Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Selebriti Hollywood Lepas Kekecewaan Atas Kemenangan Trump

$
0
0
Foto -TooFab

Kemenangan trump sememangnya mengejutkan ramai selebriti Hollywood sehingga ada yang yang mengekspresikan kemarahan, kekecewaan dan ketakutan menerusi akaun media sosial peribadi.

Antaranya penyanyi pop terkenal Lady Gaga yang bukan sahaja meluahkan kekecewaan di Twitter, namun turut membantah kemenangan itu di hadapan Trump Tower yang terletak di New York.

Gambar beliau di hadapan bangunan milik Trump dikongsi di Instagram. 

Penyanyi pop Katy Perry turut meluahkan kekecewaan beliau menerusi beberapa tweet.

“Bangkit! Kuasa kepada rakyat! Revolusi akan bermula,” kata Perry di Twitter.

Beberapa selebriti lain turut mempunyai sentimen yang sama.

A photo posted by snoopdogg (@snoopdogg) on

Sebelum ini, beberapa selebriti meluahkan hasrat untuk meninggalkan Amerika Syarikat jika Trump menang. 

Antaranya adalah pelakon ‘Girls’ Lena Dunham yang berkata akan berpindah ke Kanada.

Dalam satu temu ramah bersama BBC Newsnight, pelakon Amy Schumer mahu berpindah ke Sepanyol.

Penyanyi Cher pula berkata mahu “berpindah ke Jupiter”.

Clinton berjaya mendapat sokongan beberapa selebriti terkenal untuk berkempen bersama beliau.

Antaranya adalah Beyonce, Jay Z, Jon Bon Jovi, Lady Gaga dan Katy Perry yang pernah membuat persembahan di hadapan penyokong Clinton. 

Penyokong Hillary Clinton di Manhattan's Jacob Javits Center menangis selepas keputusan diumumkan. Foto -MATT ROURKE/AP
Penyokong Hillary Clinton di Manhattan’s Jacob Javits Center menangis selepas keputusan pilihan raya diumumkan. Foto -MATT ROURKE/AP

SUMBER 12 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles