Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all 1584 articles
Browse latest View live

SAFI Rania Memperkasa Jiwa & Semangat Wanita Menerusi Video Muzik Raniaku

$
0
0
Sekitar majlis pelancaran video muzik Raniaku untuk Safi Rania Gold. Foto -Arkib Wanista

Mencintai seseorang akan memberikan kita kekuatan…

dan dicintai seseorang akan memberikan keberanian yang hebat.

Baru-baru ini jenama rangkaian penjagaan wajah halal nombor 1 di Malaysia, Safi Rania Gold mempersembahkan sebuah muzik video lagu tema yang berjudul Raniaku dendangan Aizat Amdan nyata memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.

Aizat Amdan menghiburkan tetamu dan media secara langsung pada majlis pelancaran muzik video Raniaku. Foto -Arkib Wanista
Aizat Amdan menghiburkan para tetamu dan media secara langsung pada majlis pelancaran video muzik Raniaku. Foto -Arkib Wanista

Ini adalah merupakan projek terbesar yang pernah dijalankan oleh SAFI sepanjang keberadaan produk istimewa ini di pasaran. Tujuan utama penerbitan video muzik Raniaku, dibintangi oleh Nora Danish yang merupakan duta Safi Rania Gold bersama hero Remy Ishak adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kejelitaan diri serta impak apabila kasih sayang itu berterusan, ia sebenarnya dapat mewujudkan keberanian dari dalam untuk melalui apa sahaja detik genting mahupun cabaran dalam hidup. Untuk pengetahuan anda lagi, keseluruhan penggambaran muzi video ini telah diadakan di Bali, Indonesia di bawah arahan Pengarah En. Nan Salleh.

SINOPISIS

Rania, merupakan watak Nora Danish adalah merupakan seorang isteri dan suri rumah yang menghidap FUCH iaitu sejenis masalah penglihatan serius yang bisa mengganggu rutin harian normal. Kerana bimbang suaminya (Remy ishak) akan meninggalkannya, dia nekad untuk menyembunyikan perkara ini. Lama-kelamaan, perubaha emosi serta tingkah laku Rania mulai dapat dihidu oleh Azman. 

Gimik pelancaran muzik video Raniaku. Foto -Arkib Wanista
Gimik pelancaran video muzik Raniaku. Foto -Arkib Wanista

Setelah didesak, Rania akhirnya membuka cerita akan penderitaan yang dialami. Azman, yang merupakan seorang ellaki dan suami yang bijak dan prihatin cuba menenangkan sambil memujuk isterinya bahawa meskipun apa pun yang berlaku, dia tetap akan berada di samping isteri untuk mengharungi segala dugaan bersama. 

Pada masa yang sama, Azman cuba sehabis baik untuk mencari penawar bagi merawat penderitaan yang dialami si isteri. Sebagai pembakar semangat, Azman turut tidak ketinggalan memberi semangat dan sokongan moral kepada Rania, cuba meyakinkannya bahawa penglihatannya bisa pulih seperti sedia kala. 

Foto -Arkib Wanista
Nora Danish selaku duta Safi Rania Gold. Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, Safi Rania Gold turut melancarkan 3 lagi siri produk baharu untuk melengkapkan rutian penjagaan kecantikan wanita Malaysia termasuklah Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold (RM32.50), Serum Konsentrasi Plus Safi Rania Gold (RM36.90) dan Semburan Booster & Penyegar Safi Rania Gold (RM32.50). Kesemua rangkaian terbaharu ini mengandungi formulasi DUO EMAS 24K yang merupakan gabungan Bio Emas 24K dan Emping (Flake) Emas 24K bersama Protein Sutera.

Untuk keterangan lanjut, sila layari safi.com.my atau lawat laman Facebook rasmi Safi Malaysia di www.facebook.com/SAFI.MY.


Tanpa Solekan, Song Ji Hyo Akui Tak Rasa Dirinya Cantik

$
0
0
Song Ji Hyo. Foto -Astro Gempak

Pelakon dan juga anggota Running Man, Song Ji Hyo tidak merasakan dirinya cantik tanpa mengenakan solekan pada wajahnya.
“Saya tak rasa diri saya cantik, lebih-lebih lagi jika saya tak memakai sebarang ‘make up’ dan hanya berwajah polos seperti dalam Running Man.

“Sebenarnya, saya boleh rasa wajah saya berbeza apabila mengenakan solekan ataupun tidak.

“Tapi tak kisahlah, sebab ini adalah diri saya dan saya lebih selesa dengan wajah yang tanpa solekan.

“Saya seorang yang pentingkan keselesaan diri daripada nak fikirkan tentang kecantikan saja. Kalau cantik tapi tak selesa pun tak seronok juga,” katanya menerusi satu temubual bersama media di Hong Kong baru-baru ini.

Dalam pada itu, satu-satunya anggota wanita dalam Running Man ini juga turut berkongsi cara penjagaan wajahnya.

“Semakin usia bertambah, saya mula fikirkan tentang penjagaan wajah. Bagi saya apa yang paling penting sekali adalah tidur yang cukup.

“Jika kurang waktu tidur, kulit muka kita akan nampak kusam dan wajah juga tidak ceria, selain itu saya juga akan pastikan saya mencuci muka dengan bersih sebelum sapukan sebarang produk penjagaan wajah,” jelasnya.

Terdahulu, Song Ji Hyo merupakan antara selebriti Korea yang dilabelkan sebagai ratu tanpa solekan kerana wajahnya sentiasa kelihatan cantik dan berseri walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek.

SUMBER

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan Ditipu 1 Juta Rupiah Gara-Gara Main Pokemon Go

$
0
0
Foto - www.storibriti.com

Difahamkan, penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan mengaku dirinya ketagih dengan permainan video Pokemon Go yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.

Gara-gara ketagih permainan sensasi itu, Cakra mengaku tertipu hingga sejuta rupiah (kira-kira RMM311) akibat gagal mengawal nafsu apabila sanggup membeli mana-mana akaun yang memiliki paras mata tertinggi.

“Jadi kelmarin, sebelum saya memakai akaun saya yang ini, saya ada memiliki satu lagi akaun yang levelnya cukup tinggi, saya pun beli akaun itu. Saya percaya sahaja, saya positif dan menolak su-ud-zon (bersangka buruk).

“Setelah saya transfer wang, eh ternyata kabur orangnya,” kata jejaka Muslim yang berusia 24 tahun.

Pokemon Go yang dilancarkan pada 6 Julai lalu memerlukan pengguna menjadikan gajet pintar untuk mencari raksasa dan banyak kes dilaporkan di seluruh dunia apabila pemain ketagih atau menceroboh kawasan larangan.

“Ya sudahlah, jadikanlah kes saya ini sebagai contoh yang buruk,” sambungnya lagi.

Pelantun lagu popular Harus Terpisah itu bagaimanapun tidak pula berhasrat melaporkan insiden penipuan tersebut kepada pihak polis tempatan walhal beliau tahu penipunya itu masih lagi tinggal di sekitar Jakarta.

“Kalau penjenayah berkenaan mungkin orang Jakarta. Cuma ya sudahlah mungkin juga dia susah hidup tidak punya duit cukup buat ‘jajan’ untuk menanggung ahli keluarganya sendiri,” terang Cakra Khan.

Susulan peristiwa malang yang tidak dijangka tersebut, artis daripada suku Sunda itu turut menyampaikan nasihat kepada masyarakat terutama para peminat Pokemon Go untuk lebih berhati-hati terhadap kes penipuan.

“Ya semoga hati-hati semuanya, kalau punya game tuh usahakan jangan pakai duit untuk naik level secara cepat tetapi teruskan sahaja mengikut kemampuan diri sendiri,”  kata Cakra Khan.

Si fckn addicted now 😂 !! #pokemongo #newbie #pokemon

A photo posted by Cakra Konta Paryaman (@cakra.khan) on

SUMBER

Serius Comel! 8 Gambar Pelakon Cilik Yang Bintangi Filem Bollywood Bajrangi Bhaijaan

$
0
0
Foto - www.dnaindia.com

Siapa dah tonton filem blockbuster dari Bollywood berjudul Bajrangi Bhaijaan? Dak ke belum? Kalau belum, kena tonton dan sediakan tisu.

Selain jalan ceritanya yang menyayat hati, pelakon Salman Khan dan Kareena Kapoor sebagai tunggak utama, ada lagi satu daya penarik yang membuatkan ramai menonton filem ini. Anda tahu, apa dia? Ya, pelakon cilik bernama Harshaali Malhotra yang bisu dalam filem tersebut. Keletahnya yang bersahaja berjaya memikat hati jutaan peminat bukan sahaja di India. 

Harshaali Malhotra bersama Salman Khan. Foto - indianexpress.com
Harshaali Malhotra bersama Salman Khan. Foto – indianexpress.com

Difahamkan, kemasyuran bintang paling comel Bollywood, Harshaali Malhotra masih hangat menyinar selepas berlakon dalam filem blockbuster, Bajrangi Bhaijaan tahun lepas dan memikat hati jutaan peminat.

Dalam filem Bajrangi Bhaijaan, pengkritik filem menyifatkan Harshaali sebagai ‘watak utama’ dek lakonannya yang ‘terlalu berkesan’ dan ‘menyamai bakat bintang Bollywood terkenal seperti Salman Khan dan Kareena Kapor.

Bajrangi Bhaijaan merupakan ‘debut’ Harshaali ke pentas layar besar walaupun sebelum ini pernah berlakon dalam drama Qubool Hai, Laut Aao Trisha dan Jodha Akbar.

Foto - www.ohmelodi.com
Foto – www.ohmelodi.com

Salman Khan sendiri mengakui Harshaali ‘membawa tenaga yang menakjubkan’ ketika penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan bersama si comel ini.

“Saya betul-betul suka setiap saat yang saya habiskan bekerja dengan Harshaali,” kata Salman Khan.

Dalam filem Bajrangi Bhaijaan, Salman Khan membawa watak lelaki berhati mulia yang cuba menghantar kembali watak Harshaali, seorang kanak-kanak Pakistan untuk keluar dari India.

“Harshaali sangat cantik dan unik. Apa yang beliau lakukan di layar dan belakang layar adalah menakjubkan dan memukau. Saya pasti Harshaali juga adalah kanak-kanak paling cantik dan menawan saya pernah temui,” tambah Salman lagi.

Sebelum Harshaali diterima berlakon dalam filem berkenaan, tenaga produksi mengadakan sesi casting terhadap lebih 5,000 calon. Rezeki Harshaali yang kini berusia 8 tahun juga melimpah ruah selepas pembabitannya dalam Bajrangi dan kini sudah muncul dalam berpuluh-puluh iklan, mendapat tajaan dan menjadi duta pelbagai produk.

Foto - feministaa.com
Foto – feministaa.com
Foto - www.missmalini.com
Foto – www.missmalini.com
Foto - Facebook Harshaali Malhotra
Foto – Facebook Harshaali Malhotra
Foto - www.missmalini.com
Foto – www.missmalini.com
Foto - en.wikipedia.org
Foto – en.wikipedia.org

SUMBER

Selami Warisan & Kebudayaan Kaum Peranakan Melalui Siri Dokumentari “A Peranakan Heritage”

$
0
0
Sekitar majlis perasmian "A Peranakan Heritage": Persembahan nyanyian serta tarian cara kaum perankan. Foto -Arkib Wanista

National Geographic Channel (Astro saluran 553 / 575 HD) dengan berbesar hati menerbitkan beberapa buah siri dokumentari istimewa mengenai warisan dan kebudayaan kaum minoriti di Malaysia iaitu kaum peranakan.

Di Malaysia sendiri, revolusi kaum Peranakan bermula apabila migrasi dari Cina dan India yang datang ke Melaka sekitar awal abad ke-15 dahulu sekaligus mengahwini gadis-gadis tempatan, ini adalah termasuk di daerah Pulau Pinang dan juga Singapura. Perkataan ‘Perankan’ itu hadir dari perkataan Melayu yang bermaksud ‘anak’ atau ‘dilahirkan dalam negara’.

Sekitar majlis pelancaran "A Peranakan Heritage" untuk National Geographic Channel. Foto -Arkib Wanista
Sekitar majlis pelancaran “A Peranakan Heritage” untuk National Geographic Channel. Foto -Arkib Wanista

Sering kali disapa dengan gelaran masyarakat Baba Nyonya, komuniti unik ini sering terkenal dengan keistimewaan budayanya yang penuh dengan kesenian unik.

