Senaman zumba difatwakan sebagai aktiviti tarian dan senamrobik yang haram disertai umat Islam. Namun ia terus popular di Sabah.
Tarian yang dicipta sekitar 1990-an oleh Zumba Fitness mendapat tempat di negara ini beberapa tahun lalu dan beberapa mufti, termasuk di Sabah, mengharamkan.
Namun selepas dua tahun berlalu, ia masih terus diminati orang Islam. Oleh mufti Sabah terpaksa mengeluarkan surat peringatan khas mengingatkan larang tersebut.
Dalam surat pekeliling bertarikh 19 Julai lalu, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menggesa umat Islam menjauhi senaman tersebut dengan alasan zumba, antaranya, melibatkan “pakaian mencolok mata, berunsur erotik dan muzik keterlaluan.”
Menurut surat tersebut, seperti disebarkan di media sosial Facebook baru-baru ini, fatwa mengenai pengharaman zumba dibuat pada April 2014 oleh mufti Sabah.
Dihubungi kelmarin, Aziz berkata fatwa zumba haram disebarkan tahun kerana senaman rancak dan dinamik itu semakin mendapat tempat di hati peminatnya.
“Bagaimanapun, keputusan itu masih belum diwartakan melalui undang-undang dan surat ini dikeluarkan sebagai peringatan,” katanya kepada ProjekMMO.
“Agama Islam tidak pernah menghalang golongan wanita membabitkan diri mereka di dalam sukan.
“Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira kerana bersukan dan beriadah merupakan “hiasan hidup”.
Infinite Challenge, program aneka ragam nombor satu di Korea, bakal menghangatkan hari anda dengan penampilan khas Bigbang G-Dragon.
Bakal ke udara pada Sabtu ini 13 Ogos jam 8 malam hanya di saluran Oh! K (Astro Ch. 394), turut serta dalam episod kali ini juga pelakon Kim Hye Soo dan Lee Je Hoon yang pasti akan menghiburkan anda.
Sememangnya G-Dragon adalah tidak asing kepada Infinite Challenge. Tahun lepas sahaja, beliau muncul dalam Infinite Challenge Music Fest Special bersama dengan ahli kumpulannya, Taeyang.
Tahun 2012, G-Dragon juga telah mengambil bahagian dalam Infinite Challenge Office Special di mana dia telah menyamar sebagai anak pengerusi syarikat itu dan mengarahkan sekumpulan ahli dengan tugasan yang pelik-pelik.
Jadi, teruja nak melihat aksi G-Dragon, janga lupa temu janji anda di depan kaca TV pada Sabtu ini hanya di Oh! K (Astro Channel 394).
Nampaknya MTV Video Music Awards (VMA) tahun ini menyaksikan dominasi pemuzik wanita seperti Beyoncé dan Adele menerima pencalonan terbanyak.
Beyoncé mendapat 11 pencalonaan menerusi album visual miliknya, Lemonade manakala Adele pula dengan lapan pencalonan termasuklah tujuh daripadanya untuk rakaman lagu hit, Hello.
MTV Video Music Awards dijadulkan berlangsung pada 28 Ogos nanti di New York’s Madison Square Garden.
Ini antara senarai pencalonan lain:
Video Terbaik Tahunan
Hello – Adele
Formation – Beyoncé
Hotline Bling – Drake
Sorry – Justin Bieber
Famous – Kanye West
Video Terbaik Wanita
Hello – Adele
Hold Up – Beyoncé
Cheap Thrills – Sia
Into You – Ariana Grande
Work – Rihanna ft. Drake
Video Terbaik Lelaki
Hotline Bling – Drake
Don’t – Bryson Tiller
This Is What You Came For – Calvin Harris ft. Rihanna
Famous – Kanye West
Can’t Feel My Face – The Weeknd
Kolaborasi Terbaik
Freedom – Beyoncé ft. Kendrick Lamar
Work From Home – Fifth Harmony ft. Ty Dolla $ign
Let Me Love You – Ariana Grande ft. Lil Wayne
This Is What You Came For – Calvin Harris ft. Rihanna
Work – Rihanna ft. Drake
Video Hip Hop Terbaik
Hotline Bling – Drake
Panda – Desiigner
Don’t – Bryson Tiller
Angels – Chance the Rapper ft. Saba
Watch Out – 2 Chainz
Video Pop Terbaik
Hello – Adele
Formation – Beyoncé
Sorry – Justin Bieber
Wild Things – Alessia Cara
Into You – Ariana Grande
Video Rock Terbaik
Missing You – All Time Low
Adventure Of A Lifetime – Coldplay
Irresistible – Fall Out Boy ft. Demi Lovato
Heathens – Twenty One Pilots
Victorious – Panic! At The Disco
Video Elektronik Terbaik
How Deep Is Your Love – Calvin Harris & Disciples
The Girl Is Mine – 99 Souls ft. Destiny’s Child & Brandy
Selepas penyanyi Siti Adira Suhaimi disahkan hamil anak pertama, suaminya Datuk Seri Adnan Abu meminta isteri pertama turut hamil semula.
