
Setiap kali comeback atau debut, kebanyakkan girl group akan tampil dengan konsep seksi dan comel tetapi berbeza dengan Six Bomb yang diwakili oleh empat orang ahli yang berani menampilkan kelainan.
Six Bomb akan kembali dengan MV ”Becoming Prettier (After)”, yang bertemakan pembedahan plastik, di mana mereka akan meneroka kesan menerima pembedahan plastik.

Teaser muzik video yang menampilkan empat orang ahli ini berjalan menuju ke hospital dalam persalinan biru dengan wajah baru selepas selesai sesi prosedur.
Dilaporkan, dalam satu temu bual mengenai comeback mereka, Six Bomb mendedahkan, “pembedahan plastik yang dilakukan mereka mengambil kos kira-kira 100 juta KRW ~ $88,000 USD) untuk 4 orang ahli.
“Kami tidak dapat menjelaskan dengan tepat di mana kami menjalankan prosedur tetapi pada dasarnya anda boleh lihat kami mengubah bahagian atas pinggang.”
Dilaporkan juga, prosedur yang dilakukan oleh tiga ahli mereka, Soa, Da In dan Ga Bin berjumlah sehingga kira-kira 95,000,000 KRW (~$83,600 USD) manakala untuk Seul Bi dilakukan pada hidung dengan kos 5,000,000 KRW (~$4,400 USD).
Bila ditanya perasaan mereka melakukan pembedahan, Da In menjelaskan “menjalani pembedahan plastik tidak terlalu teruk. Ada masanya saya mahu melakukan sesuatu apabila saya melihat ketidaksempurnaan apabila muncul di kaca TV. Jadi semestinya saya bahagia dengan perubahan ini.”
Ga In pula menambah, “Sudah tentu semua wanita ingin menjadi cantik. Ianya sukar jika saya lakukan sendirian tetapi segalanya mudah kerana saya bersama ahli lain.”
Ketua Pegawai Eksekutif label Six Bomb menekankan bahawa agensi itu tidak memaksa artis mereka untuk melakukan prosedur tetapi sebenarnya mereka sendiri yang mengeluarkan idea sedemikian dan berbincang bersama-sama.
Muzik video penuh ”Becoming Prettier (After)” akan keluar pada 16 Mac.
The post Demi Album Baru, Girl Group Six Bomb Buat Pembedahan Plastik Ekstrem appeared first on Wanista.com.