Kebudayaan Peranakan sering diukur melalui masakan, pakaian, barang perhiasan diri seperti emas dan aksesori serta seni bina penempatannya. Kesemua elemen ini adalah bernilai, dilihat sebagai suatu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dek kerana keagungannya. Bahkan, sesetengahnya masih mengamalkan dan mengekalkan cara hidup yang sama seperti nenek moyang mereka terdahulu.

Foto -Arkib Wanista
Demonstrasi membuat sejenis pemanis mulut Perankan yang digelar ‘Apam Berkuah’. Foto -Arkib Wanista

Terdapat tiga buah siri yang diperkenalkan menerusi “A Peranakan Heritage” termasuklah:-

1. “Portraits of the Peranakan”, with Sherman Ong (Bermula 20 Julai)

Sebuah siri yang terdiri dari 5 episod istimewa -bakal mengetengahkan peranan Sherman Ong, seorang jurugambar dan pembikin filem terkemuka dalam pengembaraannya ke serata Asia Tenggara untuk mendalami serta merakam detik-detik serta elemen terindah kaum Peranakan menerusi lensa kameranya.

2. “In Search of the Straits Born, With Julian Davison” (Rabu, 27 Julai, 10:00pm)

Jualian Davison akan membawa penonton ke satu alam menarik untuk memahami sejarah serta kebudayaan kaum Peranakan dari perspektif ahli antropologi secara terperinci.

3. “Gok’s Chinese Takeaway – Malacca, Malaysia” (Rabu, 3 Ogos, 10:00pm)

Penata gaya British, seorang pengacara televisyen dan penulis buku masakan hidangan Cina, Gok Wan akan meneroka keindahan masakan dan hidangan menarik di Malaysia, memfokuskan resepi turun-temurun istimewa kaum Perankan sejak lebih 500 tahun dahulu.

Senarai Ikon Merah Jambu Yang Mesti Anda Kenal!

$
0
0
Watak utama filem Legally Blonde, Elle Woods lakonan Reese Witherspoon.

Pernah menonton filem MEAN GIRLS? Kalau anda mempunyai jiwa yang feminin, pasti anda akan kenal benar dengan dialog yang berbunyi “On Wednesday, We Wear Pink!”, dipetik dari filem ikonik lakonan Lindsay Lohan, Rachel McAdams dan ramai lagi.

Wanita dan warna merah jambu sering kali dikaitkan bersama. Dunia meletakkan rona merah jambu atau pink sebagai simbol khas yang merujuk kepada gadis serta wanita.

Begitu juga dengan kebanyakkan filem-filem seantero dunia. Watak perempuan feminin lazimnya memiliki jenis karakter yang menjurus ke arah obsesi pink. Ia sering kali diketengahkan bagi menarik minat penonton yang terdiri daripada kaum hawa dari pelbagai peringkat umur.

Untuk itu, Wanista senaraikan beberapa ikon pink yang perlu anda ketahui.

#1 Sharpy Evans @ Ashley Tisdale : The High School Musical

1

 

#2 London Tipton @ Brenda Song : The Suite Life of Zack & Cody

2

 

#3 Regina George @ Rachel McAdams : Mean Girls

Mean Girls v08

 

#4 Shelly Darlingson @ Anna Faris : The House Bunny

The-House-Bunny-stills-the-house-bunny-5941234-1949-1300

 

#5 Elle Woods @ Reese Witherspoon : Legally Blonds

legally-blonde_reese-witherspoon_glamour_26feb14_rex_b_720x1080

 

#6 Carrie Bradshaw @ Sarah Jessica Parker : Sex and the City

main.original.640x0c

 

#7 Alicia Silverstone @ Cher Horowitz : Clueless

ir59xk-l

 

#8 Blair Waldorf @ Leighton Meester : Gossip Girl

61ed636e6f52a9d3bcc450fb19965a99

 

#9 Rachel Green @ Jennifer Aniston : F.R.I.E.N.D.S

1086522_1343487961904_full

 

#10 Holly Golightly @ Audrey Hepburn : Breakfast at Tiffany’s

audrey-hepburn-breakfast-at-tiffanys-pink-tiara

 

#11 Chanel Oberlin @ Emma Roberts : Scream Queens

sq_38-emma-roberts-ad-singles_2665_pw_hires1

 

Rihanna Punyai Hobi Aneh, Gemar ‘Mencuri’ Gelas Wain?

$
0
0
sub-buzz-4896-1469720902-3

Baru-baru ini, ada seorang pengguna Twitter menyatakan sebuah perbuatan ketara yang sering dilihat dalam foto-foto kandid Rihanna -memegang gelas wain sambil bergerak keluar dari premis yang disinggahnya. Hmm

Tak percaya?

Okay… Sabar sekejap.

Gif -Giphy
Gif -Giphy

Rihanna boleh digelar sebagai ‘diva’ kerana dia adalah antara individu yang langsung tidak pernah ambil pusing tentang anggapan orang lain. Senang kata, dia ini agak keras kepala dan jenis langsung tak ambil peduli like “apa aku kisah”. 

sub-buzz-11178-1469720845-5

CoaOZPFXEAAgFhM

Berjalan keluar dari premis sambil membawa gelas tanpa rasa bersalah…

sub-buzz-4896-1469720902-3

Jenis selamba dan sempoi sebab dia tahu dia perfect dan tiada siapa boleh menghalang dia. QUEEN sangat!

When-You-Go-Interview-Ask-What-Your-Greatest-Weakness

Sampai ke dalam kereta pun masih…

CoaNWjtXEAAX1dt

Sebenarnya, ‘mencuri’ gelas wain ini bukanlah hobi baru Rihanna. Sejak dahulu lagi dia memang begitu…

sub-buzz-3484-1469711243-4

Kalau bukan gelas wain, gelas biasa pun boleh juga!

tumblr_inline_nzgs9sAfXu1rpqds5_540

Barangkali, dirinya terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk membeli-belah perkakas dapur di Ikea. Ambil kepunyaan restoran pun jadilah…

CoaLI7DWYAIHqiD

Ternyata, Rihanna seorang yang berani mati.

Gif -giphy
Gif -giphy

Jadi, apa agaknya yang Rihanna buat dengan semua gelas wain tu?