Namun permintaan Adnan, juga dikenali Datuk Red, yang mahu kedua-dua isterinya merasa pengalaman hamil bersama-sama ditolak Syarifah Norshafila Hassim, 30.
“Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali.
“Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung,” kata ibu tiga anak, seperti dilapor Utusan Malaysia.
Juga dikenali Datin Red, beliau tidak terkejut ketika mendapat khabar madunya hamil, cuma menasihati penyanyi itu menjaga kandungan dan tidak terlalu tertekan.
Syarifah berkata Adira perlu bertenang memandangkan kandungan baru masuk minggu ketujuh.
“Saya tahu dia mengandung ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya, agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres.
“Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama,” katanya.
Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke alam populariti sebagai seorang penyanyi yang berasal dari dearah perkampungan, Taylor Swift dikenali ramai kerana rambut kuningnya yang panjang dan kerinting.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Taylor telah membuat keputusan paling drastik dengan memotong rambutnya sehingga paras bahu. Bahkan, tekstur rambut aslinya yang kerinting itu diluruskan sekaligus mengubah rupa parasnya agar kelihatan lebih matang, Mungkin?
Tidak hairanlah, walau gaya rambut yang bagaimana sekalipun, Taylor masih kelihatan cantik dan ayu seperti selalu.
Foto terkini Taylor Swift berambut kerinting.
Apa yang mengejutkan, hujung minggu lepas, Taylor dilihat telah menggayakan semula gaya rambut persis mula-mula dirinya menjadi selebriti dahulu saat menghadiri majlis sambutan hari jadi teman seperjuangannya, Karlie di The Hamptons, New York.
Girl with curly hair is back!
Taylor Swift ketika masih kecil.
Tak percaya?
Taylor went to Karlie's birthday party in The Hamptons last night and had curly hair!! pic.twitter.com/ZUQTVzfbk0
Lembaga Tabung Haji (TH) menyangkal dakwaan bahawa memberi kelulusan kepada seorang artis tempatan untuk menunaikan haji selepas sebulan membuat pendaftaran haji di agensi berkenaan.
TH dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya sedia maklum mengenai rayuan artis berkenaan dan telah mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sedia ada dan tiada kelulusan diberikan kepada beliau bagi rayuan tersebut.
“Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH,” kata kenyataan itu.
Menurut TH, pihak mereka sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka, dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Oleh itu, TH memohon agar isu itu tidak disensasikan, kerana ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pendeposit TH.
Media baru-baru ini melaporkan artis Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, akan menunaikan haji bersama ibu bapanya selepas sebulan mendaftar di TH. -Bernama
Pelakon dan pelawak veteran tanah air Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Piee, 85, meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Teluk Bahang, dekat sini pada pukul 9 malam tadi akibat sakit tua.
Sahabat akrabnya, yang juga penggiat seni, Omar Md Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata beliau mengetahui mengenai kematian Piee setelah dimaklumkan oleh anak perempuan Allahyarham yang dikenali sebagai Subariah.
“Anaknya kini sedang menguruskan jenazahnya dan jenazah dijangka akan dikebumikan esok selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bahang,” katanya.
Tinjauan Bernama di kediaman rumah anak Allahyarham mendapati orang ramai terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan Allahyarham mula memenuhi perkarangan rumah itu untuk menziarahi jenazah Piee.
Shapiee dilahirkan pada 9 Jan 1931 dan telah bergiat aktif sebagai pelakon dan pengacara sejak tahun 80-an, selain telah membintangi dalam pelbagai filem tempatan seperti “Mami Jarum”, “Nana Tanjung” dan “Kongsi”.
Sementara itu, Subariah ketika ditemui berkata ayahnya sering memintanya untuk tidak bekerja dan menemaninya di rumah.
Dia, yang merupakan anak kelima, berkata Allahyarham ditemani anak dan keluarga terdekat semasa menghembuskan nafas terakhir dan ayahnya pergi dengan penuh ketenangan.
“Sebelum ayah meninggal saya ada memberinya air kerana bibirnya sangat kering. Sudah dua tiga hari arwah ayah tidak berselera untuk makan dan tidak boleh bercakap dengan lancar.
Sebagai anak yang paling rapat dengan arwah kehilangan ini amat dirasai namun saya reda dengan pemergiannya,” katanya dalam linangan air mata.
Katanya, jenazah ayahnya akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang terlebih dahulu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang seperti diminta Allahyarham, selepas solat Jumaat esok. -Bernama
Bapa kepada pelakon cantik Emma Maembong yang cedera ditetak pada petang Khamis kini sedang dirawat Unit Rawatan Rapi.
Ismail Maembong, 68, dikatakan mengalami kecederaan serius akibat disamun dan ditetak di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Difahamkan, Ismail mengalami kecederaan di bahagian kepala, jari dan siku.
