakon Wanita Terbaik menerusi La La Land di Anugerah Akademi 2017.
Bukan sahaja cemerlang dalam bidang lakonan, Emma juga dilihat bijak berfesyen. Gayanya simple dan bersahaja membuatkan ramai menyukainya. Emma juga bijak menyuai padankan sesuatu fesyen dan suka bermain dengan warna menjadikan fesyennya di karpet merah antara yang dinanti-nanti.
2017
Emma Stone dalam persalinan Chanel di BAFTA2017
Foto – Getty Images
American Sweetheart memilih gaun dari Valentino ketika Golden Globe 2017
Foto – www.usmagazine.com
2016
Ala penari kabret lagaknya. Emma Stone mengenakan gaun dari Atelier Versace ketika Venice Film Festival
Foto – Hollywood.com
Sekali lagi Emma memilih Chanel ketika menghadiri tayangan perdana La La Land
Foto – uInterview
2015
Emma Stone memakai tuxedo dress dari Christian Dior di SAG2015
Foto – Google Image
Kali ini Emma Stone memilih dress sequin dari Elie Saab ketika menghadiri Anugerah Akademi 2015
Foto – Google Image
Emma Stone mengenakan Lanvin di Golden Globe
Foto – WireImage
Putih suci ala puteri kayangan. Emma Stone cantik sekali dalam busana pilihan oleh Christian Dior di Cannes Film Festival 2015
Foto – Google Image
2014
Serba kuning. Emma Stone cantik sekali mengenakan persalinan dari Atelier Versace
Foto – Google Image
‘All eyes on me’! Ya, cukup menyerlah sekali Emma memakai dress hijau gelap dari Valentino
Foto – DressRepublic.com – WordPress.com
Crop dress merah jambu dari Thakoon
Foto – sadierae + co.
Dress bohemian dari Prada
Foto – WENN.com
Dress kulit dari Lanvin
Foto – Google Image
2013
Mempunyai elemen 60an, Emma comel sekali mengenakan dress paras lutut dari Gucci
Foto – Fashion Gone Rogue
2012
Merah makngah! Emma memakai dress dari Giambattista Valli ketika menghadiri Anugerah Akademi 2012
Foto – Teen Vogue
2011
Emma Stone mengenakan dress rona terang dari Calvin Klein
Nampaknya momen kesilapan dalam mengumumkan pemenang bagi anugerah berprestij kini berulang kembali, selepas terdahulu pengacara Steve Harvey salah menyampaikan anugerah pemenang bagi Miss Universe 2015 kepada Miss Colombia Ariadna Gutierrez yang sebenarnya adalah milik Miss Philippines Pia Alonzo Wurtzbach.
Awal pagi tadi waktu tempatan, ketika berlangsungnya anugerah perfileman Hollywood paling berprestij OSCARS 2017, Warren Beatty dengan pasangan penyampai anugerah Faye Dunaway telah menerima sampul nama pemenang yang salah daripada pihak pengurusan acara, lalu mengumumkan filem LA LA LAND sebagai pemenang untuk kategori “Best Picture” iaitu Filem Terbaik.
Tonton Saat Memalukan Bagi Krew Produksi & Pelakon Filem LA LA LAND Apabila Mendapat Tahu Mereka Bukan Pemenang Sebenar
Sayangnya pemenang sebenar anugerah bagi kategori tersebut adalah filem MOONLIGHT.
Bagaimanapun, filem musikal LA LA LAND lakonan utama Emma Stone dan Ryan Gosling telah merangkul enam anugerah pada acara The Academy Awards Oscars 2017 termasuklah anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik serta Pengarah Terbaik.
Kegembiraan krew produksi dan para pelakon utama filem Moonlight sewaktu mereka dipanggil naik ke pentas yang merupakan pemenang sebenar bagi kategori “Best Picture”. Foto -REUTERS
Damien Chazelle, Pengarah bagi filem LA LA LAND berjaya memecah rekod kerana merupakan pembikin filem paling muda merangkul anugerah Oscars pada umur 32 tahun.
Walaupun pengakhiran majlis anugerah berprestij ini disusuli dengan insiden memalukan [BACA: ‘Ribut’ Melanda Pentas OSCARS Gara-Gara Tersalah Umum Pemenang]. Namun sepanjang majlis Oscars 2017 juga anda dapat lihat para selebriti beramah-mesra dan berjenaka antara satu sama lain.
Biasanya kita hanya lihat mereka berlagak anggun dan kacak dengan sepersalinan busana indah dihadapan kamera karpet merah. Kali ini lain pula ceritanya, dari lensa eonline.com dapat menangkap gambar gelagat selebriti yang tidak duduk diam dan bersikap bersahaja bila diri mereka dirakam kamera.