SUMBER

11 Kumpulan Dinamik Yang Akan Berentap Dalam ‘The Amazing Race Asia’ Musim Ke-5

$
0
0
Allan Wu, pengacara untuk musim ke-5. Foto -Arkib Wanista

Anda dah bersedia untuk The Amazing Race Asia musim ke-5?

AXN, saluran hiburan utama di Asia, hari ini memperkenalkan 11 kumpulan yang akan berentap dalam ‘The Amazing Race Asia’ Musim Ke-5 bagi merebut hadiah berjumlah AS$100,000 dolar (melebihi RM400,000). Malaysia diwakili oleh 3 kumpulan bertenaga yang terdiri daripada pasangan sahabat baik Yvonne dan Chloe, adik-beradik Alex dan Will, serta rakan lama sekolah Brandon dan Alphaeus.

Wakil peserta wanita Malaysia, Yvonne and Chloe. Foto - Arkib Wanista
Wakil peserta wanita Malaysia, Yvonne dan Chloe. Foto – Arkib Wanista

Dijadual untuk ditayangkan pada Oktober, siri pengembaraan realiti paling popular musim ke lima ini akan dihoskan oleh pelakon Asia-Amerika Allan Wu, yang juga merupakan hos bagi empat musim pertama siri perlumbaan AXN dan yang terbaharu The Amazing Race China: Celebrity Edition.

Turut serta bersama Allan bagi menghoskan beberapa bahagian di dalam perlumbaan ini ialah pelakon jelita Indonesia, Tara Baso. Aktres yang sangat berbakat ini pernah memenangi Anugerah Citra bagi kategori Pelakon Wanita Utama Terbaik pada Festival Filem Indonesia untuk lakonannya dalam filem A Copy of My Mind.

Wakil Malaysia, Brandon dan Alphaeus. Foto - Arkib Wanista
Wakil Malaysia, Brandon dan Alphaeus. Foto – Arkib Wanista

11 kumpulan yang terpilih dari tujuh negara di Asia ini benar-benar mewakili kepelbagaian personaliti, latar belakang, bakat dan hubungan. Mereka terdiri daripada DJ di Singapura hinggalah ratu cantik di Filipina. Barisan kumpulan ini termasuklah:

  • Rach dan Vicky – Hos Pelancongan, Indonesia
  • Louisa dan Treasuri – Rakan Sejak Kanak-kanak, Indonesia
  • Yvonne dan Chloe – Sahabat, Malaysia
  • Alex dan Will – Adik-beradik, Malaysia
  • Brandon dan Alphaeus – Rakan Lama Sekolah, Malaysia
  • Eric dan Rona – Suami Isteri, Filipina
  • Parul dan Maggie – Ratu Cantik, Filipina
  • JK dan Mike – DJ Radio, Singapura
  • Rei dan Kenji – Adik-beradik, Singapura
  • Tom dan Anita – Pasangan Kekasih, Thailand
  • Lisa dan Nicole – Pasangan Hidup, Vietnam
Juga wakil Malaysia, Alex dan Will. Foto - Arkib Wanista
Juga wakil Malaysia, Alex dan Will. Foto – Arkib Wanista

Produksi bagi The Amazing Race Asia Musim Ke-5 akan bermula minggu depan. Siri ini akan diterbitkan oleh Profiles Television, sebuah syarikat produksi antarabangsa yang telah memenangi pelbagai anugerah, yang diasaskan oleh penerbit terkenal Bertran Van Munster dan Elise Doganieri. The Amazing Race Asia Musim Ke-5 ditaja oleh Wonderful Indonesia dan penaja bersama Garuda Indonesia, Grab dan Great Eastern.


Senarai 10 Bintang K-Pop Yang Miliki Tulisan Tangan Paling Cantik & Menarik!

$
0
0
Foto -pinterest

Sama seperti cara bertutur mahupun cara makan, tulisan juga bisa menjadi tali pengukur untuk kita mengenali serta memahami sifat seseorang. 

Guru di sekolah juga sering sahaja memarahi anak murid dek kerana tulisan yang dianggap ‘cakar ayam’ kerana sukar untuk membacanya malah bagi diri anda yang turut mempunyai tulisan yang buruk, pasti anda sering dihantui tohmahan negatif sekaligus dikaitkan dengan sifat-sifat buruk seperti pemalas, cemerkap dan sebagainya.

 

Gif -tumblr
Gif -tumblr

Berlawanan pula dengan rakan-rakan anda yang memilii tulisan tangan cantik. Mereka sering dipuji dan dibangga-banggakan. Ya, itu mungkin personaliti seorang yang tertib.

Ini dia Wanista kongsikan bersama dengan anda 10 bintang K-Pop yang bukan sahaja hebat kala beraksi di atas pentas bahkan juga memiliki tulisan tangan paling cantik! Siapa dia mereka ini?

#1 Super Junior Lee Teuk

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Ketua kumpulan ini telah menghantar sepucuk surat kepada peminat mereka kerana itu sahajalah salah satu cara selain mesej melalui Twitter mahupun Instagram. Ternyata Lee Teuk adalah seorang lelaki yang budiman, bahkan tulisan tangannya membuatkan peminat jadi lebih terharu.

#2 Girl’s Generation SeoHyun

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Tulisan tangan adalah beza-beza bagi setiap orang. Ia adalah sesuatu yang sangat unik. Tulisan milik jetawan ini ternyata mencerminkan sifat yang dimilikinya seperti comel, ringkas dan feminin. Tulisan tangan SeoHyun sangat rapi dan kemas! Sejuk mata memandang kan?

#3 EXO Xiumin

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Tak sangka betul, meskipun menggunakan teknik tulisan bersambung, tulisan milik Xiumin mungkin lebih rapi dari tulisan-tulisan selebriti lelaki yang lain.

#4 Girl’s Day Sojin

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Seperti Xiumin, tulisan tangan kepunyaan Sojin juga bersambung! Cantik juga, ada style! Mesti Sojin ini seorang individu yang kreatif dan pasti otaknya bergerak lebih laju.

#5 BTOB Im HyunSik

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Sebab tu orang kata, jangan hanya menilai rupa semata-mata. Meskipun kurang terkenal berbanding ahliahli kumpulan BTOB yang lain, HyunSik memiliki tulisan yang tersangatlah tersusun! Seperti ditaip menggunakan komputer pula! Yup! Terserlah kelebihannya di situ.