“Kami masih menanti status terkini ayah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sebaik saja mendapat kepastian, kami akan membuat laporan polis. Bapa saya sedang dirawat, saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dan mohon berikan ruang kepada kami sekeluarga,” kata Emma.
Menurut sebuah laporan, sumber polis percaya suspek menggunakan parang untuk mencederakan Ismail, namun mangsa dapat menyelamatkan diri dan meminta bantuan jiran.
Kedua-dua suspek terbabit dipercayai menaiki sebuah motosikal untuk memasuki ke kawasan bangunan GAPENA di Jalan Bukit Petaling, sebelum menyamun mangsa.
Berikutan kejadian tersebut, Ismail kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit.
Sedikit demi sedikit, Yuna mengangkat dirinya dari bawah sehingga menjadi sebutir permata yang disanjung ramai orang. Penyanyi berusia 30 tahun itu telah banyak melakukan perkara yang belum pasti dapat dilakukan oleh wanita lain seusianya.
Paling terbaharu, melalui laman Instagram miliknya, Yuna memuat naik rakaman video dirinya menyelak majalah InStyle, edisi Amerika Syarikat untuk bulan Ogos.
Foto-foto Yuna diambil oleh jurugambar Joachim Mueller Ruchholtz.
Yuna dipaparkan dalam lapan muka surat penuh majalah itu, di mana Yuna mengenakan beberapa helai pakaian dan aksesori dari jenama fesyen terkemuka dunia seperti Fendi dan J.Crew.
Sebelum ini, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu ada memuat naik beberapa keping gambar dari sesi penggambaran bersama majalah tersebut, ke akaun Instagramnya.
Trending di media sosial melibatkan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan Selena Gomez yang nampaknya berbalah di laman Instagram menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.
Semuanya gara-gara tindakan Bieber meninggalkan komen yang ‘kasar’ untuk peminatnya selepas mereka mengecam Sofie Richie, model yang dikhabarkan kekasih terbaharu Bieber.
Pada Ahad lalu, menerusi laman Instagram, Bieber mengugut peminatnya dengan menyatakan dia akan menukar tetapan privasi akaun miliknya jika mereka masih berterusan mengkritik kawan baik penyanyi itu, Richie.
A photo posted by Justin Bieber (@justinbieber) on
“Saya akan memprivasikan akaun Instagram saya jika anda terus menunjukkan kebencian. Jika anda benar-benar seorang peminat, anda tidak akan berkelakuan sebegitu terhadap orang yang saya suka,” tulis penyanyi berusia 22 tahun.
Susulan kenyataan itu, Selena meninggalkan komennya di bawah posting itu – meminta Bieber untuk tidak menunjukkan kemarahan kepada peminatnya.
Foto – Google
“Jika anda tidak boleh mengendali kebencian, jadi berhenti berkongsi gambar teman wanita anda – ia sepatutnya istimewa antara kamu berdua sahaja. Jangan marah pada peminat. Mereka sayang anda,” komen Selena.
Bieber kemudian balas komen tersebut dengan nada sindiran.
“Ia agak lucu untuk melihat orang yang pernah gunakan saya untuk perhatian masih cuba untuk menuding jarinya kepada saya.”
Bagaimanapun, Selena tidak berdiam diri, malah membalas komen bagaikan Bieber pernah ‘bercurang’ beberapa kali. Peminat berpendapat Bieber gagal menghormati peminatnya dan menyokong komen yang ditinggalkan oleh Selena.
Mengejutkan! Justin Bieber bertindak untuk memadamkan Instagram miliknya yang mempunyai hampir 78 Juta pengikut selepas bergaduh besar dengan bekas teman wanitanya, Selena Gomez yang diselangi perbalahan bersama para pengikutnya di Instagram semalam.
Foto -eonline.com
Pergaduhan itu dimulakan oleh Selena menerusi beberapa komen ‘memerli’, merujuk kepada foto intim Bieber bersama teman wanita barunya, Sofia Richie berikutan tindakan Bieber yang pada mulanya mengugut para pengikutnya yang rata-rata meninggalkan komen tidak puas hati terhadap kekasih barunya itu.
Foto intim Bieber bersama anak perempuan penyanyi Lionel Richie itu dirakam sewaktu lawatan jelajah Bieber di Tokyo, Jepun tempoh hari. Diakui, Bieber sememangnya rapat dengan model berusia 17 tahun tersebut sejak akhir-akhir ini.
Menurut screenshot yang sempat dirakam oleh seorang individu, Selena tidak habis-habis mengungkit bahawa Bieber telah banyak menipu dirinya sepanjang hubungan mereka yang ‘tenggelam-timbul’ tidak lama dahulu. Bahkan, pengakuan tersebut dibuat secara terang-terangan menerusi bahagian komen Instagram yang boleh diakses oleh orang awam.
Sejurus selepas drama pergaduhan berakhir, Bieber mengotakan janjinya untuk memprivasikan akaun Instagramnya seperti mana amaran yang dia telah berikan sebelum bermulanya babak pergaduhan bersama Selena, “Saya akan memprivasikan Instagram saya jika anda semua tidak berhenti untuk membenci, jika anda benar-benar peminat sayaanda tidak akan berlaku kejam terhadap orang lain (Sofia Richie) sebegitu”.
Sejurus selepas beberapa ketika memprivasikan Instagramnya, Bieber bertindak tegar untuk memadamkan akaun Instagramnya itu.
Foto Justin Bieber bersama Sofia Richie yang dikecam ramai.
Lagi gosip hangat, ada sumber yang memberitahu media People bahawa Sofia Richie pernah meminta Bieber untuk “unfollow” akaun Instagram seorang lagi bekas kekasihnya sebelum ini iaitu Stephan Baldwin.
Walau bagaimanapun, pada malam semalam juga, secara matang Selena Gomez telah memuat naik satu status menerusi akaun Snapchatnya yang berbunyi…
“Apa yang telah saya katakan tadi adalah seolah mementingkan diri sendiri serta sia-sia,” dengan berlatarkan warna hitam.
Foto -dailymail.uk
Persoalannya kini, setelah apa yang berlaku sehingga Justin Bieber sanggup memadamkan akaun Instagramnya sekaligus mengecewakan hampir 78 Juta orang pengikut serta para peminatnya, adakah ‘maaf’ Selena Gomez itu akan diterima?
Pssttt! Penulis juga ada dengar cerita yang Selena cuba menelefon penyanyi lagu “Company” itu untuk menyelesaikan masalah mereka, tetapi ternyata ia langsung tidak diendahkan Bieber. Punahlah harapan untuk Selena berbaik semula dengan bekas teman lelakinya itu…
Selebriti dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Tidak perlu melihat jauh sehingga ke bumi Hollywood, lihat sahaja selebriti tanah air kita.
Acap kali memenuhi undangan ke majlis-majlis glamor, setiap seorang dalam kalangan mereka pasti akan menggayakan busana mewah yang terdiri daripada pelbagai warna serta perincian. Ada yang sofistikated, ada yang elegen, ada yang ringkas, bahkan ada juga kelihatan unik dan hampir pelik.
A photo posted by KUALA LUMPUR FASHION WEEK RTW (@klfashionweek) on
Khas buat anda yang gemar memerhati gelagat selebriti, ayuh kami lampirkan bersama 10 pilihan persalinan busana kegemaran Wanista yang digayakan artis terkemuka Malaysia saat muncul di acara tahunan gilang-gemilang Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2016 tempoh hari.
Siapa yang tidak kenal dengan selebriti kita yang seorang ini? Dengan hanya merenung kejelitaannya sahaja sudah cukup untuk membuatkan ramai terkedu.
Meskipun Fazura bergaya ringkas dengan menyarungkan helaian dress paras lutut dari koleksi Innai Red, warna biru lembut itu bagaikan membuai imaginasi kita yang melihat. Ditambah pula dengan perincian fabrik berelung (ruffle) di bahagian atas dan penghujung dress secara tidak langsung menerbitkan aura ghairah yang bersahaja.
Tidak lupa, aksesori tas tangan genit motif cupcake bertatah batu permata dari Judith Leiber yang digandingkan bersama tumit tinggi platform rona metalik menambah sisi elegen untuk gaya “evening” bak Cinderella alaf baru.
A photo posted by Loso The Photographer (@losofaboloso) on
Menampilkan gaya fesyen jalanan yang moden dan sensasi, Scha memadankan celana palazo hitam bersama helaian kemeja putih -berperincian lebihan fabrik di setiap sisi.
Jaket bercetak pula dihamparkan secara kasual diatas bahu sebagai penambah seri kepada gaya yang polos.
Bukan itu sahaja, gaya sanggul jenis “messy” yang menghiasi kepala turut menarik perhatian disertai olesan gincu warna plum seakan memberi impak yang sedikit ‘nakal’. So cool!
A photo posted by KUALA LUMPUR FASHION WEEK RTW (@klfashionweek) on
Ibu baru yang merupakan isteri kepada salah seorang ahli kumpulan KRU ini tampil berani menggayakan persalinan suits berpotongan longgar hasil padanan rona merah dan putih.
Apa yang menarik perhatian, blazernya dihiasi dengan sulaman bunga timbul pada bahagian bawah, lantas menjadikan gaya formal kelihatan anggun dan cukup mempersona!
Oh! Tas tangan bertatah batu permata bentuk nanas dari Judith Leiber itu pun cantik juga! Cocok benar dengan gaya yang dibawa Lisa hari itu.
Ingat lagi gadis yang pernah muncul dalam filem arahan arwah Yasmin Ahmad Talentime? Jelita benar si Amelia Henderson ini sekarang!
Yup! Sebab itu orang cakap, “less is more”. Amelia mengenakan persalinan dress paras lutut yang diinspirasi dari rekaan suits lelaki. Kelihatan sangat elegen dan sesuai untuk menghadiri acara malam!
Rambut ikalnya dibiarkan lepas sementara digulungkan sedikit agar kelihatan seksi. Manakala aksesori seperti anting-anting, “choker” dan statement ring membangkitkan cita rasa sensual.
Bekas Miss World Malaysia 2010, Thanuja Ananthan tampil dengan peplum floral tanpa lengan yang digandingkan bersama kain berbelah. Sangat sofistikated meskipun tidak dihiasi sebarang aksesori yang bergermelapan.
Bibirnya sengaja dioleskan dengan gincu rona gelap agar baju lebih menyerlah disertai lilitan reben keliling pinggang supaya dapat mewujudkan karakter feminin.
A photo posted by KUALA LUMPUR FASHION WEEK RTW (@klfashionweek) on
Kontra yang memberangsangkan! Skirt rona oren terang digayakan dengan “cape” biru -dihiasi sulaman manik labucci bermotif floral pada bahagian bahu sebelah kiri secara tidak langsung menarik perhatian lirik mata orang untuk memandangnya.
Sanggul yang diikat kemas gaya “ballerina bun” turut menjadikan gayanya lebih menawan persis tuan puteri!
Bijak mengambil perhatian lensa kamera di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2016, sekali pandang, anak raja rock Amy Search ini kelihatan persis karakter Disney Princess si Pocahontas!
Sama seperti gaya yang dibawakan Fazura, Nabila Huda tampil ringkas dengan cape bermotif “Aztec” berperincian jumbaian sambil rambutkannya didandan dua -dibiarkan jatuh melepasi bahu.
Dalam masa yang sama, solekannya juga tampak natural, diserlahkan pula dengan olesan gincu rona ‘nude’ pada bibir mungil miliknya.
Mengetengahkan fesyen kontemporari moden. Hunny Madu seakan memberi nafas baru kepada penggayaan helaian tradisional seperti kebaya pendek dan kain sarung menerusi seleksi gaya yang dibawakan ketika memenuhi tentatif undangan ke acara pertunjukkan fesyen Kuala Lumpur Fesyen Week 2016. Cukup ayu dan sopan.
Sejak bergelar selebriti dan dikenal ramai orang, tuan gedung atas talian Fashion Valet yang menghimpunkan banyak jenama-jenama pereka sekitar Asia ini kelihatan semakin mengancam!
Tidak pernah gagal kala membuat pilihan helaian fesyen, Vivy menggayakan kot labuh berpotongan lurus rona biru -dihiasi pula dengan elemen ‘bulu-bulu’ gebu! Sangat mewah bak gadis Gatsby era 20an.
A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Merupakan seorang wanita yang urban dan hip, Sharifah Sakinah kelihatan ayu menggayakan dress putih yang diperbuat daripada fabrik bertekstur. Sangat eksklusif, menyerlahkan lagi bentuk tubuhnya yang langsing dan lampai.
Secara kesimpulannya, artis-artis kita ini gemar berpenampilan ringkas. Namun masih lagi mengekalkan aura mewah yang diserlahkan melalui pemilihan fabrik, aksesori serta perincian-perincian menonjol.
Jadi, apa pendapat anda dengan gaya selebriti kita untuk Kuala Lumpur Fashion Week tahun ini?
Aktres dan model Izara Aishah terpaksa memohon maaf akibat dihentam hebat sesetengah warga Malaysia yang tidak selesa dengan gambar beliau di “runway” Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 semalam.
Sesetengah peminat memberikan kata-kata kesat dan lucah terhadap beberapa coretan media sosial yang menampilkan beliau dan rakan selebriti Kilafairy mengenakan pakaian sedondon ciptaan pereka Xema Su, kerana dianggap seksi.
“Maaf kepada yang tak selesa. Saya akan pakai lebih baik di masa hadapan,” kata beliau dalam satu coretan di laman Facebook rasminya.
“Saya terima semua teguran anda. Betul juga apa yang anda kata. Maaf ya. Pengajaran diterima.”
Coretan tersebut mendapat reaksi lebih 7,800 pengguna Facebook setakat ini.
A photo posted by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Reaksi positif Izara walaupun berdepan dengan kecaman segelintir rakyat Malaysia diterima baik oleh peminat beliau. Berikut merupakan beberapa komen teratas:
Schuhada Ayna: Saya rasa apa yang kamu rasa, Izara. Memang sebagai gadis akan suka muat naik gambar yang kita nampak cantik. Tapi jika pada masa sama gambar tu tak manis dipandang and mendatangkan fitnah makan kita kena kuat untuk turunkan coretan itu.
Sham Qhar Iqa: Baiknya Izara Aishah. Bukan mudah meminta maaf. Niat yang baik berfikiran positif.
Fazrin Kamaruzaman: Ni sebab kenapa saya suka sangat dengan Izara Aishah. Sangat positif dan dapat terima teguran dengan baik.
Akulah Ahmad: Izara memang seorang yang terima teguran dan berbudi bahasa. Moga kekal berjaya dalam apa jua bidang diceburi.
Izara dan Aishah mengenakan dua pakaian berwarna biru elektrik dan pic daripada koleksi Intimité ciptaan Xema Su, yang diinspirasikan daripada pakaian dalam dan waktu malam wanita.
Menurut laman Facebook Su, koleksi Intimité merupakan satu ciptaan yang “beralun, lembut dan ghairah” dengan menggunakan fabrik sutera romantik, kain jarang yang menggoda, dan renda.
Aktress jelita yang menjadi heroin dalam sekuel filem Hunger Games, Jennifer Lawrence dinobatkan sebagai pelakon wanita yang memperolehi bayaran paling tinggi untuk tahun 2016, diikuti Melissa McCarthy menurut laporan majalah Forbs semalam.
Jennifer 26 tahun mendapat $46 Juta tidak termasuk cukai sepanjang 12 bulan. Jelas Forbes, sebahagian besar dari jumlah itu adalah hasil dari filem Passengers yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Namun begitu, jumlah pendapatan tersebut menandakan sedikit kejatuhan iaitu sebanyak 11.5 peratus dari pendapatannya tahun lepas yang berjumlah $52 Juta secara keseluruhan, lantas menjadikannya artis kedua yang mendapat pendapatan paling tinggi untuk tahun itu.
Tonton drama memang seronok, tetapi tonton drama sambil mengunyah atau makan lagilah heaven. Setuju tak? Makan sambil menonton drama selalunya kombinasi yang terbaik.
Maksudnya, jika anda seorang penonton setia drama seperti penulis, diet biasanya hanyalah sekadar ‘rancangan’ semata-mata.
Apatah lagi apabila menonton drama yang mempunyai babak makan ataupun sekadar hidangan makanan, kita yang menonton ini memang tertelan air liur melihatnya. Betulkan?
Foto – soompi
Tonton babak makan satu hal tetapi kalau drama itu memang tentang makanan, itu satu masalah besar. Orang kata makanan boleh menyebabkan pergaduhan malah makanan juga mampu menyatukan kita bersama. Seperti drama-drama ini :
Let’s Eat 1 & 2
Foto – www.likeseries.com
tvN menghasilkan bukan satu tetapi dua musim drama ‘Let’s Eat’. Dalam kedua-duanya, watak utama Gu Dae Young (Yoon Doo Joon) adalah seorang blogger makanan yang mempunyai stail dalam menulis blog, pada hakikatnya Gu Dae Young adalah ejen insurans yang sukakan makanan. Agar tidak kesepian, dia sentiasa menjamu jiran tertangga dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan.
Drama ini mampu membunuh anda kerana setiap episod akan dibanjiri dengan pelbagai juadah makanan dari Korea sehinggalah ke Barat, malah paling menyakitkan hati apabila lagak mereka ala ‘food porn’ cukup membuatkan kita rasa terikut lapar.
King of Baking, Kim Tak Goo
Foto – www.dramafever.com
Kim Tak Goo adalah anak sulung Goo Il Joong, presiden Samhwa Enterprise, legenda dalam industri membakar roti. Walaupun dia adalah seorang baker yang sangat berbakat dan seolah-olah ditakdirkan untuk menggantikan bapanya sebagai presiden, tetapi pelbagai tragedi menimpa malah memusnahkan impiannya. Penentuan Tak Goo untuk menjadi nombor satu dalam industri membakar roti mendorong dia untuk mengembangkan kariernya dari awal walaupun banyak ujian yang dihadapinya.
Apa yang menarik tenting drama ini adalah plotnya cukup kemas, pemilihan pelakon yang berkaliber dan juga babak makanan lebih-lebih lagi ketika membakar roti dan kek, membuatkan kita terasa mahu buat roti juga.
Warm and Cozy
Foto – koreanmusicblog1.wordpress.com
Lee Jung-joo bekerja keras untuk terus hidup sehinggalah dia memulakan kehidupan baru di Pulau Jeju untuk melupakan segala masalah. Di sana, dia bertemu Baek Gun-Woo, seorang chef dan pemilik restoran ‘Warm and Cozy’, personaliti yang berbeza kemudian beransur-ansur jatuh cinta antara satu sama lain membuatkan plot drama ini menarik sekali.
Selain dihidangkan dengan pemandangan indah di Pulau Jeju, terdapat satu lagi faktor penarik iaitu setiap kali di akhir drama, watak chef Baek Gun-Woo akan berkongsi resepi masakan yang dimasak dalam episod itu, simple tetapi mudah difahami. – jangan lupa pen dan kertas untuk catit resepi.
Pasta
Foto – www.dramafever.com
Satu lagi drama yang berkisarkan tentang makanan ialah Pasta. Pasta adalah kisah Seo Yoo Kyung, seorang pembantu dapur di restoran mewah La Sfera selama dua tahun dengan harapan untuk dinaikkan pangkat sebagai tukang masak. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah dia bertemu dengan Choi Hyun-wook, seorang chef yang pergi ke sekolah masakan di Itali, mempunyai sifat diskriminasi apabila memecat kesemua pekerja wanita yang bekerja di dapurnya tetapi tidak Yoo Kyung.