Chris Evan dan Jeremy Renner. Dua superhero dari Marvel ini buat lagak seperti hendak bergaduh pula.Denzel Washington beraksi ‘cool’ dihadapan peminatnya.Jennifer Aniston menjengil mata ke arah jurugambar.Viola Davis lagaknya cuba untuk memeranjatkan jurugambar sahaja.Nakal! Octavia Spencer senyap-senyap merakam gambar Nicole Kidman yang sedang bercakap telefon.Selamba sahaja Chrissy Teigen menjelirkan lidahnya, Hilang ayu!Justin Timberlake ‘photobombed’ dibelakang isterinya Jessica Biel.
Seperti biasa, di majlis anugerah-anugerah besar sebegini, busana yang disarungkan para selebriti sememangnya memberi impak besar kerana ia menentukan sama ada gaya yang dibawakan itu bakal menerima pujian atau dikritik secara negatif.
Bersempena anugerah The Academy Awards Oscars yang berlangsung semalam, ini 10 selebriti Hollywood wanita yang berjaya gayakan dress berpotongan Ball Gaun ala puteri! Cantik sangat!
Nak tahu selebriti mana jadi pilihan Wanista, jom tengok!
#1 Ava DuVernay @ Ashi Studio
Tak nak cakap banyak. PERFECTO!
Sumber: Getty
#2 Kristen Dunsl @ Dior Couture
Ringkas dan klasik! Warna hitam tak pernah ‘ketinggalan zaman’ untuk digayakan sehari-hari.
Sumber: Getty
#3 Leslie Mann @ Zac Posen
OMG! Warna hijau kekuningan ni nampak sangat anggun manakala gelembung-gelembung pada bahagian skirt membuatkan gaun kembang ini kelihatan lebih mewah dan stailo. Tak perlu aksesori sarat untuk menarik perhatian kerana gaun ini sudahpun menarik sepenuhnya!
Sumber: Getty
#4 Felicily Jones
Comel! Sekali pandang macam Ballerina pula kan?
Sumber: Getty
#5 Salma Hayek
Tidak seperti kebanyakan selebriti lain yang berleher jinjang, Salma bijak memilih rekaan gaun berleher rendah supaya bahagian dadanya lebih luas dan lehernya lebih tinggi, namun masih nampak sopan tanpa menjadi terlalu seksi dengan dress renda rona hitam ini. Just nice on her body!
Sumber: Getty
#6 Oclavia Spencer
Biarpun berbadan gempal, Oclavia telah membuktikan bahawa fesyen tidak terhad hanya untuk mereka yang berbadan sempurna sahaja. Syabas dan anda sangat cantik!
Sumber: Getty
#7 Ruth Negga
Seperti gaun yang sering digayakan wanita elit era 1700, kolar tinggi pada gaun kembang berenda rona merah itu sekaligus membuatkan penampilan Ruth Negga tampak klasik dan manis bersahaja tanpa perlu trying too hard!
Sumber: Getty
#8 Hailee Steinfield @ Ralph & Russo
Seorang wanita muda yang berbakat, selain berlakon Hailee juga merupakan seorang penyanyi yang bersuara emas tau? Hmm… Tidak kurang juga dnegan cita rasa fesyennya yang gah! Gaun kembang organza dengan hiasan bunga timbul menjadi pilihan hati si Hailee.
Sumber: Getty
#9 Janelle Monae @ Elie Saab Couture
Siapa yang tak kenal dengan pereka Elie Saab kerana beliau adalah seorang pereka yang berani ‘melebih-lebih’ dengan perincian kilauan seperti manik dan jahitan berperincian eksentrik!
Lihat sahajalah gaun kembang yang dipakai Janelle, meskipun sarat ia masih nampak sesuai dan tidak terlalu over.
Sumber: Getty
#10 Cynthia Erivo
Meriah sungguh gaun kembang tanpa lengan yang disarungkan Cynthia Erivo. Mungkin perincian motif sulaman bungga menjalarnya disunting dari kraf kebanggan Cina yang bericiri oriental.
Tapi sayangnya warna dan gaya rambutnya tidak berapa cocok untuk ke acara formal.
Sumber: Getty
Bonus!
Dakota Johnson
Sumber: Getty
Bukan rekaan “Ball Gown” tapi tak tahu kenapa penulis jatuh hati sangat dengan busana yang dipakai heroin filem Fifty Shades Darker ni! Ringkas namun terserlah aura si tuan puteri yang mungkin diinspirasi dari gaya 80an yang mengetengahkan potongan lengan gelembung serta hiasan menonjol pada bahagian hadapan yang dibentuk menggunakan keliman fabrik.
Pada pendapat anda, siapa yang paling berjaya bawakan watak puteri kala berjalan di karpet merah The Academy Awards OSCARS semalam?