#6 SISTAR Hyorin

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Hyorin bukan sahaja Elegen dari segi susuk tubuh dan cara berpakaiannya, tulisan tangan milik gadis ini pun sama padan dengan kecantikkan fizikalnya!

#7 VIXX N

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Sudahlah memiliki wajah yang sempurna, tulisan tangannya pun nampak sungguh berkarakter. Dia yang merupakan ketua kumpulan paling tua, merupakan seorang yang pandai menjaga adab serta seorang yang tenang belaka.

#8 Bangtan Boys Rap Monster

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Mengikut sumber, tulisan tangan jejaka ini sering berubah-ubah. Setiap satu huruf yang ditulisnya mempunyai kelainan tersendiri.

#9 Winner Nam Taehyun

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Gaya tulisan Taehyon adalah jenis yang telah dipermudahkan. Jejaka ini gemar menggunakan singkatan. Bentuk tulisannya pula agak kreatif dan sedikit condong ke tepi membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana naik cair… Seperti rangkap karangan yang digubah dalam Microsoft Word, Taehyon memanfaatkan tulisan dan ungkapan yang diturunkannya ke dalam kertas menggunakan pembahagian perenggan. Cukup versatile tak?

#10 Rainbow Jisook

Foto -kpopmap
Foto -kpopmap

Ada orang gemar membuat peta minda mahupun lebih rela meluahkan ideologi menerusi lukisan visual agar ia lebih menonjol dan mudah difahami, tetapi lain pula dengan bintang yang bernama Jisook ini. Dirinya gemar membuat penerangan lanjut melalui rangkap tulisan yang diikuti dengan rajah genit untuk menjelaskan penerangannya. Alahai, comel sangat!

Jadi, tulisan milik selebriti mana kegemaran anda?

 

SUMBER

Farah Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan 17 September Ini

$
0
0
Foto -Farah Fauzana

Bekas penyampai radio, Farah Fauzana bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan berusia 30-an pada 17 September ini.

Perkara tersebut disahkan Farah Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 36, dalam satu sidang media yang diadakan di De Wan, Neo Damansara pada petang Isnin.

Menurut Farah, lelaki pilihan hatinya itu seorang lelaki bujang dikenali sebagai Hafiz yang berasal dari Perak tetapi menetap di Shah Alam.

“Sukacita saya umumkan yang saya akan melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan saya pada 17 September 2016.

“Majlis akad nikah akan berlangsung pada jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi pada pukul 12 tengahari di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara yang akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabat saya,” katanya pada sidang media tersebut.

Tambahnya lagi, dia mengenali Hafiz sejak dua tahun yang lalu sebelum majlis merisik di kediamannya pada Februari lepas.

“Tiada majlis pertunangan selepas ini dan kami mengambil keputusan untuk terus melangsungkan perkahwinan.

“Sepanjang dua tahun perkenalan, selalu juga kami keluar bersama tetapi orang mungkin tidak perasan kerana kami selalunya keluar dengan kawan-kawan yang lain.

“Saya dikenalkan dengan Hafiz oleh seorang teman ketika kami sama-sama menghadiri sebuah majlis. Dari situ kami saling berhubung dan tidak sangka pula kami serasi,” katanya.

Farah berkata, keperibadian Hafiz menyebabkan dia terbuka hati untuk menerima kehadiran lelaki tersebut ke dalam hidupnya.

“Hafiz seorang yang pendiam, penyabar dan yang paling penting mempunyai pegangan agama. Kami banyak persamaan dari beberapa sudut cuma dia ‘kurang gila’.

“Dia juga seorang yang memahami kerjaya saya dan tidak pernah suruh saya berhenti kerja selepas bergelar isteri nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farah turut berkongsi tentang ibu dan bapanya yang tidak pernah memberikan tekanan mengenai jodoh.

“Mereka ialah ibu dan bapa paling ‘sporting’. Saya bersyukur kerana mereka selalu memberi semangat kepada saya dan menyokong saya selama ini.

“Selalunya yang rajin bertanya tentang perkahwinan ini, makcik-makcik saya,” selorohnya.

Terdahulu, menerusi laporan Kosmo Online pada Ahad memberi bayangan Farah Fauzana atau lebih dikenali dengan panggilan FaFau bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas menghantar undangan ke majlis sidang media baru-baru ini menggunakan “RSVP by Fara Fauzana”.

SUMBER

Tampil Tanpa Seurat Benang, Lea Michele Tayang Tatu Nama Mendiang Kekasih

$
0
0
Foto - www.bustle.com

Pelakon siri Glee, Lea Michele tampil berani beraksi tanpa seurat benang bagi menghiasi keluaran terbaharu majalah kesihatan Women’s Health UK.

“Buat masa ini, secara fizikalnya saya berada dalam bentuk yang terbaik, dan emosi juga. Saya tidak sempurna, saya tidak cuba untuk menjadi gadis yang sempurna, tetapi saya sukakan diri saya sendiri, kelemahan dan semua yang ada pada diri,” jelas Michele dalam Women’s Health UK edisi bulan September 2016.

Menjadi tumpuan dalam edisi berjudul ‘the naked issue’ kali ini, Lea menunjukkan secara jelas tatu dengan nama mendiang kekasihnya ‘Finn’ di bahagian kiri punggungnya.

Tatu itu didedikasikan Lea buat mendiang kekasihnya, Cory Monteith yang membawa watak Finn Hudson dalam drama muzikal popular itu. Cory ditemui mati di sebuah bilik hotel di Vancouver, Kanada pada 13 Julai 2013.

SUMBER

Astro Tampil Program Bertemakan Semangat Kebangsaan Sempena Kempen Negaraku 2016

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2016, Astro bakal memberikan penghormatan kepada Malaysia serta rakyatnya yang berbilang bangsa menerusi kempen NEGARAKU, bermula 15 Ogos hingga 16 September, 2016 di semua landasan Astro.