Selain plot dan para pelakon hebat, drama ini mempersembahkan pelbagai makanan Itali yang sedap dan mampu membuatkan anda terliur. Bayangkan sahaja spaghetti carbonara yang masih tengah panas, percikan api, bunyi bawang dipotong halus, cukup menyeksakan bukan?
Jewel in the Palace
Foto – www.dramafever.com
Sebelum Winter Sonata, drama ini terlebih dahulu memasuki pasaran Malaysia. Jewel in the Palace adalah cerita legenda perantis dapur yang bekerja keras untuk menjadi seorang tukang masak diraja.
Drama ini memperkenalkan kita dengan masakan tradisional Korea, kita bukan sahaja menonton tetapi dapat mempelajari tentang asal usul malah rahsia resepi makanan yang dihidangkan. Jewel in the Palace merupakan kisah cemburu di antara pekerja biasa dan orang atasan istana, setiap episod dipersembahkan pelbagai juadah yang membuatkan kita lapar.
Feast of the Gods
Foto – www.dramafever.com
Drama ini tentang pergaduhan di antara dua wanita untuk merebut jawatan chef eksekutif yang sangat didambakan. Ia adalah sebuah pertandingan yang mempunyai drama, emosi, pendedahan identiti tersembunyi dan rahsia pendendam.
Semua orang bekerja keras untuk kedudukan mereka dalam dunia masakan di Feast of the Gods, bukan sahaja babak makanan menjadi penarik malah watak utama Joo Sang Wook adalah penguat drama ini.
Demam Akademi Fantasia (AF) 2016, turut ‘berjangkit’ kepada pelakon Adi Putra.
Buktinya Adi telah memuat naik sekeping fotonya memegang sepanduk yang tertera nama salah seorang pelajar wanita AF 2016, Asha di akaun Instagram (IG)nya.
Selain itu Adi turut meminta orang ramai mengundi dan mempromosikan kelab peminat Asha AF 2016.
Melalui kapsyen yang ditulis Adi, dia mahu peminat program berkenaan mengundi pelajar kecil molek itu kerana bakat dimiliknya.
Foto -Astro Gempak
Dalam pada itu Adi sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada Asha sehinggakan pengikut di IGnya tertanya-tanya samada mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.
“Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.”
Begitulah luahan hati pelakon jelita, Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan kepada BH Online bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab.
Akui pelakon teater Ombak Rindu ini, sejak berhijab, imannya tidak tetap.
“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.
“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.
“Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” katanya ketika ditemui di sini, petang ini.
Pada pertemuan itu, Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah kembali kepada penampilan asal.
Tegas Uqasha lagi, khilaf dirinya itu bukan kerana mahu mempermainkan agama.
“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya.
Kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen.
Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan.
Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.
Tahun 2015 mencatat lembaran indah buat Nor Atiqa Noor Azraff yang menggunakan nama komersial, Kaka Azraff apabila single berjudul, Bukan Hal Aku memekarkan jenamanya sebagai anak seni. Cukup mengejutkan, lagu ini menerima sambutan membanggakan daripada penikmat muzik yang cukup ternantikan naskhah luar biasa berbanding kebiasaan didengari halwa telinga mereka sebelum ini sehingga meraih 5,527,945 juta tontontan di laman YouTube.
Pantas memandu kecintaannya dalam lapangan tarik suara, Kaka kini mempersembahkan buah tangan terbaharu kepada peminat dengan lagu bergenre pop moden yang berjudul, Terima Kasih hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muhammad Alif Abdullah atau ingin lebih dikenali sebagai Al!f.
Foto -redbox.com.my
Terima kasih; ungkapan sederhana, penuh makna. Dan pengungkapan ini tidak terlepas dalam kehidupan seharian manusia. Dunia bakal terasa indah apabila kita sentiasa menghadirkan kebaikan di antara satu sama lain dengan cara saling membantu dan bersinergi.
Berkongsi cerita mengenai single terbaharunya, wanita berusia 27 tahun itu mengakui cukup teruja apabila berpeluang mendendangkan Terima Kasih yang diyakini punya aura tersendiri untuk dijulang sebagai sebuah lagi naskhahnya selepas kesuksesan Bukan Hal Aku. Malah, kemampuan vokalnya kali ini lebih teruji dengan lagu ini.
Video muzik Terima Kasih digarap oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar dengan melibatkan 15 tenaga produksi berlokasi di Studio Kok Ah Loke, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang pada 28 Jun lalu. Proses penggambaran yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir 3 pagi keesokan hari itu menampilkan konsep lebih segar dan moden bersesuaian dengan tema total single ini.
Kaka bakal mengeluarkan album dengan tiga buah lagu baharu termasuk Terima Kasih dan baki empat buah lagu terdahulu iaitu Bukan Hal Aku, Bawaku Pergi, Infiniti Cinta dan Terpulanglah yang dijadualkan pada tahun depan.