Shiha Zikir, bukanlah satu nama baru dalam industri seni tanah air. Mula mengorak langkah ingin menyanyi di usia seawal belasan tahun. Menggenggam harapan arwah bapanya yang ingin melihat Shiha berjaya dalam bidang ini membuatkan hatinya jitu terus berjuang demi mengejar impian.
Shiha yang juga pernah mendapat tempat kedua untuk program Mentor 5 di bawah bimbingan arwah Dato’ Sharifah Aini kini mampu mengukir senyuman. Tahun 2016 adalah tahun bercahaya untuk karier nyanyiannya.
Shiha Zikir semasa pelancaran MTV Seperti Novel Cinta. Foto – arkib Wanista.com
Setelah mengukir kejayaan di negara seberang dalam pertandingan D’Academy Asia anjuran Indosiar Disember tahun lalu, nama Shiha semakin meniti popularitinya. Ini terbukti setelah usai acara DAA, namanya sering dipanggil kembali ke bumi Jakarta bagi melunaskan acara-acara besar seperti Konsert Ulangtahun Indosiar, Infotainment Award SCTV, Konsert Final Putri Muslimah, Konsert Q’Academy dan lain-lain.
Yang paling mencipta sejarah, single SEPERTI NOVEL CINTA telah juga dilancarkan di negara Indonesia pada 13 Mei, 2016 dengan kerjasama Warner Music Indonesia (WMI) dan juga Warner Music Malaysia (WMM). Maka luncurlah secara rasmi lagu SNC dan diterima baik oleh stesen-stesen radio RRI dan juga stesen-stesen televisiyen di sekitar Jakarta. Malahan sebuah saluran online yang popular iaitu vidio.com telah juga melakukan sesi ‘live streaming’ bersama Shiha ditemani band D’meisis dan peminat-peminat SRS_Indo. Ini merupakan acara yang dihadiahkan oleh vidio.com kepada peminat-peminat tegar Shiha di Indonesia. Ada yang sanggup terbang dari Sulawesi dan beberapa pelosok yang lain ke Jakarta pusat demi menemui Shiha.
Shiha telah juga melakukan 10 hari jadual promosi bersama-sama WMI dan disokong kuat oleh kelab peminatnya di sana iaitu @SRS_indo. Bangga dan bersyukur kerana namanya dapat menembusi pasaran yang diidamkan oleh ramai artis-artis tanah air.
Foto – arkib Wanista.com
SNC merupakan sebuah lagu dan lirik yang diciptakan oleh Ajai. Rakaman lagu ini telah pun dilakukan sebelum pihak WTB dan Shiha bersetuju menghantarnya ke pertandingan DAA. Maka rancangan meluncurkan single ini ditunda sementara. Mencari ‘angle’ dan waktu yang sesuai. Ternyata, penantian itu mendapat balasan yang setimpal. Puncak kemenangan Shiha di DAA menjadi loncatan untuk single SNC menembusi halwa telinga pendengar Malaysia.
Diedarkan ke stesen-stesen radio seawal pertengahan Februari yang lalu. WTB juga bekerjasama dengan pihak WMM untuk promosi dan edaran lagu ini. Ternyata, hari ini lagu SNC sudah menjadi siulan ramai dan juga dapat sampai ke peringkat semi final MUZIK-MUZIK November 2016 yang lalu.
Nama CL dikenali sebagai penyanyi K-Pop paling berani dalam menyerlahkan aura fesyennya.
Dia juga antara bintang Korea yang mengoyahkan industri muzik Amerika pada kemunculan awalnya disana. Pastinya penampilan dia setanding dengan selebriti Hollywood seperti Beyonce dan Lady Gaga dari segi fesyen dan muzik.
CL atau nama sebenar Lee Chae Rin Pada menyambut ulang tahun kelahiran pada Sabtu lalu, menerima banyak ucapan dan mesej dari peminat seluruh dunia.
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada peminat, dia memuat naik gambar seksi dan ghairah di laman Instgaram miliknya. CL berbaju sendat berwarna merah jambu sambil memegang sekuntum bunga mawar merah jambu.
Didalam satu gambar yang berasingan, dia kelihatan seperti tidak berbaju dan membuat peminat tidak senang duduk dengan aksi seksi tersebut. Namun ada peminat berpendapat, CL bukan tidak berbaju ianya disebabkan baju sendat dan cara dia pose menampakkan seolah-olah dia tidak berpakaian.
CL juga pernah menimbulkan kontroversi dikalangan peminat apabila dia muncul tidak berpakaian didalam muzik video ‘MISSING YOU’. Walaubagaimanapun bagi peminat CL, dia mempunyai kelas tersendiri dan bekerja baik dalam menyampaikan lagu yang bernada sedih itu.