Melalui kempen NEGARAKU, Astro akan menayangkan lebih 60 rancangan baharu antaranya, merangkumi kekayaan sejarah negara, kepelbagaian etnik, bahasa dan budaya masyarakat Malaysia. Astro turut menyiarkan program yang diterbitkan khas demi mengangkat budaya dan bangsa Malaysia seperti:

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
  • Harimau Malaya 1980 (Astro ARENA) – Berkisahkan jejak langkah perjuangan serta pengorbanan pasukan bola sepak Malaysia pada tahun 1980 yang berjaya mengharumkan nama negara. Basir Siswo merupakan penerbit utama bagi dokumentari ini, manakala, Chiu, pengarah di Astro yang pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman, adalah penasihat dokumentari ini.
  • TUN ABDUL RAZAK: 40 TAHUN DALAM KENANGAN (Astro PRIMA) – Dokumentari ini mengupas legasi insan yang telah berkhidmat sebagai tulang belakang dalam kemajuan serta perkembangan ekonomi negara.
  • Kami Anak Malaysia (Astro PRIMA) – Berkongsi maksud kemerdekaan kepada rakyat Malaysia berusia 20-an yang membesar dalam arus kemajuan Malaysia yang moden.
  • Road to Nationhood: Journey to Independence (HISTORY) – Menceritakan sejarah dari 1941 hingga 1965, bermula dari proses awal pembentukan Malaysia dalam mencapai kemerdekaan.

Berlangsung selama enam (6) minggu, NegaRAKU akan mempersembahkan barisan artis indie yang tidak asing lagi dalam industri muzik indie, seperti kumpulan Monoloque, Plague of Happiness, Tres Empre, Aru & The Republic, Massacre Conspiracy dan Artefacts yang masing-masing terkenal dengan genre muzik yang berlainan seperti rock, alternatif, djent, ska-punk, Nu-Santara dan reggae. Siri jelajah NegaRAKU ini akan bermula pada 20 Ogos di Pahang, diikuti dengan Melaka (27 Ogos), Sarawak (3 September), Sabah (10 September), Kuala Lumpur (17 September) dan berakhir di Johor pada 24 September dengan kerjasama Seni JB Arts Festival.

Kempen Derma Darah KitaSama

Dengan kerjasama Pusat Darah Negara Malaysia dan 40 hospital di seluruh Malaysia, Astro akan menjalankan Kempen Derma Darah KitaSama di 7 buah lokasi seluruh Malaysia:

  • City Mall KSL, Johor Bahru (19 & 20 Ogos)
  • Berjaya Mall, Kuantan (20 & 21 Ogos)
  • Ipoh Parade, Ipoh (3 & 4 September)
  • Cheras Leisure Mall, Lembah Klang (3 & 4 September)
  • Prangin Mall, Pulau Pinang (10 – 11 September)
  • Suria Sabah, Kota Kinabalu (10 – 11 September)
  • Boulevard Kuching (16 September)

Layari laman web www.astro.com.my untuk keterangan lebih lanjut mengenai Negaraku dan Kempen Derma Darah KitaSama.

OMG! 7 Gambar Bigbang Top Dalam Majalah Cosmopolitan China Bikin Wanita Cair

$
0
0
Foto - dramafever

Tidak perlu diperkatakan lagi tentang salah seorang ahli Bigbang, Top. Orangnya yang segak dengan suara garau cukup seksi, rupa paras yang sangat ‘man’ serta kulit sawo matang malah penampilan yang sentiasa kemas dan sopan ini sentiasa membuatkan ramai wanita jatuh cinta padanya.

Buktinya, Top sebelum ini pernah dipilih sebagai pemuzik paling seksi tahun 2013 oleh penonton saluran Fuse TV di Amerika Syarikat. Top berjaya menewaskan 14 penyanyi dari seluruh dunia termasuk Harry Styles, Justin Bieber, Justine Timberlake dan Jay Z.

Bersempena dengan ulang tahun ke-23 Majalah Cosmopolitan China edisi bulan September, Top diberi penghormatan menjadi penghias kulit muka depan. Auranya terserlah apabila mengenakan pelbagai rekaan dari sut serba biru, jaket belang, sweater bercetak dan juga long coat. Hallyu star ini membuktikan dia mampu menggayakan apa sahaja yang diberi dengan mudah!

Jom tengok!

Foto - dramafever
Foto – dramafever
Foto - dramafever
Foto – dramafever
Foto - dramafever
Foto – dramafever
Foto - dramafever
Foto – dramafever
Foto - dramafever
Foto – dramafever
Foto - dramafever
Foto – dramafever

SUMBER

Filem Tamil Kabali Kutip RM12 Juta Dalam Tempoh Seminggu

$
0
0
Foto - www.thehindu.com

Terkini, filem tamil Kabali yang dibintangi legenda, Rajinikanth bagai ‘pisang goreng’ panas dengan kutipan jualan tiket di pawagam di seluruh negara mencecah RM12 juta dalam tempoh tujuh hari ditayangkan.

Penerbit bersama filem itu Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata Kabali yang menemui penonton di seluruh negara sejak 22 Julai lepas masih mendapat sambutan luar biasa apabila kesemua tiket habis dijual di beberapa pawagam.

“Hasil jualan tiket Kabali di Malaysia sahaja telah mencatat RM12 juta setakat hari ini,” katanya.

Abdul Malik yang juga pemilik syarikat Malik Streams berkata kutipan bagi Kabali versi Melayu pula masih tidak diketahui berikutan filem itu baru sahaja bertemu peminat pada Jumaat lepas di beberapa pawagan tertentu di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sambutan bagi filem yang dialih suara daripada bahasa Tamil ke bahasa Melayu buat kali pertamanya dalam dunia perfileman negara mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai kaum khususnya masyarakat Melayu.

Abdul Malik berkata filem versi Melayu itu ditayangkan di 48 pawagam di seluruh negara dan ia juga akan ditayangkan di Indonesia, Thailand dan China pada akhir bulan ini.

“Ramai yang menyukai versi Melayu kerana ia memberikan suatu pengalaman yang berbeza dan filem versi Melayu juga mempunyai klimaks yang agak berbeza dengan versi asal,” jelasnya. 

Abdul Malik juga berkata kutipan hasil jualan tiket bagi Kabali versi Tamil di seluruh dunia pula telah mencapai AS$58.62 juta (RM236 juta) dalam tempoh tujuh hari dan merupakan kutipan paling banyak bagi filem Tamil setakat ini.

Dalam filem Kabali, Superstar Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao memegang watak samseng Don di Malaysia, dan dikenali sebagai Kabaliswaran yang merupakan judul filem tersebut.