Jika anda Bigbang stan, anda tahu apa slogan yang mereka selalu gunakan? Kalau BTS? Winner? EXO?
Setiap kumpulan Kpop mempunyai slogan rasmi ataupun ‘signature’ yang digunakan mereka malah peminat mereka tahu. Di sini, ia satu perkara yang dalam sedikit sebanyak membantu kita berasa lebih dekat dengan mereka. Peminat menggunakan slogan semasa konsert, acara fan meeting, album signing serta pelbagai lagi.
Jom kenal pasti antara slogan yang anda familiar :
#Bigbang
Foto – YG Entertainment, Samsung, NatePann
Yup, mereka adalah the king of kpop, semua mengenali mereka. Mereka bermula dari bawah sehinggalah baru-baru ini mengadakan konsert sempena ulang tahun yang ke-10 di Seoul, Korea Selatan yang dibanjiri peminat sehingga 65,000 orang. Lagu mereka bukan sahaja dimainkan di negara yang terkenal dengan Ginseng itu sahaja bahkan juga di serata dunia. Bigbang memastikan slogan mereka simple tetapi bermakna untuk peminat VIP (nama fanclub rasmi).
“BIG BANG is VIPs’ everything, and VIPs are BIG BANG’s Everything”
Manis seperti madu kan mereka?
#EXO
Foto – NatePann
Selain Bigbang, ini satu lagi king yang menguasai bukan sahaja Asia malah dunia. Lagu mereka seperti Growl, Monster berjaya memasuki carta Billboard. EXO mempunyai 2 slogan utama, iaitu:
“We Are One” & “Let’s Love!”
“We Are One” hadir selepas pemergian tiga ahli mereka Kris, Luhan dan Tao, secara literal membawa maksud tidak kira apa yang berlaku, kita akan bersama-sama sentiasa. Manakala, “Let’s Love” pula walaupun begitu banyak perkara yang terjadi, peminat EXO akan sentiasa kekal positif, penuh kasih sayang dan tidak membenci satu sama lain.
WINNER yang dianggotai oleh Song Minho, Nam Taehyun, Lee Seunghoon, Kang Seungyoon dan Kim Jinwoo debut pada tahun 2014, digelar Monster Rookies pada tahun itu atas kejayaan album mereka di Korea Selatan mahupun serata dunia. WINNER menjelaskan slogan ini memberi maksud yang mendalam buat mereka kerana tanpa undi peminat Inner Circle, WINNER tidak akan dapat debut melalui rancangan survival uji bakat, WIN.
Hurmmm sadis sekali bunyinya. Apapun fighting WINNER!
#BTS
Foto – NatePann
“WooJiHwa”, “Your Audience Forever”
Famous line dari Bangtan Boys adalah WooJiHwa. Yakni bermaksud “WooRi HamKkaeHaNeun JiGeum, HwaYangYeonHwa”, dalam terjemahan Bahasa Inggeris, ia bermaksud “Our Time Together Now is the Happiest and Most Wonderful Time of Our Lives”. Awww so sweet! “HwaYangYeonHwa” adalah frasa 4 huruf Cina, yang menunjukkan bahawa kepentingan mereka dalam hidup. Dan sebagai jawapan, peminatnya yang digelar ARMY telah menyebut frasa “Your Audience Forever”, yang menunjukkan kesetiaan mereka kepada BTS!
#GOT7
Foto – Nate Pann
Walaupun dibebani dengan pelbagai kontroversi baru-baru ini tetapi peminat mereka, IGOT7 tetap setia dibelakang GOT7.
“Everyday is Special”, “IGOT7s Trust GOT7, and GOT7 Trusts IGOT7”
Kumpulan yang dibarisi oleh tujuh anak muda ini ingin memastikan bahawa setiap hari adalah istimewa apabila GOT7 dan IGOT7 bersama-sama. Dan apa yang perkara yang paling penting dalam hubungan? Kepercayaan! GOT7 mahu peminat setia mereka tahu bahawa mereka boleh mempercayai GOT7, dan peminat IGOT7 mahu GOT7 tahu bahawa mereka boleh mempercayai IGOT7! Kepercyaan membuatkan hubungan mereka kuat!
Pelawak dan pelakon Along Cham telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia Zila Seeron atau Nor Azilah Seeron, 28.
Lafaz telah dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling kira-kira jam 10.40 pagi tadi (Isnin) di hadapan hakim syarie, Abd. Halim Abu Samah.
Sementara itu Zila hanya menunduk faham dan bersetuju ketika hakim membacakan keputusan selepas lafaz cerai dibuat.
Along ketika ditemui diperkarangan mahkamah turut menjelaskan sebab mendiamkan diri sebelum ini.
“Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga.
“Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya,” katanya.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai gambar Smule bekas isterinya bersama seorang lelaki yang tersebar baru-baru ini, Along mengakui tidak mengenali individu tersebut.
“Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu.
“Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal,” ujarnya.
Along dan Zila bernikah pada 23 Januari 2010 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak, Ahmad Danial, 5.