Filem sentuhan pengarah India Pa. Ranjith itu yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur dan Pulau Carey turut menampilkan pelakon tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan serta pelakon terkenal Taiwan, Winston Chao.

SUMBER

Tayangan Perdana ‘Scarlet Heart’ di Saluran ONE Serentak Dengan Waktu di Korea

$
0
0
Foto - Arkib Wanista

Drama berjudul Scarlet Heart merupakan antara drama yang paling dinantikan di Korea Selatan. Mengambil judul yang sama dengan drama bersiri popular Cina, Scarlet Heart bakal menemui penonton yang budiman bermula pada 29 Ogos, setiap Isnin dan Selasa pada jam 9 malam buat julung kali dan eksklusif hanya di saluran ONE.

Siri drama Cina asalnya telah dinobat sebagai antara produksi drama romantik paling popular di Asia dan penghasilan semulanya dalam versi Korea juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton termasuk pengamal industri sejak kali pertama ia diumumkan.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Membariskan pelakon-pelakon yang hebat, Scarlet Heart dihasilkan sama dengan drama Cina yang asal namun mengambil latar belakang dinasti Goryeo di Korea berbanding dinasti Qing di China. Teraju utama yang memegang watak antagonis dalam drama ini ialah pelakon, penyanyi dan komposer terkenal IU, yang berperanan dalam karektor masa silam jauh dari era moden kini. Di masa lalu, dia mendapati dirinya terperangkap antara kancah tipu helah rantaian politik dan cinta melibatkan putera-putera raja Goryeo yang dilakonkan oleh Lee Joon Ki, Kang Ha Neul, Hong Jong Hyun, Baek Hyun (anggota kumpulan EXO) Nam Joo Hyuk dan Ji Soo. Turut membintangi drama ini ialah aktres popular, Kang Han Na dan juga anggota kumpulan Girl’s Generation Seol Hyun yang memainkan watak puteri raja.

Drama bersiri ini diterajui oleh Kim Kyu Tae, yang sebelum ini pernah mengarahkan drama seperti That Winter, the Wind Blows. Scarlet Heart akan pra-dihasilkan sepenuhnya untuk jangka 20 episod dan sedang melalui proses pasca produksi selepas selesai penggambarannya pada awal bulan lalu.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Scarlet Heart akan ditayangkan pada 29 Ogos SERENTAK DENGAN WAKTU TAYANGAN KOREA, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam buat julung kali dan eksklusif hanya di saluran ONE.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.ONEtvasia.com.


Inspirasi! 10 Bintang K-Pop Paling ‘Rock’ Dengan Rambut Blonde

$
0
0
Foto - www.kfashionista.com

Manusia cepat bosan dengan penampilan diri. Begitu juga dengan gaya dan warna rambut yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Pewarnaan rambut adalah cara paling mudah sekali dalam mengubah penampilan diri. Rata-rata warna asli rambut orang Asia adalah hitam. Biasanya kebanyakan wanita Asia yang suka mewarna rambut memilih untuk mencerahkan sedikit warna rambut kepada warna-warna semulajadi seperti coklat keperangan.

Namun lain orang lain citarasanya. Kini warna-warna terang juga sudah menjadi trend bagi mengubah warna rambut. Malah yang untuk yang lebih berani,warna rambut pelangi juga sudah sedia menjadi trend.

Begitu juga dengan Bintang K-Pop yang sentiasa dilihat merubah warna rambut mereka dengan kerap, sama ada setiap kali kemunculan semula ataupun setiap bulan. Hitam, coklat, biru, pelangi, merah jambu, blonde, ungu – semua mereka telah mencubanya. Malah, ramai berpendapat apa sahaja warna diberi, pasti terlihat elok pada mereka. 

Ini antara beberapa bintang K-Pop yang ‘rock’ dengan warna rambut blonde pilihan Wanista!

#1 Bigbang G Dragon

Foto - www.koreanhairstyle.net
Foto – www.koreanhairstyle.net

#2 Winner Nam Taehyun

Foto - fy-winner.com
Foto – fy-winner.com

#3 2NE1 Sandara Park

Foto - parksiblings.wordpress.com
Foto – parksiblings.wordpress.com

#4 GOT7 Jackson

Foto - zheshioverdose.tumblr.com
Foto – zheshioverdose.tumblr.com

#5 f(x) Krystal

Foto - twitter.com
Foto – twitter.com

#6 Bigbang TOP

Foto - www.dramafever.com
Foto – www.dramafever.com

#7 2NE1 CL

Foto - aminoapps.com
Foto – aminoapps.com

#8 SNSD Taeyeon

Foto - onehallyu.com
Foto – onehallyu.com

#9 After School Nana

Foto - www.soompi.com
Foto – www.soompi.com

#10 Sistar Bora

Foto - www.pinterest.com
Foto – www.pinterest.com

Berlaku Diskriminasi, Afdlin Shauki Umum Boikot #FFM28

$
0
0
Foto - www.cinema.com.my

Senarai penuh calon Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 terus bergelumang kontroversi.

Pencalonan yang diumumkan malam tadi menyaksikan bukan sahaja kredibiliti calon akhir diragui, malah pembahagian kategori juga mengundang kritikan khalayak.

Tiga kategori yang turut dipertandingkan tahun ini iaitu Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik dibahagikan kepada dua kategori, Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia.

Pembaharuan ini sekaligus membawa persoalan dalam kalangan penggiat dan penggemar filem tanahair. Dek kerana itu juga, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap diskriminasi yang dilakukan itu.

Malah, pelakon dan juga pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki mengejutkan peminat industri hiburan apabila mengumumkan dia memboikot Festival Filem Malaysia 2016 (FFM).

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagramnya.

“Maaf, tahun ini saya boikot FFM. Bilalah rakyat Malaysia tak kira bangsa akan betul-betul dihargai karya-karya seni mereka sebagai karya Malaysia. Semoga berjaya kepada semua yang tercalon!!! FFM semoga maju jaya juga.”

FFM28 bakal berlangsung 1 hingga 3 September di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre.

SUMBER

MasterChef Australia Musim Ke-8 Kembali Lagi!

$
0
0
Foto - Arkib Wanista

Kembali untuk musim ke-8, MasterChef Australia tahun ini bakal membawa yang terbaik dan menggabungkannya dengan lebih ramai tukang masak jemputan antarabangsa yang terkemuka, bakat baharu yang mneyerlah dan cabaran menarik untuk menjadikan siri ini benar-benar mengagumkan.

Juri MasterChef Australia Gary Mehigan, Matt Preston dan George Calombaris kembali untuk berkongsi bakat unik dan kebolehan mereka dengan kumpulan peserta yang terbaharu ini, menggalakkan dan mencabar mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk memasak dengan lebih bijak, melahirkan kreativiti dan mengatasi segala halangan.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

24 peserta terbaik mesti bersedia untuk cabaran getir dari tukang masak jemputan paling terkemuka yang bakal muncul untuk mencabar dan memberi inspirasi terbaik kepada para peserta untuk julung kalinya.

Pemenang bukan sahaja akan memperolehi pengalaman amat berharga dan gelaran MasterChef Australia 2016 tetapi juga bakal memenangi wang tunai $250,000 serta ruang bulanan dalam majalah makanan terkenal Australia, Delicious.

Musim ini juga memperkenalkan segmen baharu iaitu kotak misteri pilihan istimewa penonton, di mana bahan masakan dalam kotak telah dipilih oleh peminat MasterChef Australia melalui laman media sosial.

MasterChef Australia adalah pertandingan memasak yang unik, ia merubah kehidupan, memberi inspirasi kepada orang ramai dan memikat hati tukang masak terbaik dunia.

Info lanjut, boleh ke Facebook Lifetime Asia.

Carrera Taja Tayangan Perdana Filem Penjahat Paling Gempak Suicide Squad Menampilkan Joker!

$
0
0
Foto -suicidesquad.com

Anda dah sedia untuk tonton filem aksi paling gempak Suicide Squad di pawagam sekitar Malaysia mulai hari ini? 

Jenama kaca mata terulung yang sering menampilkan rekaan bergaya untuk si pria maskulin, Carrera adalah salah satu penaja utama bagi majlis pelancaran filem Suicide Squad terbitan Warner Bros. Pictures.

Joker & Harley Quinn bergabung untuk
Joker & Harley Quinn bergabung untuk mencari mangsa dalam Suicide Squad.

Filem Suicide Squad adalah platform paling tepat untuk digunakan oleh Carrera bagi memperkenalkan aksesori rekaannya kerana pelakon utama yang membawa watak penjahat “Joker” dalam filem ini adalah Jared Leto, duta jenama Carrera untuk tahun 2016.

Jared Leto ketika majlis tayangan perdana filem Suicide Squad di New York, 1 Ogos lepas. Foto -Arkib Wanista
Jared Leto yang melakonkan watak Joker ketika majlis tayangan perdana filem Suicide Squad di New York, 1 Ogos lepas. Foto -Arkib Wanista
Margrot Robbie turut serta dalam acara gilang-gemilang tajaan Carerra. Foto -Arkib Wanista
Margot Robbie yang memegang watak sebagai Harley Quinn turut serta dalam acara gilang-gemilang tajaan Carerra. Foto -Arkib Wanista

Jangan ketinggalan untuk menonton filem fiksyen paling hangat tahun ini, menggabungkan watak-watak penjahat yang disunting dari karakter popular buku komik seperti Harley Quinn (teman wanita Joker), Boomerang, Diablo, Enchantress, Deadshot, Katana, Killer Croc, Slipknot dan Rick Flag.

Para pelakon Suicide Squad. Foto -Arkib Wanista
Para pelakon Suicide Squad. Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.suicidesquad.com

17 Perilaku Yang Sinonim Dengan Wanita!

$
0
0
Foto - www.pinterest.com

Kehidupan sebagai seorang wanita sangat sukar. Terutamanya apabila anda sepatutnya menikmati percutian indah di pulau tetapi tiba-tiba period datang ketika itu, mulanya nak pakai white loose dress tetapi terpaksa berkabung pakai hitam sebab takut ada tompokan merah. Tengok tutorial mekap di Youtube nampak senang tetapi anda berakhir seperti zombi. Nak keluar rumah, siap pakai korset ataupun spanx sebab tak mahu perut menggeleber nampak buncit. Aduhai, semua ini buat anda penat dan stress.

Cassandra Calin, seorang artis dari Kanada menggambarkan kehidupan wanita yang penuh ironi ini dalam bentuk komik yang menghiburkan. Dia menjelaskan, “Saya lukis komik ini ilham dari kehidupan dan pengalaman saya.”

Apa yang pasti semua nukilan karya Cassandra benar-benar relate dengan wanita dan paling penting sangat kelakar, malah, penulis sempat ketawa melihat setiap kartun tersebut sebab ianya memang terjadi pada diri kita semua.

#1 Bila anda pakai push-up bra, korset ataupun spanx.

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#2 Ini biasa sangat. Bukan main posing tetapi yang keluar… Sadis sungguh!

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#3 Ini terjadi pada penulis sendiri. Serius menyampah bila tengok.

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#4 Alasan biasa wanita setiap kali datang bulan!

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#5 Senario yang biasa untuk wanita yang mewarnakan kuku, semua benda tidak boleh dilakukan sebab takut kuku rosak. Duhhh!!

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#6 Gambar ini main The Sims, kalau penulis tengok Running Man ataupun layan drama Korea. Ada sesiapa tak macam ini?

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#7 Soalan yang akan ditanya bila wanita tak pakai mekap. Tolonglah jangan banyak bunyi!

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#8 Setiap kali pakai eyeliner. Kena berlatih banyak kali kalau nak dapatkan eyeliner yang sempurna.

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#9 Damn It!

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#10 Tengok mekap tutorial nampak senang tetapi bila anda praktik, terus jadi zombi.

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#11 Sebelum & Selepas!

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#12 Oh no! Siapalah yang tagged gambar macam ni. Ishhh…

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#13 LOL!

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#14 Awal-awal je nampak elok, lama-lama dah kembali semula pada yang asal. Hampeh!

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#15 Alasan sebab tak nak bagi gincu hilang/rosak.

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#16 OMG! Mulalah fikir perkara negatif.

Foto - Cassandra Calin
Foto – Cassandra Calin

#17 Dalam TV memang semua nampak cantik, tidur pun siap pakai mekap.

Foto - www.boredpanda.com
Foto – www.boredpanda.com

SUMBER

 

Viewing all 1584 articles
Browse latest View live